Pages

Tuesday, February 21, 2012

5S : Dasar Pandang Ke Timur. (Jepun)


Apa itu 5S? Mungkin ramai di luar sana yang tak tahu apa itu 5S.  Mungkin juga biasa terlihat di pejabat-pejabat kerajaan. 5S ini adalah 1 amalan, 1 budaya persekitaran tempat kerja yang sentiasa teratur, bersih dan kemas. Tapi jangan risau. Aku bukan nak bercerita tentang 5S ini tetapi disebalik 5S ini.

Tersurat :

5S ini adalah budaya Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Sebenarnya 5S ini diambil dari budaya jepun. Tapi, di Malaysia, kita ada S yang ke-6. Iaitu Sorok. Apa nak dikata, dah memang budaya kita suka menyorok. Kalau buat salah, menyorok. Kalau tak salah pun, menyorok juga. Takut kena tempias katanya.

Pulak itu, yang menariknya, Sentiasa Amal. Tapi budaya kita tidak bercirikan sikap ini. Jadi macam mana itu? Amalannya mudah. Bila ada audit, baru buat. "Bila dah nak terberak, baru nak gali lubang". Bukan pada amalan 5s itu sahaja, termasuk juga pengurusan fail, maklumat dan data program 5s itu sendiri.

Tersirat :

Rata-rata kita di Malaysia ini yang mengamalkan 5S hanya untuk dapat persijilan. Tak 100% mengamalkan apa yang pada dasarnya diamalkan oleh orang jepun. Kenapa? Jawapannya mudah, SIKAP. Kenapa jepun boleh maju dalam masa beberapa puluh tahun sahaja selepas bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki? Kerana sikap cintakan negara dan ingin maju yang cukup tebal dalam diri. Dan sikap malu mereka bertempat. Mereka malu kalau tak perform dalam kerja.

Bukan memperlekeh bangsa sendiri, tetapi kita sedar sebenarnya. Dan generasi muda ini sedang bergerak menentang corak/acuan yang telah terlalu lama bertapak. Walau perit, walau sakit, kita tetap melaksana agenda perubahan budaya dan sikap bangsa kita. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan 5S, terbukti kita masih jauh lagi untuk berada di tahap pencapaian negara jepun.

Walaupun begitu, 5S ini perlu diteruskan. Banyak kebaikannya. Sekiranya dipandu dengan cemerlang oleh pemimpin yang cemerlang, tidak mustahil suatu masa nanti, kita akan berada seiring jepun dan korea.


arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!