Pages

Showing posts with label Malay Entry. Show all posts
Showing posts with label Malay Entry. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Rambut macam jerung??

Hi all.

Anak! Kadang-kadang, ayat yang keluar dari mulut mereka terlalu jujur hingga menusuk hati. Kalau bukan hati sendiri, hati orang sekeliling.

Anakku yang sulong, Adni atau lebih mesra dengan panggilan Along telah membuktikan situasi di atas. Sedang kami berjalan di pasar malam, melintas seorang lelaki didepan kami. Spontan Along cakap, "papa, rambut abang tu macam jerung". Yang dimaksudkan Along, rambut orang tu macam sirip belakang jerung. Hihi.. Sadis kan?!

#
Mohawk Style aka Rambut Sirip Jerung Adni - Credit : Geoff Welsh
Aku tak mahu cerita reaksi orang tu, sebab aku cepat-cepat pergi dari situ. Tapi aku dapat rasakan yang ada orang botak malam ni. Hihi..

Anak-anak memang di didik supaya kreatif, outspoken, dan Ask-What-You-Do-Not-Know. Ini proses pembelajaran mereka. Walaupun letih mendengar suara mereka yang tak pernah senyap itu, tapi setiap pertanyaan perlu ada jawapan. Walau sesingkat manapun. 

Moralnya, jangan berfesyen yang pelik-pelik. Anak kecil akan persoalkan fesyen yang pelik itu. Jawap setiap pertanyaan anak dengan penerangan yang singkat dan jelas.

** Ada baiknya mendidik anak-anak mengikut cara tradisional. Tiada gadget dan sebagainya. Mereka jadi super kreatif.

Friday, March 01, 2013

1 Word Is Enough.

No words can express it. Check it out.


Aman dunia sekiranya perkataan ini sentiasa disebut, tak kira apa pun. Cuma 1 perkataan, tetapi boleh menyelamatkan seisi dunia.

May Allah bless us with PEACE.

arizs

from {desk}

Saturday, February 16, 2013

Apa Yang Nak Dibuat Pada Laptop Basah?

Tertumpah air? Ada cara selamatkan laptop yang basah itu.
Hari ini aku nak berkongsi informasi mengenai cara-cara menyelamatkan laptop yang basah. Bukan tangkap basah, tetapi basah akibat tumpahan air. Kajian menunjukkan ramai pengguna makan dan minum ketika menggunakan laptop. Nak tahu cara-cara menyelamatkan laptop yang basah?? Jom kita baca.

Penyelesaian 1 : Pengeringan Semulajadi.

Cabut bateri dan terbalikkan laptop yang basah tu. Biarkan ianya kering secara semulajadi. Boleh juga kalau nak diletak dibawah kipas. Nak bagi lagi cepat kering. Jangan guna hot air blower, habis cair bahan-bahan plastik dalam laptop yang basah tu. Dah satu hal lagi nak tukar casing dia pula. Biarkan selama 2 hari. Selepas itu, cuba periksa pada kesan tumpahan itu. Kalau dah kering, korang boleh pasang semula bateri dan power up laptop itu.

Penyelesaian 2 : Bahan Pengering

Bahan pengering ini terdiri dari gel silika yang selalu ada dalam kotak barangan baru. Tak kira la kotak kasut ataupun kotak henpon. Mesti ada benda ni. Tujuannya bukan sebagai aksesori tapi untuk mengeringkan bahan elektronik tersebut dan mengelakkan air/wap dari berkumpul. Masukkan laptop yang basah tu dalam 1 bekas yang boleh ditutup rapat. Contohnya baldi. Letakkan gel silika dan tutup baldi dengan plastik. Gamkan sekeliling mulut baldi untuk mengelakkan wap/air dari luar berkumpul sebelum sempat gel silika habis keringkan laptop korang yang basah tu. Beras pun boleh digunakan juga. Biarkan selama 2 hari. Setelah itu, cuba power up laptop.

