LHDNM TIDAK BEROPERASI PADA 22 JANUARI 2012
Cyberjaya, 16 Januari – Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 23 dan 24 Januari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pejabat-pejabat LHDNM di tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan beroperasi pada 22 Januari 2012. Tindakan ini diambil sebagai langkah penyelarasan operasi LHDNM ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.LHDN pun nak bercuti. Take note dan sebarkan pada yang berkenaan.
Berikutan itu, kaunter-kaunter penerimaan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di negeri-negeri berkenaan turut akan menutup operasinya. Operasi pejabat-pejabat LHDNM di ketiga-tiga negeri ini serta semua negeri seluruh Malaysia akan kembali seperti biasa pada 25 Januari 2012. Walau bagaimanapun, para pelanggan masih boleh melakukan urusan percukaian mereka melalui perkhidmatan elektronik yang disediakan di Laman Sesawang Rasmi kami iaitu www.hasil.gov.my.
LHDNM memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dialami oleh para pelanggan. Kami juga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia terutamanya pembayar cukai yang berbangsa Tionghoa. Semoga Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan membawa lebih kesejahteraan serta kemakmuran kepada semua.
p/s: Cukai pendapatan aku dah bayar ke?
arizs
from {desk}