Pages

Showing posts with label SBPA. Show all posts
Showing posts with label SBPA. Show all posts

Thursday, March 08, 2012

SBPA : Dimansuhkan. Kekal SSM Tetapi Ditambahbaik.


Fuhh. Lega jiwa raga.

  1. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 - RM320.
  2. SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
  3. 1 Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
  4. Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa.
  5. SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA). \
  6. Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
  7. BISP, PITK, PIW & BIP dikekalkan perlaksanaannya.
  8. Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.
Ini antara intipati pengumuman tadi. Alhamdulillah, semua penjawat awam dapat kenaikan. Sungguh pun tak sebanyak yang diminta Cuepacs.

Dengan pengumuman ini, diharapkan semua penjawat awam lega dan boleh tersenyum. Hilang serabut di kepala.

Bila mula pembayaran penyelarasan ini dibuat belum dipastikan. Tunggu arahan AG. Sebaik sahaja ada berita, aku akan letakkan di blog ini.

arizs

from {desk}

SBPA : Kemuncak.


Judgement Day!

Kenapa aku kata Judgement Day? Sebabnya senang je. Kalau pengumuman SBPA tak best, PRU nanti, akan tumbang kerajaan sedia ada dan digantu baru.

Aku sedang pertimbangkan untuk turut bersama berada dalam PICC. Tetapi mungkin tak dibenarkan memandangkan kerja yang bersepah atas meja ini.

Pada sesiapa yang pergi, bolehlah post di sini berkenaan update SBPA.

arizs

from {desk}

Wednesday, March 07, 2012

SBPA : Penjawat Awam Dah Hilang Sabar?


Sehari je lagi. Esok akan diumumkan berita gembira seperti yang diwar-warkan oleh Cuepacs. Apa beritanya? Tunggu...

Semalam terdengar orang besar-besar di sini bercakap. "Najib akan announce yang SBPA dimansuhkan. Tak jadi. Akan diganti dengan imbuhan bagai". Haish, biar betul. Berdebar ni. Jangan tak jadi, jangan tak jadi.

"Apa nak jadi, apa nak jadi, ada yang kalah PRU kali ini nanti".  - Version Lagu S.M Salim.

Penjawat Awam yang pergi ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) esok, ini aku belanja air minum. Klik Sini.

Ramai yang tak sabar dah kan? Aku pun. Nak menamatkan episod serabut skim perkhidmatan kelam kabut. Hehe.

P/s: Sabar itu separuh dari iman. Tapi kalau dah asyik dipermainkan je, mungkin kena kaji kot perihal sabar tu.

arizs

from {desk}

Tuesday, March 06, 2012

SBPA : Kalau Dimansuhkan 8 Mac Ini?





Apa yang terjadi kalau dimansuhkan SBPA pada pengumuman 8 Mac ini?


Diganti dengan imbuhan lain atau apa-apa cara untuk menutup kelemahan SBPA?

Kalaulah ada rumour yang meluas tentang ini esok?

Apa korang rasa?

arizs

from {desk}

Monday, March 05, 2012

SBPA : Kenaikan RM1000? Pengumuman 8 Mac ini?





Bukan nak buat gimik, tapi kedengaran dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat, mungkin menjadi kenyataan kenaikan SBPA seperti yang diminta Cuepacs.


Terbaru lagi tentang SBPA:

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012.


Pada perhimpunan ini, PM akan umumkan perkara penting berkenaan SBPA. Seperti yang diberitahu oleh Cuepacs pada 02/03/2012.

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Kenaikan SBPA Seperti Diminta Cuepacs:


Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

Kalau sungguh jadi, semua orang klik sini. Jom pergi Australia. Tiket tengah murah ni.

arizs

from {desk}

Tuesday, February 28, 2012

SBPA : Ditunda?

Hihi...

Tunda tarikh saja. Artikel sebelum ini adalah pada 12 Mac, tetapi ditangguhkan kepada 19 Mac.