Penyelesaian 3 : Buka Papan Kekunci

Penyelesaian ini adalah teknikal sedikit. Bergantung kepada jenis laptop, skru yang perlu dibuka adalah dari 1-7 biji. Mula-mula, pastikan air yang tertumpah itu dikeluarkan. Caranya, sengetkan laptop yang basah itu supaya air mengalir jatuh. Kemudian, lap kering saki baki air yang tinggal. Setelah papan kekunci dibuka, lap lebihan air di bawah papan kekunci sehingga kering. Gunakan kain bersih untuk mengelakkan habuk.

Penyelesaian 4 : Alkohol

Penggunaan alkohol juga mampu membantu menghilangkan kesair tumpahan selain air. sediakan bekas yang besar, kemudian rendamkan laptop yang basah dalam alkohol itu. Mesti gunakan 99% alkohol tulen. Kurang dari 99% alkohol tulen, boleh menyebabkan litar pintas kepada laptop yang basah tu. Pastikan alkohol meresap masuk pada semua komponen laptop. Biarkan kering selama 2 hari setelah dikeluarkan dari alkohol itu. Kebiasaannya kedai-kedai banyak guna skil ni. Di Lowyat Plaza ataupun mana-mana kedai repair komputer, mesti ada benda ni.

Penyelesaian 5 : Dismantle

Kalau semua pun dah tak boleh. Terpaksalah korang buka laptop yang basah tu. Buka bermaksud, korang leraikan setiap komponen laptop itu. Ini kategori 'Super' teknikal. Teknik pembersihan juga sama. Gunakan 99% alkohol tulen. Cumanya, tak payah rendam laptop yang basah tu, tapi cukup sekadar sapu dengan cotton swap atau cotton bud. Biarkan kering selama 2 hari, selepas itu pasang semula. Dan cuba hidupkan semula. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. untung korang, laptop selamat.

Kos : $$
Risk : Medium
Satisfaction : High

Cubalah praktikkan kalau laptop korang basah. Kalau hantar ke kedai, maybe kena cas $100-$250. Itu pun kalau kedai tu baik nak tolong repairkan. Silap hari bulan, dia cakap laptop dah rosak, kena beli baru. Korang pun trade-in je kat kedai tu laptop lama $50. Untung kedai tu berganda-ganda. Laptop secondhand boleh jual $600-$800. Korang rugi berganda.

arizs

from {desk}

Thursday, February 14, 2013

Ubat Sembelit Dan Buasir Power!

Hari ini, 13 februari, selepasnya 12 februari, sebelum 14 februari, dalam tarikh 13 februari (baru lepas layan Hantu Kak Limah 2), aku nak menulis sedikit tentang kesihatan. Ramai orang Malaysia ni mengabaikan kesihatan. Kalau tengok muka, perghhh... cantik meletops, hensem meleleh. Tapi dalam badan, dah macam kereta buruk. Apa pun tak boleh.

Kalau di baca tajuk tu, macam aku ni sakit kronik je. Aku ada masalah constipation je, ataupun sakit orang kuat sabar. mana tak kuat sabar, sekali masuk toilet, 30-45 minit dah tentu jer. Sabar betul. Hahaha... Setelah dirujuk pada pakar sakit a.k.a wife aku, dia cadangkan beli ubat seperti dalam gambar di bawah.
nu~clonz - Pencuci perut paling power.
Sila abaikan ubat kat belakang tu. itu untuk anak2 dan isteri.
Inilah dia ubat yang aku makan setiap pagi dan petang. Memang power. Tepat jam 6pagi, aku akan bangun dan berlari ke tandas untuk mengosongkan perut. Malam pula, area pukul 10malam tu, memang masa yang ditunggu. Bila nak tidur, badan pun lega, perut selesa, jiwa bahagia.

Benda ni tak susah nak makannya. Pil je pun. 2 biji pagi, 2 biji petang. 1 botol ada 100 kapsul. Lebih kurang 25 hari la untuk guna ubat ni. Test dulu. Jangan terus nak borong 10 botol. Buatnya tak sesuai dengan korang, kan dah rugi. Selama yang aku guna ni, constipation atau bahasa melayunya, sembelit memang dah takde. Kalau dulu, nak membuang sekali sehari tu pun payah. Tapi sekarang ni, 2 kali sehari tu normal. Memang best sebab perut sentiasa kosong, buncit pun hilang. 6 pack je yang tak keluar lagi. Wife cakap yang ada 1 pack je. Hahaha...

