Pages

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Monday, January 02, 2012

Laman Web Sedut Drama Korea

"Ko layan drama Korea?".

Rasanya, majoriti rakyat Malaysia layan drama Korea. Entah kenapa, drama Korea ni mendadak naik sehinggakan budak-budak kecil pun pandai cakap korea. Ini petunjuk menandakan drama korea ni sampai kepada targetted audience. Aku sendiri pun tengok drama korea. IRIS, BRAIN dan entah apa-apa lagi tajuknya. Memang dahsyat penangan drama korea ni. Siap ada yang nangis-nangis lah tengok drama diaorang ni.

Aku bukan nak cerita pasal drama tu, tapi aku nak cerita dekat mana korang boleh sedut drama korea. Korang paham istilah sedut tu? Sedut maksudnya download lah. So, pada kaki torrent, ini laman web yang spesifik untuk drama korea, jepun dan hong kong. Sedut jangan tak sedut.

Torrent Site Korean Drama.

 Klik pada gambar tu. Nanti popup window akan muncul memaparkan website tersebut. So, sedut sampai penuh harddisk.

By the way, korang kena download klien torrent sebelum boleh download file-file kat sini. Silalah download uTorrent. Kecil tapi power.

Selamat mencuba!

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Wednesday, April 20, 2011

Diablo 3 Trailer : Games Kesukaan Aku

Setelah Diablo 2: Lord Of Destruction aku tamatkan dulu, dah beberapa tahun jugalah aku tak sentuh games. Ada juga aku cuba games yang lain, tetapi Diablo tetap beraja di hati. Hari ini, baru dapat layan trailer Diablo 3. Tak sabar betul aku nak cuba games tu. Tapi sejak jadi bapa ni, tak bolehlah nak fokus layan games je kan. Maybe ambil masa setahun juga kot baru boleh habiskan games ni.

Anyway, enjoy the video. Diablo 3 Trailer.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Tuesday, April 19, 2011

Bahagia Itu Maknawi

Jom kita semua layan nasyid ini. Kemudian cubalah fahami maksudnya. Old school punya nasyid ni. Baru terjumpa dan sangat-sangat meminatinya.

Bahagia itu maknawi Juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bhgia sekalipun ia berharta
krna semua itu bersifat lahiriah
ia buknlah hakikat bhgia..
Tenang itulah tanda bahagia....
Ia kn tenang kan keluh kesah
bila tiada kebahgiaan....
hidup penuh kepuraan
ulng:rngkp 1
Rngkp 2
Mazmumah tunjang tiada bahagia
krna trus mngekalkannya
hasad dengki,gila dunia,sombong bongkak merosakkan segala
Carilah tenang dapatkan bahagia
Cintakan allah setiap masa
Bila zikrullah di hayati
Barulah bahgia diperolehi
ulng : rngkp1

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Monday, May 24, 2010

"Let It Be"

Let It Be, Let It Be,

Itulah sebahagian dari lagu The Beatles - Let It Be. Cuma yang aku nak tonjolkan di sini bukan videoclip dari The Beatles, sebaliknya dari movie Accross The Universe(ATU). Seronok sangat tengok movie ini. Tak sama macam movie soundtrack yang lain, ATU membawakan perubahan genre musik yang berbeza. Cakap banyak tak guna. Jom layan track ini.

Let It Be - Carol Woods & Timothy T


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Sunday, May 03, 2009

Teluk Batik~~




Bonjour!!

Hari ni aku dan wife pergi Manjung. Saja lepak di Teluk Batik. Nak berehat sama. Dah letih bekerja. Seminggu ni memang meletihkan. Bekerja macam nak pengsan sekarang ni. Seronok pergi Teluk Batik. Jam 2:30 baru bertolak dari Ipoh. Sebelum tu kerja dulu. Wat servis laptop customer. Sian wife tunggu lama gak dalam kereta. Nak kata camner kan, dah keje suami dia macam tu.

Dalam perjalanan, takde apa yang menarik pun. Sekarang memandu dengan berhemah. 60-90km je sekarang ni. Wife dah bawak baby, so kena la hati-hati. Taknak menyesal kemudian hari. Dalam perjalanan pun, hari dah mendung. Dalam hati dah mengagak dah, ni kalau sampai teluk batik, sure hujan punya. Tapi perjalanan diteruskan juga. Sekitar 3:30 sampai di Teluk Batik. Ramainya orang. Diaorang ni taknak balik ke? Hari nak hujan dah ni. Kami terus jalan-jalan. Kot la boleh dapat spot yang ok. Tapi semua dah occupied le. Ramai sangat orangnya.