Sekian.

arizs

from {desk}

SBPA : Maklumat Terkini Yang Diterima.

Aku yakin ramai yang tertunggu-tunggu maklumat berkenaan SBPA. Aku sendiri pun terpusing-pusing, terjenguk-jenguk mencari maklumat terkini. Dok pasang telinga di mana-mana kalau ada info terkini SBPA. Dan akhirnya, hari ini aku dapat info terbaru.

SBPA akan diumumkan pada 12 Mac ini. Tarikh adalah seperti yang aku dengar, jadi tolong jangan salahkan aku andainya terdapat perubahan tarikh. Pengumuman ini akan dibuat oleh Perdana Menteri kita di sebuah lokasi yang tidak pasti. Dengar ceritanya stadium dan akan dihadiri ribuan penjawat awam. Stadium mana itu belumlah aku tahu. Tunggu informer bagi pesanan khidmat ringkas (SMS) dulu.

Pengumumannya berkenaan kadar baru Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

SBPA Announcement:

Tarikh : 12 Mac 2012 (Update as of today)
Places : Unknown. Rumor to be in the stadium.
Audience : Thousand of Government Servant. (Rumor Also)

Tunggukan pengumuman itu dan semoga semua pihak akan berpuas hati.

arizs

from {desk}

Wednesday, February 15, 2012

SBPA : Semakan Semula Hampir Selesai.


Sedia maklum, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya SBPA akan bermula. Aku sendiri pun tak pasti walaupun bermacam-macam desas desus didengari di sini. Terkini yang didengar mengatakan semakan semula SBPA dah hampir selesai. Malahan di Facebook pun ada terdapat banyak post yang memaparkan tangga gaji yang dicadangkan kepada cuepacs oleh penjawat awam.

Dijangka penghujung Mac ini, penjawat awam akan mula terasa bahang SBPA yang telah disemak semula. Dan yang menariknya, dikatakan semakan semula melibatkan tangga gaji dan terdapat kenaikan berbanding tangga gaji asal yang ditunjukkan kepada penjawat awam sebelum ini. Jadi, nantikan berita gembira ini dan berdoalah semoga semakan semula ini memberi keadilan kepada semua pihak.

p/s: Kenaikan 7-13% akan digunakan, dan bukan 13% - 200% seperti sebelum ini.

arizs

from {desk}

Friday, January 27, 2012

SBPA : Flip Flop. Ditangguh Lagi.

Ditangguh lagi? Apakah?

Aku yakin ramai yang kecewa. Lagi ramai yang rasa macam nak mnyumpah penuh bakul sampah. Tapi, apakan daya, gaji SBPA tetap ditangguhkan. Sia-sia usaha aku print report dan cd gaji. Lagi sia-sia PAP pejabat aku pergi hantar cek dan cd gaji ke bank. Apa sebenarnya tujuan mengwar-warkan berita pembayaran SBPA? Untuk meraih populariti saja kah?

Diharapkan dengan penangguhan kali ini, kadar gaji dikaji semula dan dinaikkan. Kalau sekadar naik 20 ringgit saja, adalah sangat memalukan. Cukup-cukuplah mengenyangkan golongan kayangan.

Bila akan dibayar? Tunggu saja info dari PM. :sigh:

P/s: kecewa dengan keputusan yang tak tetap pendirian.

Monday, January 23, 2012

SBPA : Pengiraan Bayaran Baki Gaji SBPA - KWSP



Bukan dah tulis ke cara pengiraan ini?

Ok. Memang sudah ditulis, tetapi aku nak tulis semula sekali dengan pengiraan potongan KWSP. Mesti ramai yang ingat akan dapat penuh baki gaji SBPA kan? Maaf ye, KWSP ada. Bagi yang taraf pencen, tak pasti. Hari ini cuti Tahun Baru Cina, jadi tak dapat nak bertanya pada Kewangan.

