Pages

Showing posts with label SARA 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label SARA 1Malaysia. Show all posts

Monday, January 30, 2012

SARA 1Malaysia : Kemaskini Kelayakan Memohon.


Info terbaru yang aku terima berkenaan isu kelayakan memohon SARA 1Malaysia.
  1. Pemilik Akaun ASB, ASN dan yang sewakt dengannya tidak layak untuk memohon SARA 1Malaysia.
  2. Penerima BR1M layak memohon SARA 1Malaysia. Selagi tidak bertindih dengan syarat di atas. Difahamkan yang penerima BR1M mempunyai majoriti besar untuk berjaya dalam permohonan SARA 1Malaysia ini.
  3. Berkahwin.
Maklumat ini diterima dari pemohon-pemohon yang telah pun mencuba bertanya pada bank-bank yang terlibat dengan Skim SARA 1Malaysia. Sekiranya maklumat ini tidak tepat, mohon pembaca untuk tinggalkan maklumat yang tepat di bahagian komen.

Maklumat penuh kelayakan permohonan ada di sini. Klik sini.

Borang dah pun keluar di bank-bank yang terlibat. Sila rebut segera. 

arizs

from {desk}

Tuesday, January 17, 2012

Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Kredit To (Radio Transformasi.com)
KELAYAKAN

Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.

SYARAT-SYARAT LAIN YANG DITETAPKAN OLEH BANK

Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera, dan ASW 2020 Bandar.
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah.
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera – 50%;
Cina – 30%;
India – 15%; dan
Lain-lain – 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
DOKUMEN UTAMA

DOKUMEN DIPERLUKAN
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

DOKUMEN SOKONGAN
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.


arizs

from {desk}

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Aku yakin ramai yang tak tahu apa skim ini. Aku cuba terangkan seringkas mungkin.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun
Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Apa tunggu lagi? Pergi ke bank-bank yang berkenaan dan dapatkan SARA 1Malaysia ni. Bagi yang tak mampu, buat pinjaman dengan bank. Yang mampu dah tentu jer guna duit sendiri.

Secara ringkas:

Setiap bulan, keuntungan dari pelaburan RM5,000 adalah sebanyak RM134.00.

(Modal sendiri) Dapat untung RM134.00.

(Modal pinjaman) RM134.00 - RM84.00 (Monthly payment loan) = RM50.00 (Untung).

After 5 years, RM5000 modal akan dapat kepada kita + untung.

Yang guna modal sendiri, dapat lebih dari itu sehingga RM13,000.

Jangan tunggu lagi. Terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia. Di ulangi, SEMUA!



arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!