Pages

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, April 02, 2013

Peluang Pendidikan Oil And Gas di IKBN Bandar Penawar.

Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Bidang Minyak Dan Gas

Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia.

Bidang Latihan

  • Health Safety & Environment (HSE)
  • Welding For 6G/6GR
  • Basic Welding Inspections

Pusat Latihan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama,
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim



Kemudahan
Pusat pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, rekreasi dan kemudahan sukan


Tarikh Tutup
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun


Keputusan Permohonan

Calon yang berjaya akan dihubungi secara terus oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar melalui talian telefon atau surat tawaran rasmi


Permohonan

Wednesday, January 23, 2013

Jom Masuk U. Karnival Pengajian Tinggi Negara ke-9.

Apa tunggu lagi. Jom terjah!
Karnival Pengajian Tinggi Negara kambali lagiiiiiiii......

Apa tunggu lagi geng. Jom bawa semua kaum kerabat ke karnival ini. paling penting sekali, karnival ini jauh lebih bagus dari karnival Jom Heboh, Sure Heboh dan apa-apa lagi yang heboh lah!

Zon 1 akan bermula pada hujung minggu ini. banyak tawaran menarik menanti. Ambil peluang ini untuk mendalami taraf pendidikan negara kita.

Jangan lepaskan peluang ini. tahun lepas, ada yang datang ke karnival selepas karnival tamat. Kesian. Jangan kecewa. Tahun ini abang kakak boleh datang lagi. Bawa anak-anak semua.


arizs

from {desk}

Tuesday, January 22, 2013

Penajaan Biasiswa KPT kepada OKU. Belajar Free!!

Tahukah korang semua, KPT ada menawarkan biasiswa? Dan yang lebih menariknya biasiswa ini ialah biasiswa OKU. Mungkin ramai yang tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu ataupun tak kisah. Biasiswa OKU ini hanya khas untuk OKU yang menyambung pendidikan di pusat pengajian tinggi. Tidak kiralah IPTA, IPTS, Politeknik ataupun kolej komuniti.

Rujukan penuh maklumat di sini.

Bagaimana nak memohonnya? Prosedurnya mudah sangat.

Prosedur Permohonan Biasiswa Pendidikan OKU.
====================================

1. Ada surat tawaran belajar dari IPTA, IPTS, Politeknik ataupun Kolej Komuniti.

2. Sekiranya berkerja, ada surat kebenaran sambung belajar dari majikan. (Apply untuk gov staff only. Refering to part time student)

3. Sediakan dokumen seperti berikut;

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;

b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;

d. Salinan surat tawaran pengajian;

e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (bagi tuntutan kali pertama sahaja) (klik di sini)

f. Borang Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan wang saku dibuat)

g. Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan yuran pengajian  dibuat)


h. Senarai Semak Bantuan Kewangan OKU (klik disini)

i. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat);

j. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);

k. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).
  • Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
  • Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.
4. Hantarlah ke alamat berikut;
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

ataupun emailkan kepada bkoku@mohe.gov.my.

Kepada pelajar oku di luar sana, sila apply biasiswa ini. Rugi korang sia-siakan peluang ini.


arizs

from {desk}

Wednesday, March 14, 2012

MOE : Hebahan Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.


“Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012”.

Seperti yang diterima melalui email hebahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

More Info 1
More Info 2
More Info 3

arizs

from {desk}

Friday, January 06, 2012

Peluang Pendidikan Di IKBN Dusun Tua.

KEPADA KAWAN2.SESIAPA YANG ADA ANAK,ADIK ATAU SAUDARA YANG INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN DI IKBN DUSUN TUA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA 0194512021(Abdul Haris Khairi Hamid). PENDAFTARAN PADA 11 JAN 2012.

KURSUS YANG DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT:
1. PENYENGGARAAN KERETA
2. PENYENGGARAAN JENTERA BERAT
3. PENYENGGARAAN KENDERAAN PERDAGANGAN
4. SEMBURAN CAT
5. PEMESINAN
5. MEKANIK INDUSTRI
6. KIMPALAN GAS DAN ARKA
7. PEMBUATAN PERABUT DAN HIASAN DALAMAN
8. LANSKAP DAN BINAAN
9. PENDAWAIAN ELEKTRIK PW2
10. ELEKTRONIK INDUSTRI
11. PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) DAN BAGI KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK PENSIJILAN OLEH SURUHANJAYA TENAGA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA ATAU LAYARI LAMAN WEB IKBNDT UNTUK MAKLUMAT KURSUS.

Check out kempen ini.


arizs
from {desk}

Thursday, January 05, 2012

Karnival Pengajian Tinggi 2012

Schedule Karnival.
Mungkin ramai yang tak aware lagi dengan karnival ini. Ataupun mungkin juga ramai yang dah tengok iklan di televisyen.

Ini jadual karnival. Jadi, pada semua rakyat Malaysia yang nak pergi, jom tengok schedule.

Ada macam-macam event dekat karnival ini. Jangan tak pergi yer. Rugi.



arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!