Jangan di biar perut itu kotor. Silap haribulan, dapat kanser usus. Lagi naya. Bersihkan perut korang. Nak solat pun tenang. Perut kalau kotor, badan jadi tak bermaya. Kalau orang cina, mereka percaya pada Chi. Tenaga chi ni berkumpul di perut. Kalau perut kotor, apa tenaga nak di simpan. Senang cerita, macam komik naruto tu. simpan chakra kat perut. (Sah kome kaki komik kalau paham ni.)

Bulan lepas, aku buat full health check. Result yang aku dapat;

BMI - Overweight. (Sebab aku ni rendang orangnya)
Nadi - 58 (kategori atlet kata doktor)
Berat - 61.3kg. Dari 65kg. (ok sangat dah tu)

Takde nak buat promosi. Sesiapa nak beli ubat sembelit dan buasir power ni, boleh contact direct dengan agen dia di sini.

arizs

from {desk}

Thursday, March 08, 2012

Pertemuan Dengan Presiden Cuepacs

Alkisah tengahari tadi, aku keluar makan tengahari bersama isteri di Kelab Tasek Putrajaya. Kebetulan presiden Cuepacs dan kumpulannya makan di situ juga. Sempatlah aku bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada beliau. Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan beliau untuk semua penjawat awam.

Mood: Happy. Kepala tak runsing dah.

arizs

from {desk}

Wednesday, February 08, 2012

Kepala sudah pecah, Kaki pun sakit.

Lama sungguh tak update blog. Hari-hari berlalu dengan terlalu cepat. Artikel hari ini hanya berkisar pada pengalaman sewaktu membawa adik aku ke hospital. Spesifiknya ke wad kecemasan. Begini ceritanya....,

Sewaktu sedang menunggu giliran masuk berjumpa doktor, ada seorang lelaki cina sedang menolak kerusi roda. Ibunya, mungkin juga nenek tua di rumah tua jagaannya terduduk sambil memegang kepala yang berjahit. Kakinya juga kelihatan berbalut.

Tak lama kemudian, datang seorang attendan hospital ingin mengambil kerusi roda itu.

A: Saya mahu ambil kerusi roda ini. Wad emergency di depan perlukan kerusi roda.
LC: Tak boleh. Dia (Perempuan tua) tarak larat mau jalan. Kpala sudah pecah lagi kaki pun sakit. Mana boleh jalan. (Perempuan tua terangguk-angguk kepalanya)
A: Tak apa. Sekejap saja. Nanti saya kasi yang lain.
LC: Ok, ok. Saya ikut sama U pergi depan.

Lelaki cina itu pun mengikut attendan hospital ke depan meninggalkan perempuan tua itu duduk di kerusi menunggu. Tiba-tiba....,

Perempuan tua itu bangun dan berjalan dengan lajunya di hadapan aku. Terdetik dalam hati aku, tadi lelaki cina itu cakap perempuan tua ini dah tak larat nak berjalan. Ini elok saja aku tengok perempuan tua ini berjalan. apakah?

Moral?

Ya kata ya. Tidak kata tidak. Jangan putar alam.


arizs

from {desk}

Wednesday, January 04, 2012

P1 WiMAX No Coverage?

Check out the coverage.
Situasinya ialah aku nak bertukar provider wireless broadband dari Celcom kepada P1 WiMAX. Dari segi plan bayarannya, aku akui P1 lebih menyerlah. Jadi aku buat survey sedikit. Perkara pertama sekali yang aku lihat ialah coverage. Coverage yang merangkumi tempat-tempat biasa aku pergi. Celcom memang diakui coverage'nya meluas. P1 masih lagi dalam proses pengembangan coverage.

