Pages

Monday, January 30, 2012

Kad Kredit : Perkara Yang Kita Tidak Tahu.

Tips Terbaik : Jangan Guna Kad Kredit Langsung.

Aku yakin ramai yang menggunakan kad kredit. Masing-masing dengan tujuan tertentu. Sudah ramai yang tersedar dengan bahaya penggunaan kad kredit ini. Tetapi, masih ramai lagi yang termakan pujuk rayu bank-bank yang menawarkan bermacam-macam insentif serta hadiah kepada pemegang kad kredit. Aku bukan nak berceloteh tentang bahaya kad kredit, tetapi bagaimana untuk memaksimakan penggunaan kad kredit ini.

Kad Kredit & Kad Bonuslink
  • Gunakan kad kredit berserta dengan kad Bonuslink untuk memaksimakan kutipan point. Peringatan! Jangan gunakan kad kredit untuk mengisi minyak kereta, kerana secara automatik bank akan potong RM200 sebagai deposit untuk setiap traksaksi pengisian minyak di stesen minyak. Walaupun kamu cuma isi RM30.
Tarikh Matang Bil Kad Kredit
  • Ubah tarikh matang kad kredit kepada tarikh gaji dibayar. Contohnya; 26hb setiap bulan. Ini untuk mengelakkan cas denda lewat. Ini tips berguna untuk memastikan pengurusan kewangan kamu tidak terganggu.
Points Kad Kredit
  • Tebus point kad kredit dengan barangan yang ditawarkan. Points carry forward akan tamat tempoh dan ini akan merugikan kamu.
Bayaran Minimum
  • Sentiasa membayar lebih dari minimum untuk memastikan cas perkhidmatan yang rendah. Bayaran secara ansuran nampak sedikit, tetapi jika dikumpulkan, kamu akan terkejut dengan jumlah sebenarnya.
Members Discount
  • Berbelanja di pusat beli belah yang menjadi ahli kepada kad kredit kamu. Ini akan memaksimakan points yang diterima.
Sekiranya kamu ada tips yang menarik ingin dikongsikan, letakkan di ruangan komen untuk manfaat semua.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!