Pages

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Ubat Sembelit Dan Buasir Power!

Hari ini, 13 februari, selepasnya 12 februari, sebelum 14 februari, dalam tarikh 13 februari (baru lepas layan Hantu Kak Limah 2), aku nak menulis sedikit tentang kesihatan. Ramai orang Malaysia ni mengabaikan kesihatan. Kalau tengok muka, perghhh... cantik meletops, hensem meleleh. Tapi dalam badan, dah macam kereta buruk. Apa pun tak boleh.

Kalau di baca tajuk tu, macam aku ni sakit kronik je. Aku ada masalah constipation je, ataupun sakit orang kuat sabar. mana tak kuat sabar, sekali masuk toilet, 30-45 minit dah tentu jer. Sabar betul. Hahaha... Setelah dirujuk pada pakar sakit a.k.a wife aku, dia cadangkan beli ubat seperti dalam gambar di bawah.
nu~clonz - Pencuci perut paling power.
Sila abaikan ubat kat belakang tu. itu untuk anak2 dan isteri.
Inilah dia ubat yang aku makan setiap pagi dan petang. Memang power. Tepat jam 6pagi, aku akan bangun dan berlari ke tandas untuk mengosongkan perut. Malam pula, area pukul 10malam tu, memang masa yang ditunggu. Bila nak tidur, badan pun lega, perut selesa, jiwa bahagia.

Benda ni tak susah nak makannya. Pil je pun. 2 biji pagi, 2 biji petang. 1 botol ada 100 kapsul. Lebih kurang 25 hari la untuk guna ubat ni. Test dulu. Jangan terus nak borong 10 botol. Buatnya tak sesuai dengan korang, kan dah rugi. Selama yang aku guna ni, constipation atau bahasa melayunya, sembelit memang dah takde. Kalau dulu, nak membuang sekali sehari tu pun payah. Tapi sekarang ni, 2 kali sehari tu normal. Memang best sebab perut sentiasa kosong, buncit pun hilang. 6 pack je yang tak keluar lagi. Wife cakap yang ada 1 pack je. Hahaha...

Jangan di biar perut itu kotor. Silap haribulan, dapat kanser usus. Lagi naya. Bersihkan perut korang. Nak solat pun tenang. Perut kalau kotor, badan jadi tak bermaya. Kalau orang cina, mereka percaya pada Chi. Tenaga chi ni berkumpul di perut. Kalau perut kotor, apa tenaga nak di simpan. Senang cerita, macam komik naruto tu. simpan chakra kat perut. (Sah kome kaki komik kalau paham ni.)

Bulan lepas, aku buat full health check. Result yang aku dapat;

BMI - Overweight. (Sebab aku ni rendang orangnya)
Nadi - 58 (kategori atlet kata doktor)
Berat - 61.3kg. Dari 65kg. (ok sangat dah tu)

Takde nak buat promosi. Sesiapa nak beli ubat sembelit dan buasir power ni, boleh contact direct dengan agen dia di sini.

arizs

from {desk}

Tuesday, March 22, 2011

Online Shopping Barang-Barang Pingpong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nak bercerita tentang laman web yang menyediakan produk sukan pingpong. Pingpong atau dalam bahasa inggerisnya, Table Tennis, adalah sukan yang mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang seronoknya bermain pingpong ini? Jawapannya, teknik. Bermain pingpong bukan sekadar nak menang atau tunjuk hebat, tetapi mempelajari teknik-teknik permainan yang betul.

Aku contohnya, mula bermain pingpong ketika berumur 12 tahun. Tetapi kemudiannya berhenti bermain pingpong kerana lebih bermain sukan yang lain. Kemudiannya, aku menyambung semula bermain pingpong sekarang. Bezanya, aku lebih banyak belajar teknik. Walaupun pada mulanya agak menyampah sebab tak pandai main (main nak macam tournament), tapi aku fokus dan rajin. Sekarang aku dah boleh bermain dengan baik. Teknik-teknik yang dipelajari banyak membantu. Side spin, Top spin. Itu semua nama-nama teknik yang sering digunakan. Percaya atau tidak, bermain pingpong ini sangat-sangat meletihkan.

Okay, itu serba sedikit pengenalan kepada pingpong. Jom kita pergi ke tajuk utamanya. Di mana nak beli barang-barang pingpong? Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang ini. Okay, kalau sekadar nak beli pre-assembled bat, tak payah la nak tengok online. Kedai runcit pun ada juga yang jual. Yang ini memang khusus untuk barang-barang pingpong sahaja. Dari bat/paddles yang berharga RM50, hinggalah kepada yang berharga ribuan ringgit. Jom kita tengok laman web yang dinyatakan.




Presport.com : Pengedar barang-barang pingpong yang memang femes di Malaysia.


GMTT.net : Dimiliki oleh bekas pemain pingpong Malaysia.

Ini adalah 2 laman web yang sememangnya famous di kalangan kaki pingpong d Malaysia. Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia pingpong ini, boleh lah dapatkan tunjuk ajar sifu-sifu di sekitar area korang. Pingpong ni kalau berguru, memang seronok. Tapi kalau sorang-sorang, agak membosankan lah. Percaya atau tidak, pingpong ini sebenarnya dimain juga oleh orang kurang upaya macam aku ni. Tiada beza antara orang normal atau OKU. Kerana pingpong ini berdasarkan kemahiran dan kefahaman kepada teknik kita.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang sukan pingpong ini, boleh tinggalkan komen anda di sini. Insya'Allah akan aku jawab secepat mungkin.

"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!