Pages

Monday, March 21, 2011

Kucingku Ecko Dan Kisah Kahwin.

I'm back after certain period of time. Lama sungguh tak menaip kat sini. Tah apa yang aku sibuk sangat pun tak tahu lah. Tapi, yang pasti, anak aku yang ke-2 dijangka lahir pada bulan Mei ini. Sekarang ini, aku sangatttttt sibuk dengan persediaan untuk menyambut ahli keluarga yang baru. Bertambah lagi kemeriahan keluarga aku. Tak cukup dengan keletah Adni Liyana Bt. Azdan Hariz yang hyper aktif, Insya'Allah ditambah dengan seorang lagi.

Okay, cerita hari ini bukan berkisar tentang family aku ataupun diri aku. Tapi lebih berkisar kepada kucing peliharaan aku yang dah pun besar. Setelah 2 tahun membelanya, kucing jantan bernama Ecko kini dah macho dan kacak macam tuan dia juga. Hehehe... Dan sekarang ini, aku jadikan Ecko sebagai kucing mengawan sahaja. Breed yang rare dengan warna bulu yang rare. Susah nak jumpa. Ecko ni dari baka Russian Blue. Baka ini dalam kategori kucing parsi juga. Bezanya, Russian Blue ni berbadan besar. Bukan nak berlagak, tapi Ecko memang berbadan besar. Umur 2 tahun tapi panjang dari kepala ke ekor hampir 1-meter. Berat pula disebabkan tak pernah timbang, tak dapat nak jangka. Tapi kalau dukung Adni pastu dukung Ecko, lebih kurang sama je beratnya. Dalam 10-kg gitu.

Ecko ini memang dijaga rapi. Vaccinated every month. Deworm pun sama. Macam raja la penjagaannya. Dan sekarang ini Ecko diletakkan di kampung isteri aku. Memang khas jadi pusat pembiakan baka dia. So far, dah ramai orang bertanya. Nak kahwinkan Ecko dengan kucing diaorang. Dari segi pasangan Ecko, aku agak memilih. Kalau boleh, tak nak yang dah macam kucing kampung je. Linage kena jaga. Plus, Ecko tak boleh mengawan dengan kucing kampung. Sebabnya, anak dia bersaiz besar. Mati kucing kampung tu karang. Ini bukan rekaan, tapi dijelaskan oleh doktor dekat tempat Ecko check up.

Kira-kira 3 minggu lepas, aku dah pun post kan iklan "Mating Cat" di Mudah.my. Alhamdulillah, feedbacknya baik. Ramai yang bersedia untuk hantar kucing mereka ke kampung aku. Untuk dikahwinkan dengan Ecko. Jadi, pada kawan-kawan "Cat Lover" semua, pada yang berminat nak beli anak Ecko, rajin-rajin tengok di blog ini. Dan kalau boleh, tinggalkan lah contact korang. Ini akan memudahkan aku menghubungi korang semula.

By the way, korang boleh check iklan Ecko di mudah.my melalui link ini.

Mating Cat - Ecko The Russian Blue

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!