Pertama sekali tempat yang aku check coverage'nya ialah rumah di Putrajaya. Guess what? P1 takde coverage di rumah aku tu. Haha... Sepatutnya Putrajaya diberi coverage maksimum. Ini kan tempat yang sering orang datang. Kalau centre of attention places pun tak boleh bagi full coverage, macam mana orang nak percaya.

Update:

P1 Twitter reply as soon as they see my post.

The reply. Very honest.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Sunday, January 01, 2012

Adra kena demam campak.

It's Painful.
Kesian anak aku yang ke-2, adra. Boleh pulak kena demam campak. Patut ler asyik merengek je. Alhamdulillah sekarang dia dah nak minum susu botol. Walaupun tak banyak, tapi adalah progress. Better than nothing at all. Berbintik-bintik merah penuh 1 badan. Takpelah adra. Nak membesar kan?. Hidup ini sentiasa ada cabaran, ini salah satunya.

Petang tadi kami 1 family keluar pergi tesco kajang. Actually nak pergi carrefour alamanda, tapi apakan daya, manusia berduyun-duyun di situ. Dah sampai kat alamanda pun time tu. Terus ubah hala tuju pergi tesco kajang. Kuranglah sikit orang dekat tesco kajang. Downside'nya pula, diaorang shoping sakan. 1 family bawa 2 troli penuh dengan barang. Tah berapa ratus sekali beli tu. Tujuan kami keluar ni nak cari kelapa muda untuk adra. Biasa la, kepercayaan orang tua-tua. Minum air kelapa cepat keluar campak. Nak cari yang fresh dari pokok, memang takde la. Beli jer la. Beli 2 biji kelapa dan pampers adni sekali. Habis RM50.

Time nak bayar memang seksaan. Beratur panjang. Mua pun tolak troli penuh barang. Kami queue 30 minit baru dapat bayar. Nasib badan. Pastu terus rushing balik rumah coz dah nak maghrib. Hope esok adra aian lebih sihat. Kesian dengar dia merengek je.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Saturday, December 31, 2011

Watikah Akhir Tahun 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat lagi aku berceloteh di ruangan ini. Tahun 2011 cukup bermakna dalam hidup aku. Penuh dengan suka duka kehidupan. Telah setahun juga aku berkhidmat didalam perkhidmatan awam. Ya, masih terlalu banyak perkara yang perlu aku pelajari. Jangan sekali-kali mengalah.

Aku ingin berterima kasih kepada semua pembaca & follower Trancends. Walaupun kekerapan update menurun secara mendadak, tetapi blog ini tetap wujud selagi aku wujud. Aku dah cuba delete blog ini, tapi terasa janggalnya bila takde. Pada followers, walaupun korang tak komen, aku tetap hargai korang. Aku menulis bukan sebab nak korang komen, tetapi untuk meluahkan sesuatu. Komen korang umpama abc yang ditambah aiskrim keladi di atasnya. Sungguh manis bunyinya itu. Sepanjang tahun 2011 ini, wujud masalah & isu yang menjadikan blog ini tergendala. Insya'Allah, 2012 menjanjikan wajah baru dengan semangat baru yang berkobar-kobar.

Pada kawan diluar sana, walau dimana pun korang berada, korang tetap ada dalam memory aku. In the deepest sector of my magnetic disc, korang tetap yang terbaik.

Pengakhir kata, semoga kita semua mencapai sasaran & impian tahun 2012 dengan jayanya.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Tuesday, June 07, 2011

Hari Ini Aku Pindah Opis Baru....

Guys, last entry aku di opis lama. After this, entry yang baru adalah di tempat baru. Hari ni memang sangat sibuk. Busy gila mengemas barang. Macam-macam nak dibawa. Sampaikan yang tak patut bawa pun dibawa juga. Biasalah kalau dah excited, lupa semua yang perlu dibuat.

So, sebagai merasmikan opis baru, macam biasalah. Mesti cerita hantu punya. So, hari ini pagi-pagi la Aaron dah story citer hantu kat building baru. Paling bestnya, hantu tu dok kat basement lak tuh. Tempat parking kereta. Dan building baru tu cuma ada parking basement jer. Camner? Tak haru namanya. Tapi, apa-apa pun, hati kena kuat. Perlu percaya pada Yang Pencipta.

