Pages

Showing posts with label Bantuan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Rakyat. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Penajaan Biasiswa KPT kepada OKU. Belajar Free!!

Tahukah korang semua, KPT ada menawarkan biasiswa? Dan yang lebih menariknya biasiswa ini ialah biasiswa OKU. Mungkin ramai yang tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu ataupun tak kisah. Biasiswa OKU ini hanya khas untuk OKU yang menyambung pendidikan di pusat pengajian tinggi. Tidak kiralah IPTA, IPTS, Politeknik ataupun kolej komuniti.

Rujukan penuh maklumat di sini.

Bagaimana nak memohonnya? Prosedurnya mudah sangat.

Prosedur Permohonan Biasiswa Pendidikan OKU.
====================================

1. Ada surat tawaran belajar dari IPTA, IPTS, Politeknik ataupun Kolej Komuniti.

2. Sekiranya berkerja, ada surat kebenaran sambung belajar dari majikan. (Apply untuk gov staff only. Refering to part time student)

3. Sediakan dokumen seperti berikut;

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;

b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;

d. Salinan surat tawaran pengajian;

e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (bagi tuntutan kali pertama sahaja) (klik di sini)

f. Borang Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan wang saku dibuat)

g. Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan yuran pengajian  dibuat)


h. Senarai Semak Bantuan Kewangan OKU (klik disini)

i. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat);

j. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);

k. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).
  • Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
  • Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.
4. Hantarlah ke alamat berikut;
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

ataupun emailkan kepada bkoku@mohe.gov.my.

Kepada pelajar oku di luar sana, sila apply biasiswa ini. Rugi korang sia-siakan peluang ini.


arizs

from {desk}

Monday, January 30, 2012

SARA 1Malaysia : Kemaskini Kelayakan Memohon.


Info terbaru yang aku terima berkenaan isu kelayakan memohon SARA 1Malaysia.
  1. Pemilik Akaun ASB, ASN dan yang sewakt dengannya tidak layak untuk memohon SARA 1Malaysia.
  2. Penerima BR1M layak memohon SARA 1Malaysia. Selagi tidak bertindih dengan syarat di atas. Difahamkan yang penerima BR1M mempunyai majoriti besar untuk berjaya dalam permohonan SARA 1Malaysia ini.
  3. Berkahwin.
Maklumat ini diterima dari pemohon-pemohon yang telah pun mencuba bertanya pada bank-bank yang terlibat dengan Skim SARA 1Malaysia. Sekiranya maklumat ini tidak tepat, mohon pembaca untuk tinggalkan maklumat yang tepat di bahagian komen.

Maklumat penuh kelayakan permohonan ada di sini. Klik sini.

Borang dah pun keluar di bank-bank yang terlibat. Sila rebut segera. 

arizs

from {desk}

Tuesday, January 17, 2012

Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Kredit To (Radio Transformasi.com)
KELAYAKAN

Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.

SYARAT-SYARAT LAIN YANG DITETAPKAN OLEH BANK

Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera, dan ASW 2020 Bandar.
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah.
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera – 50%;
Cina – 30%;
India – 15%; dan
Lain-lain – 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
DOKUMEN UTAMA

DOKUMEN DIPERLUKAN
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

DOKUMEN SOKONGAN
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.


arizs

from {desk}

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Aku yakin ramai yang tak tahu apa skim ini. Aku cuba terangkan seringkas mungkin.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun
Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Apa tunggu lagi? Pergi ke bank-bank yang berkenaan dan dapatkan SARA 1Malaysia ni. Bagi yang tak mampu, buat pinjaman dengan bank. Yang mampu dah tentu jer guna duit sendiri.

Secara ringkas:

Setiap bulan, keuntungan dari pelaburan RM5,000 adalah sebanyak RM134.00.

(Modal sendiri) Dapat untung RM134.00.

(Modal pinjaman) RM134.00 - RM84.00 (Monthly payment loan) = RM50.00 (Untung).

After 5 years, RM5000 modal akan dapat kepada kita + untung.

Yang guna modal sendiri, dapat lebih dari itu sehingga RM13,000.

Jangan tunggu lagi. Terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia. Di ulangi, SEMUA!



arizs

from {desk}

Monday, January 16, 2012

Semak Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia

MyCherita: Semak Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysi... (Kredit Kepada Blogger MyCherita)

Bagi yang belum mengetahui keputusan permohonan dan tercari-cari bagaimana nak membuat semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sebenarnya, anda boleh mengetahui keputusan permohonan tersebut samada berjaya atau tidak melalui dua kaedah.

Pertama
melalui Pos. Keputusan sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula dihantar secara berperingkat-peringkat ke semua alamat pemohon secara pos. Di situ, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai tarikh penerimaan dan tempat majlis penyerahan baucar akan diadakan.

Kedua
pemohon boleh membuat semakan secara online dengan menghubungi Talian Hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja
arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!