Pengiraannya :

BAKI GAJI SBPA :

Gaji SBPA - Gaji SSM = Baki Gaji SBPA

(F2-1 T2) - (F29 P1-T1) = Baki Gaji SBPA

RM1710.00 - RM1544.84 = RM165.14

KWSP (11%) :

Baki Gaji SBPA - 11% = Duit baki masuk akaun.

RM165.14 - 11% = RM146.97 <== Duit yang kamu akan dapat.

Desas desus yang didengar, ada penjawat awam yang mendapat bayaran baki gaji SBPA cuma RM5.00. Ada juga yang sen sahaja. Adakah benar? Kalau kamu ada maklumat, kongsikan di sini. Dari report yang dicetak tadi, tidak kelihatan pula nilai bayaran yang rendah.

Pada 31hb januari (Selasa), semua penjawat awam akan dapat bayaran ke dalam akaun masing-masing. Semoga ini akan menceriakan hidup kamu semua.


arizs

from {desk}

Friday, January 20, 2012

SBPA : Isu Klaim Elaun Kerja Lebih Masa.

Apa sudah jadi?

Tak boleh klaim OT gaji SBPA? Kena klaim OT gaji SSM?

Pagi ini tiba-tiba aku keliru. Hujung bulan ini nak isi borang ELM (Elaun Lebih Masa). Tapi nak guna skim gaji yang mana? SBPA ke SSM? So, aku call Bahagian Kewangan untuk kepastian. Zaman sekarang ini, semua perkara perlu diteliti dan diperhalusi. Kalau tidak, silap haribulan, surat saman pun sampai.

Info yang diterima dari bahagian kewangan ialah;
  1. ELM bulan Januari akan dibayar berdasarkan gaji SSM. Disebabkan oleh gaji bulan Januari telah dibayar kepada semua penjawat awam.
  2. ELM bulan Februari pula akan berdasarkan kepada gaji SBPA. Disebabkan gaji SBPA telah digunapakai di semua kementerian pada waktu itu.
Info tambahan berkenaan TNT;
  1. TNT adalah sama seperti sebelumnya. Tiada sebarang perubahan.
Kepada semua penjawat awam yang klaim OT, bulan depan dah mula klaim dengan gaji SBPA. Besar lagilah klaim itu. Apa-apa pun, gunakanlah dengan bijak dan berhemah. Bekerjalah dengan penuh dedikasi dan rasa integriti dan bukan semata-mata mahu klaim OT banyak.

Special offer! Ada iPhone free. Klik sini!


arizs

from {desk}

Thursday, January 19, 2012

SBPA : Terbaru! Gaji SBPA Dibayar Akhirnya.


Akhirnya!

Setelah ternanti-nanti info terbaru SBPA, sekejap tadi aku diberitahu yang gaji SBPA akan dibayar pada penghujung bulan ini seperti yang diwar-warkan dahulu. Pada 31hb Januari 2012, semua penjawat awam akan mula menikmati gaji baru dibawah sistem saraan baru, Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Penyelarasan semula akan dilakukan pada bulan April ini setelah pasukan khas SBPA habis mengkaji segala isu-isu yang timbul. Itu yang difahamkan kepada aku oleh pemberi maklumat.

Secara rasminya, cuti Tahun Baru Cina aku terbatal dan duduklah aku keseorangan di 'office' standby untuk proses pembayaran. Semoga semua penjawat awam bergembira dan mendapat manfaat dari perlaksanaan skim gaji baru ini.

Format pembayaran gaji SBPA adalah seperti artikel ini. Ini pula bila dah dapat gaji SBPA. Klik Sini.

Bersempena berita baik ini, aku @ Trancends @ arizs ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan selamat bercuti kepada rakyat Malaysia.

p/s: Komen semua dialu-alukan. Mungkin ada yang nak ucapkan takziah aku tak dapat cuti. T_T


arizs

from {desk}

Friday, January 13, 2012

Isu SBPA : Semakan Semula.