Okay guys. Perlu sambung mengemas lagi ni. So, see you in the new building.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Friday, June 03, 2011

Air Oh Air!

Apa isu ni arizs? Isunya sekarang ni ialah air tak ada di Kajang. Spesifik di Saujana Impian. Paling aku benci ialah SYABAS janji buat kerja baikpulih pada 1 Jun 2011 dari jam 8:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Malam. So, apa kes 2 Jun 2011 pun masih takde air? 3 Jun 2011 pun takde air juga. SYABAS ni syarikat yang ada organisasi ke ataupun syarikat tangkap muat je. Tak tahu ke manusia memerlukan 70% air dalam badan. Maksudnya, manusia guna air setap hari dengan banyaknya.

Guys, ini memang entry sakit hati. Sepatutnya, dah tak wujud lagi isu tutup air sampai 2-3 hari. Come on, kita dah moden sekarang ni. Bukan zaman kuno kena angkut air dari telaga. So, pada SYABAS, syabas aku ucapkan. Sebab dah berjaya menyusahkan nenek aku dan entah berapa ramai lagi orang-orang tua, kurang upaya dan juga orang-orang biasa ni.

Guys, cukup-cukuplah aku merepek kat sini. Karang berbakul-bakul lagi marah aku. Baik aku buat kerja, tenangkan minda. Next entry cerita aplikasi henpon aku. As promise.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Thursday, June 02, 2011

Kecelaruan = Nothingness

Guys, aku sedang berfikir ini, kenapa sekarang ada masanya aku rasa kosong. Empty shell. Kadang-kadang lepas solat, aku rasa nothingness. Korang tau apa yang paling menakutkan dalam life ni. Bila korang tak tahu nak buat apa, rasa apa. Itu yang aku rasa. Walaupun kejap-kejap, tapi menakutkan sangat.

Okay guys. Short note je nih. Just nak bagitau kecelaruan aku sekarang ni. See you tomorrow guys.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Wednesday, June 01, 2011

Link Blogger Asyik Error Je...

Hi guys,

Dah berminggu aku perhatikan. Link blogger selalu je error. "Error 404". Apa kes?? Adakah blogger dah tak mampu nak handle load pada server diaorang? Yerla, sekarang ni kan semua orang ada blog. Mesti lah tinggi load pada server. Bercerita tentang server ni, aku nak story tentang server di tempat kerja aku. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi tugas hakiki aku antaranya ialah memastikan server-server dalam bilik server ni beroperasi dengan baik.

Dekat sini, kami ada 4 rak server. Tower type. So, memang kena jaga selalu. Aircond pun on non-stop. Sentiasa hidup. Kalau tak nanti, meletuplah server-server kami ni. Server-server kami ni sangat kritikal. Maklum ler. Server gaji.Saper yang tak nak gaji kan???

Setiap hari Rabu, aku akan buat backup. Weekly backup. In case of server crash ke, kami ada backup untuk restore semula. Line kat sini guna dedicated line. 10Gbps bandwith. Laju gila. Tapi itu pun tak cukup untuk tampung server load pada waktu peak.

Okaylah, ini entry pembukaan je sebenarnya. Selepas beberapa lama tak update blog. Disebabkan wife bersalin dan unforeseen circumstances.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Friday, May 27, 2011

Apa Yang tinggal Selepas Bercerai.

Hi guys. Lama sudah tak update blog. Sorry yer. Busy sungguh sekarang ini. Kena pula wife bersalin, dapat baby baru. Lagi macam-macam kerja kena buat. Anyway, aku dah berada di opis kembali. 2 minggu bercuti memang menyeronokkan dan juga membosankan.

Just nak bercerita part of things yang terjadi dalam life aku. Beberapa hari lepas, aku pergi berjalan-jalan di Alamanda. So, while berjalan tu, ada la couple yang baru berkahwin kat belakang aku. Well, not young couple, but middle aged dah pun. Actually, tak berniat nak curi-curi dengar, but then couple tu sembang kuat sangat. So, terdengar lah juga.

