Manalah perginya hak istimewa orang melayu ini. Takkan la sampai takde. Ini dah kronik ni. Sambil tu aku teruskan juga bersembang. Nak tahu apa lagi cara-cara yang ada. Nasib baik pakcik tu bagitahu. Dia suruh aku survey dulu tanah tu kat bahagian mana, pastu pergi terus bahagian pelan. Jangan tanya kat bahagian kaunter. Banyak buaya besar kat situ, kata pakcik itu lagi. Nampak sangat banyak yang menyeleweng.
Kesimpulan kali ini, itu aje la ilmu yang aku dapat. Takde ilmu lain dah. Pergi department plan, pastu jangan sembang dengan kaunter bawah. Jadilah. Sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang masuk. itu sahaja aku nak update untuk hari ini. Sama-sama la ambil iktibar.
"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;
No comments:
Post a Comment
Berani komen?