Pages

Sunday, May 03, 2009

Teluk Batik~~




Bonjour!!

Hari ni aku dan wife pergi Manjung. Saja lepak di Teluk Batik. Nak berehat sama. Dah letih bekerja. Seminggu ni memang meletihkan. Bekerja macam nak pengsan sekarang ni. Seronok pergi Teluk Batik. Jam 2:30 baru bertolak dari Ipoh. Sebelum tu kerja dulu. Wat servis laptop customer. Sian wife tunggu lama gak dalam kereta. Nak kata camner kan, dah keje suami dia macam tu.

Dalam perjalanan, takde apa yang menarik pun. Sekarang memandu dengan berhemah. 60-90km je sekarang ni. Wife dah bawak baby, so kena la hati-hati. Taknak menyesal kemudian hari. Dalam perjalanan pun, hari dah mendung. Dalam hati dah mengagak dah, ni kalau sampai teluk batik, sure hujan punya. Tapi perjalanan diteruskan juga. Sekitar 3:30 sampai di Teluk Batik. Ramainya orang. Diaorang ni taknak balik ke? Hari nak hujan dah ni. Kami terus jalan-jalan. Kot la boleh dapat spot yang ok. Tapi semua dah occupied le. Ramai sangat orangnya.

Kebetulan pulak jumpa dormate sekolah asrama dulu. Kawan form 1 dulu tu. Haih, lamanya masa berlalu. Tak jangka boleh jumpa balik. Dia pun dah lain. Berbeza sekarang ni. Happy sangat dapat jumpa kawan lama. Tak dapat sembang lama sebab hari hujan. Aku dan wife pun angkat kaki ler. Malas nak tunggu. Next destinasi kami ialah lumut. Sampai sana, terus pekena mee udang dekat d'muara. Sedap la juga. Tapi tak boleh lawan mee udang di Taiping. Sambil tu, ada la street performer ni datang perform dekat tempat kami makan. Sempat la aku snap 2~3 gambar untuk tontonan korang semua.

Best brader ni perform. Suara pun boleh tahan le. Aku ada wat video. tak pasti le korang boleh dengar ke tak. Apa-apa pun, harap korang enjoy video ni. Trip kami berakhir jam 6 petang. Nak buat apa dok lumut lama-lama. Borink tu. Wife pun tak berapa ok. Dia asyik loya je. So, baik la kami balik cepat. Harap nanti dapat pergi Pangkor pula. Bercuti di sana~~.

p/s;
video update later. Tengah compile~~

Sincerely;


Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!