Pages

Tuesday, March 22, 2011

Online Shopping Barang-Barang Pingpong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nak bercerita tentang laman web yang menyediakan produk sukan pingpong. Pingpong atau dalam bahasa inggerisnya, Table Tennis, adalah sukan yang mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang seronoknya bermain pingpong ini? Jawapannya, teknik. Bermain pingpong bukan sekadar nak menang atau tunjuk hebat, tetapi mempelajari teknik-teknik permainan yang betul.

Aku contohnya, mula bermain pingpong ketika berumur 12 tahun. Tetapi kemudiannya berhenti bermain pingpong kerana lebih bermain sukan yang lain. Kemudiannya, aku menyambung semula bermain pingpong sekarang. Bezanya, aku lebih banyak belajar teknik. Walaupun pada mulanya agak menyampah sebab tak pandai main (main nak macam tournament), tapi aku fokus dan rajin. Sekarang aku dah boleh bermain dengan baik. Teknik-teknik yang dipelajari banyak membantu. Side spin, Top spin. Itu semua nama-nama teknik yang sering digunakan. Percaya atau tidak, bermain pingpong ini sangat-sangat meletihkan.

Okay, itu serba sedikit pengenalan kepada pingpong. Jom kita pergi ke tajuk utamanya. Di mana nak beli barang-barang pingpong? Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang ini. Okay, kalau sekadar nak beli pre-assembled bat, tak payah la nak tengok online. Kedai runcit pun ada juga yang jual. Yang ini memang khusus untuk barang-barang pingpong sahaja. Dari bat/paddles yang berharga RM50, hinggalah kepada yang berharga ribuan ringgit. Jom kita tengok laman web yang dinyatakan.




Presport.com : Pengedar barang-barang pingpong yang memang femes di Malaysia.


GMTT.net : Dimiliki oleh bekas pemain pingpong Malaysia.

Ini adalah 2 laman web yang sememangnya famous di kalangan kaki pingpong d Malaysia. Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia pingpong ini, boleh lah dapatkan tunjuk ajar sifu-sifu di sekitar area korang. Pingpong ni kalau berguru, memang seronok. Tapi kalau sorang-sorang, agak membosankan lah. Percaya atau tidak, pingpong ini sebenarnya dimain juga oleh orang kurang upaya macam aku ni. Tiada beza antara orang normal atau OKU. Kerana pingpong ini berdasarkan kemahiran dan kefahaman kepada teknik kita.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang sukan pingpong ini, boleh tinggalkan komen anda di sini. Insya'Allah akan aku jawab secepat mungkin.

"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!