Seperti yang telah diberitahu semalam, semakan semula akan dilaksanakan. Pagi ini buka saja facebook, bersepah komen berkaitan SBPA.  Ramai yang merungut pasal gaji SBPA yang dilihat sangat berat sebelah. Ada yang mengatakan W tak setaraf dengan N, F yang diabaikan. Bermacam spekulasi dan komen panas. Apa pun, umur persaraan 60 tahun dikekalkan. Dan komen berkenaan umur persaraan ini ialah, lagi ramai golongan muda yang menganggur. Ye atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Sebarang perkembangan terkini SBPA akan diberitahu di sini. Semoga semakan semula tidak memakan masa yang lama dan tidak berat sebelah atau berpihak kepada 1 pihak sahaja.

arizs

from {desk}

Thursday, January 12, 2012

Gaji SBPA Dibekukan Sementara Waktu.

Tension!

Itu sahaja perkataan yang sesuai. As of yesterday petang, aku dimaklumkan yang gaji SBPA akan dibekukan buat sementara waktu. Sampai bila itu tak pasti. Alasannya juga tak pasti. Cuma desas desus yang kedengaran ialah, gaji orang-orang kayangan terlalu tinggi. Waktu announcement SBPA dulu, dikatakan kenaikan antara 7% - 13% gaji penjawat awam. Tapi rupanya kenaikan 13% dan ke atas untuk orang-orang kayangan. Kedengaran juga, ada yang mendapat kenaikan sehingga 95%. Fuh, boleh bina istana di kayangan pula lepas ni.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja. Harapnya disebabkan penangguhan ini, adalah semakan semula gaji penjawat awam kan.

Kesimpulannya, tak pasti bila gaji SBPA akan mula dibayar. Jika sebelum ini diwar-warkan penghujung Januari, kemungkinan sekarang ini pada penghujung Mac atau awal April.

ariz


from {desk}

Wednesday, January 11, 2012

Update Terkini Gaji SBPA. Wajib Baca.

Info terbaru diterima berkaitan gaji SBPA pagi ini. Terima kasih kepada informer yang memaklumkan perkara ini.

Pembayaran Gaji SBPA pada 31hb Januari ini hanyalah perbezaan gaji SBPA - Gaji SSM berdasarkan gaji asal SBPA dan bukan gaji selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) Januari 2012.

Contoh:-

Gaji SSM pada 1 Januari 2012 - RM1611.41 (F29 P1T2)
Gaji SBPA pada 1 Januari 2012 - RM1710 (F2-1 T2)
Gaji SBPA selepas PGT Januari 2012 - RM1855 (F2-1 T3)

Bayaran Baki SBPA = (F2-1 T2) - (F29 P1T2)

dan bukannya;

Bayaran Baki SBPA = (F2-1 T3) - (F29 P1T2)

Begitulah alkisahnya. Dimaklumkan juga yang gaji SBPA selepas PGT hanya akan dibayar selewatnya April. Kena tunggu surat pergerakan gaji dululah.

arizs
from {desk}

Tuesday, January 10, 2012

Pergerakan Gaji SBPA Bermula.

Aku yakin ramai penjawat awam yang tertanya-tanya bila gaji SBPA bermula. Info semasa terbaru yang aku terima ialah gaji SBPA akan mula dijalankan pada hujung bulan ini. Macam mana tu? Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.

Pada 16hb Januari, penjawat awam akan dapat gaji SSM. Pada 31hb Januari, gaji SBPA akan dilaksanakan. Baki (Gaji SBPA - Gaji SSM) yang akan dibayar pada 31hb Januari. Baki ini akan ditolak KWSP juga.

Tahniah pada semua penjawat awam. Semoga dengan permulaan gaji SBPA ini, akan lebih banyak membantu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada ruangan komen.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!