What they actually talk about? The wife was married to someone before. So the topic they are talking about is the ex-husband. So, the new husband ask the question.

H : Ada tak mangkuk hayun(ex-husband) tu bawak you keluar dating macam ni?

W : Takde. Kalau keluar pun, dia sibuk berjumpa orang. Salam sana sini. Macam YB. Dia siap cakap I ni sayang sangat kat dia.

H : Dia je yang syok sendiri tu.

W : Tu la. I takde feeling apa2 pun. Pernah dia citer kat kawan-kawan dia, kawen dengan I macam kawen dengan patung. Dia menggila atas katil, I wat dek je. Ada ke patut cerita kat orang macam tu.

H : ....

W : i dok dengan dia pun sebab anak-anak je. Malas nak layan. I nak keluar pun ajak anak-anak je. Kalau bersama kat katil pun, i tanya dia, "dah puas ke belum? Kalau dah, turun."

H : Apa punya mangkuk la dia tu kan. takpe, i sayangkan u. Jangan risau.

Lebih kurang gitu la conversation dia. Nak bagi detail, aku tak sempat nak rekod. Panjang lagi sebenarnya. Fuhh, seram aku. Aku ingatkan semua ni cuma babak cerita melayu je. Rupanya memang realiti. Minta dijauhkan. Tuhan je yang tahu. Ini lah yang tinggal selepas bercerai. Kutuk mengutuk. Sebenarnya, dua-dua pun kecewa. Sebab tu masing-masing menyalahkan orang lain.

Aku tak berniat nak dengar, tapi kalau dah cakap macam sorang kat utara, sorang kat selatan, memang kena dengar la. Huhuhu.... Ampunkan dosaku Ya Allah.....


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Saturday, May 14, 2011

Artikel Hilang?

Guys, terkejut aku bila akses dashboard blogspot ni. Aku terperasan, ada artikel aku yang hilang. Apa sudah jadi? Paling tak boleh terima, artikel yang aku dah set schedule publish jam 9 pagi tadi. tak sempat nak publish. Apakah blogspot diserang lanun, Captain Jack Sparrow??? Habis artikel aku yang dah publish. Even artikel nama anak aku pun hilang. Sungguh sedih.

Aku try akses dari NetworkedBlog, pun tak berjaya. "The pages you are trying to view is not found bla bla bla....". Bukan ke hodoh bunyinya tu. Arghhh, kenapalah blogspot ni nak crash time artikel aku tengah best. Dah takde kerja ke? Hopefully dia akan restore balik kepada yang terbaru. Sebelum aku mengambil langkah drastik bertukar kepada wordpress.

Blogspot, I WANT MY ARTICLES BACK!!!!

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Thursday, May 05, 2011

Grand Pacific Hotel : Grammar For Better Communication And Writing.

Horray.. Akhirnya dapat juga aku online di hotel ini. Perlu ke aku cakap kenapa? Cakap je lah kan. Apa ada hal. Hotel Grand Pacific. Walaupun namanya ada perkataan Grand, tapi realitinya tak lah grand mana pun. Setelah 2 hari aku menetap di sini, makin banyak pula kemudahan dia yang tak menepati kehendak. Kita senaraikan saja lah. Apa ada hal.

Kekurangan Hotel Grand Pacific?
  1. Wifi hanya di cafe sahaja.
  2. Aircond bilik tak boleh control.
  3. Takde Astro.
  4. Plug 13A terbakar dalam bilik.
  5. Tepi jalan. Bising gila.
  6. Makanan tak sedap.
  7. Salad tak best. Tak macam salad pun.
  8. Cafe tutup awal. Kol 10:30 dah padam lampu.
Itulah antara kekurangan yang menjadi rungutan ramai peserta kursus. Untungnya, kursus sangat best. Instructor, Ms. Alby Ibrahim memang cool. Walaupun masa yang ada tu limited. So far, banyak juga yang aku dah refresh semula. Converse pun dah makin fluent. Group members pun best. Star Legend nama group kitaorang. Sempoi tak?? Haha...