Kebetulan pulak jumpa dormate sekolah asrama dulu. Kawan form 1 dulu tu. Haih, lamanya masa berlalu. Tak jangka boleh jumpa balik. Dia pun dah lain. Berbeza sekarang ni. Happy sangat dapat jumpa kawan lama. Tak dapat sembang lama sebab hari hujan. Aku dan wife pun angkat kaki ler. Malas nak tunggu. Next destinasi kami ialah lumut. Sampai sana, terus pekena mee udang dekat d'muara. Sedap la juga. Tapi tak boleh lawan mee udang di Taiping. Sambil tu, ada la street performer ni datang perform dekat tempat kami makan. Sempat la aku snap 2~3 gambar untuk tontonan korang semua.

Best brader ni perform. Suara pun boleh tahan le. Aku ada wat video. tak pasti le korang boleh dengar ke tak. Apa-apa pun, harap korang enjoy video ni. Trip kami berakhir jam 6 petang. Nak buat apa dok lumut lama-lama. Borink tu. Wife pun tak berapa ok. Dia asyik loya je. So, baik la kami balik cepat. Harap nanti dapat pergi Pangkor pula. Bercuti di sana~~.

p/s;
video update later. Tengah compile~~

Sincerely;


Sunday, August 10, 2008

Ala Emak! Kawenkan Aku?!

Siti Normah @ Achik
Saidatul Akma @ Akma

"Tahniah pada Achik, Zafalina & Akma
Di atas pertunangan kalian.
Semoga kalian berbahagia selamanya."

Tahniah pada kawan-kawan aku yang dah pun bertunang. Semoga korang kekal bahagia. Aku tumpang bahagia tengok korang bahagia. Teringat zaman muda-muda dulu, how interesting life is with all of you. Tak dapat lupakan memori tu. Akan aku kenang sepanjang hayat aku.

Sebut pasal orang bertunang, kawen nih, buat aku rasa cam nak kawen gak. Sibuk jer kan. tapi seperti biasa la. Alasan aku tetap sama. Aku takde calon + aku nak pusing dunia dulu. Congatulations.

Semalam lak, dok sembang-sembang dengan mak aku kat ruang tamu. Tetiba lak mak aku petik topik kawen. Mak aku suruh kawen jer. Takde la life aku miserable sangat. Jawapan aku tetap sama. Aku takde calon + aku nak pusing dunia dulu. Walaupun jawapan tuh lebih pada nak menyelamatkan diri, tapi tetap jujur. Alasan mak aku, biar ada orang uruskan life aku, uruskan kewangan aku, makan pakai aku. Teruk sangat ker pengurusan hidup aku?! Yerla, memang la tak terurus gak, tapi still boleh manage lagi.

By the way, Adam ada kat rumah yerk. And aku ada video'kan dia menari. More like imitating the videoclip. Nak tau video per yang dia tiru?! Pat & Stanley - The Lion Sleep Tonight. Mesti ramai yang tau Pat & Stanley. Hyppo & Anjing tuh. So, here aku publish videoclip dia. Maybe agak panjang, but this is the only video yang quite menarik.

Ini pula bahasa Adam;

Pisang = Pitang
Banana = Manana
Pak uda = dode
Pak yang = Bayang
Mak yang = bayang
Aspalela = Aspayeya
Paksu = Patu
Susu = Tutu

Hehehe... anak buah aku pelat. Jangan gelak. :p

Thursday, July 24, 2008

I did it. Post with video.

For the 1st time, aku upload video. Dah lama dah idea nih timbul, just aku jer suka tangguh-tangguh kerja.(Bad habit.)

By the way, video ni berkaitan anak buah aku. Dia ni lahir di Terengganu. Anak kakak aku yang sulong. Nama anak sedara aku ni Adam Asyraff. Aku panggil Adam jer. Waktu video nie dirakamkan, Adam baru jer masuk umur 2 tahun. So, dia baru nak belajar bercakap ler.

Video nih memaparkan apa yang dia dah boleh cakap. Mesti ramai yang suspens tunggu video nih kan.

To Hot Stuff, kena tengok tau. This is specially for you. I just miss the opportunity to record what you said after we finish our dinner at Umbai. Hehehe. Trust me, if I ever got the chances, your video will be here instead of Adam video. Ngee.

To all, do enjoy the video and please leave your comments. Thank you.

P/s;

Sorry for short recording. Will do better later.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!