Pages

Thursday, January 19, 2012

SBPA : Terbaru! Gaji SBPA Dibayar Akhirnya.


Akhirnya!

Setelah ternanti-nanti info terbaru SBPA, sekejap tadi aku diberitahu yang gaji SBPA akan dibayar pada penghujung bulan ini seperti yang diwar-warkan dahulu. Pada 31hb Januari 2012, semua penjawat awam akan mula menikmati gaji baru dibawah sistem saraan baru, Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Penyelarasan semula akan dilakukan pada bulan April ini setelah pasukan khas SBPA habis mengkaji segala isu-isu yang timbul. Itu yang difahamkan kepada aku oleh pemberi maklumat.

Secara rasminya, cuti Tahun Baru Cina aku terbatal dan duduklah aku keseorangan di 'office' standby untuk proses pembayaran. Semoga semua penjawat awam bergembira dan mendapat manfaat dari perlaksanaan skim gaji baru ini.

Format pembayaran gaji SBPA adalah seperti artikel ini. Ini pula bila dah dapat gaji SBPA. Klik Sini.

Bersempena berita baik ini, aku @ Trancends @ arizs ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan selamat bercuti kepada rakyat Malaysia.

p/s: Komen semua dialu-alukan. Mungkin ada yang nak ucapkan takziah aku tak dapat cuti. T_T


arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!