Sorry guys, tapi so far belum ada gambar lagi. Once dah ada, will upload here.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Monday, May 02, 2011

False Alarm

Orait, semalam situasi mencemaskan terjadi. Wife tiba-tiba sakt perut. Katanya nak beranak. So, terus bawa dia pergi hospital. After doktor check, terus kena masuk labor room. Fuhh, aku satu apa barang pun tak beli. Wife sms kata dah buka 3cm. Aku dengan pantas terus pergi Billion Medan Gopeng. Pergi shopping barang-barang baby. Tapi pengalaman dah ada kan. So, yang kedua ini takdelah kelam kabut sangat-sangat.

Punyalah menunggu sampai tengah malam pun tak bersalin lagi. Dekat pukul 12 tengah malam, doktor pindahkan wife ke wad. So, tunggu jer la kat wad pulak. Aku pulak balik rumah untuk tidur. Pagi ni, wife sms cakap dah tak rasa contraction dah. Maybe dah takde rasa nak bersalin. But stil kena tahan dekat wad lagi. esok baru boleh discharge. Itu pun kalau takde rasa sakitlah.

Begitulah cerita False Alarm ni. Punya lama tunggu, rupa-rupanya baby mengusik papa je. Tengok papa rileks sangat. Langsung tak prepare nak beli barang baby yer. Tu yang baby geram tu. Sekali baby mengusik, terus lengkap barang-barang baby papa beli. Dahsyat. Hehe...

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Thursday, April 28, 2011

Quick Update : Quicky

Hi all,

Just quick update since I've been so busy with moving out. Pagi tadi pergi bangunan baru buat justifikasi. So far, dah final stage and everything ready. Next is to move in je. Anyway, so sorry for you guys sebab tak dapat update kerap. Banyak betul kerja sekarang ini. Hope to see you guys again soon. But, for now, please take care of yourself and be careful.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Monday, April 18, 2011

Myvi Swift Bodykit

Memandangkan myvi SE kesayangan aku telah kemik bumper depannya, aku dalam perancangan nak tukar bumper baru. Itu pun bergantung kepada modal jugalah. Yang pasti, aku dah terminat 1 model bumper ni. Menarik. Swift bodykit.(Seperti gambarajah).

Apa kata korang? Bagi lah pendapat tentang bodykit ni. ok ke tak ok?

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Saturday, April 16, 2011

Kursus Oh Kursus.

Ku mencari, Ku mencari,
Apakah salahku,
Kau buat ku termenung, keseorangan....

Tetiba lak lirik lagu tu boleh wujud dalam minda aku sedang aku sibuk uruskan kursus ni. Sekali lagi, Kursus Richbucks berlangsung di pusat komputer aku. Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Sebenarnya, bukan ada masalah apa pun yang tiba-tiba teringat lirik lagu tu. Sekadar terimbas je dalam minda ni. Lagu ini macam sangat famous lah dulu. Tak ingat siapa yang menyanyikan lagu ni dulu.

Aku sedang standby kursus di pusat komputer ni. Dari pagi tadi sampai sekitar jam 4 petang. Memang meletihkan. Ditambah pula dengan kerja luar yang sangat banyak hari ni. Sekejap lagi, aku perlu setup network di kedai kawan aku. Tapi tak kisahlah. Kawan-kawan. Tak jadi masalah punya. Sekejap je pun setup tu. Tarik kabel, buat wiring, configure port dan tadaaa, dah pun siap. Pastu pula, kena setup Adobe Photoshop pada semua komputer di kedai ni. Adoi. Ada 20 unit komputer tu.

Okaylah, stop dulu di sini. Tengah melihat gelagat fasilitator kursus di kedai ni time rehat. Macam-macam. Menari, layan lagu. Tapi, semuanya sementara je. Bila semua peserta kursus dah hadir, serta merta diaorang ni jadi pro. Terbaek.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!