Pages

Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Sabah dan Sarawak Dah Clear.

Mesti ramai yang pelik dengan tajuk artikel ini. Apa yang clear? Apa kena dengan Sabah dan Sarawak? Bertalu-talu pertanyaan dalam kepala sekarang ni.


Bermulanya kisah ini bilamana penghantaran powerbank ke Sabah dan Sarawak menggunakan Poslaju diharamkan. Fuhh... ayat haram tu memang very strict kan? Disebabkan pengharaman ini, makanya banyak la agen borong dan dropship di sana yang tak berjaya nak beli powerbank dari aku. Pernah sekali tu, sampai 3x aku hantar, 3x jugalah dia bounce balik. Alhamdulillah customer memahami dan minta refund semula.

Setelah berfikir masak-masak dan untuk jangka masa panjang juga, Aku pun mendaftar akaun dengan kurier. ini untuk memudahkan urusan penghantaran powerbank ke seluruh Malaysia, tak kiralah ceruk mana pun. Setelah dikira dari segi kosnya, maka aku dapati boleh meneruskan kembali penghantaran powerbank ke Sabah dan Sarawak. Kos kurier mungkin tinggi sedikit dari sebelum ini, tapi sekurang-kurangnya barang boleh sampai dengan selamat ke destinasi.

Bermula 1 Februari 2015 ini, penghantaran powerbank ke Sabah dan Sarawak disambung semula dengan kos yang berbeza. Pada agen dan juga bakal agen, minta ambil perhatian berkaitan perubahan kos ini.

Jadi itulah ceritanya berkenaan dengan tajuk itu. Semoga clear ini berterusan sehingga ke petang, dan bukan hujan di tengahari.

Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Tuesday, April 16, 2013

Macbook Pro Retina 15" For Sale. Clearance.

Apple Clearance Stock Starting.

Spesifikasi seperti di bawah.

Macbook Pro Retina Display 15 inch
2.6GHz Quad-core Intel Core i7, Turbo Boost up to 3.6GHz
8GB of 1600MHz DDR3L onboard memory

Monday, August 27, 2012

Jualan Kosongkan Bilik.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, tiba-tiba pula muncul artikel ini. Pelik kan? Untuk pengetahuan semua, aku sedang dalam proses membersihkan bilik rumah aku yang dah jadi stor IT. Apakan tidak, PC bersepah-sepah. Bukan satu atau dua, tapi lebih dari sepuluh unit.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku di facebook.







arizs

from {desk}

Wednesday, January 04, 2012

P1 WiMAX No Coverage?

Check out the coverage.
Situasinya ialah aku nak bertukar provider wireless broadband dari Celcom kepada P1 WiMAX. Dari segi plan bayarannya, aku akui P1 lebih menyerlah. Jadi aku buat survey sedikit. Perkara pertama sekali yang aku lihat ialah coverage. Coverage yang merangkumi tempat-tempat biasa aku pergi. Celcom memang diakui coverage'nya meluas. P1 masih lagi dalam proses pengembangan coverage.

Pertama sekali tempat yang aku check coverage'nya ialah rumah di Putrajaya. Guess what? P1 takde coverage di rumah aku tu. Haha... Sepatutnya Putrajaya diberi coverage maksimum. Ini kan tempat yang sering orang datang. Kalau centre of attention places pun tak boleh bagi full coverage, macam mana orang nak percaya.

Update:

P1 Twitter reply as soon as they see my post.

The reply. Very honest.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Tuesday, April 26, 2011

Kursus Fotografi & Photoshop : Success.

Alhamdulillah, kursus Fotografi & Photoshop pada Ahad yang lepas telah pun selesai dengan jayanya. Walaupun ada sedikit masalah sewaktu kursus sedang berjalan, tapi semuanya berjaya diatasi. Sementelah aku berada dalam kursus itu, baru aku tahu betapa dahsyatnya photoshop nih. Gambar yang buruk pun, kalau di edit dengan cara yang betul, boleh jadi cantik. Sungguh dahsyat. Dan secara Livenya, aku dah pun tengok gambar buruk berubah jadi cantik. Memang hebat Cikgu Zoolx mengajar.

Jam 9 pagi, semua peserta berkumpul dan keluar ke destinasi untuk sesi Photoshot. Dahsyatnya, siap disediakan model lagi tu. Memang terbaeklah kursus kali ini. Aku tak ikut serta ke lokasi photoshot sebab perlu standby di kedai. Jam 2 petang, semua peserta balik ke kedai aku untuk sesi Photoshop pula. Dan dalam sesi photoshop ini lah baru dapat dilihat skill dan kemahiran mereka edit gambar. Ada peserta yang berbakat dalam mengambil gambar menggunakan DSLR tetapi kurang berbakat dalam proses editing.

Sesi petang agak bercelaru sedikit ditambah pula dengan hujan lebat. Nak dijadikan cerita, sedang sesi berlangsung, tiba-tiba berlaku bekalan elektrik terputus. Bergelap sekejap semua orang di kedai tu. Tapi semuanya pulih semula selepas 10 minit. Amin. Lega hati aku. Pada jam 7 petang, semuanya selesai.

Nak tahu apa yang menarik? Kos untuk kursus ini hanya RM80 seorang dan model disediakan. Cubalah cari kalau ada kursus Fotografi & Photoshop yang harga macam ni. Sekarang ini, aku sedang cuba untuk menguruskan 1 lagi kursus Fotografi & Photoshop. Sekiranya berjaya, aku akan inform di blog ini dan juga facebook. Yang berminat bolehlah Mesej aku nanti.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Monday, April 18, 2011

Workshop SMS Advertising With Database

ETSI : Terbaeik untuk bisnes.
 
Double entry. Huyyoo!

Since Kursus ETSI by Richbucks yang bermula pada jam 9:00 pagi telah pun selesai tadi, aku bolehlah buat entry ke-2 pula. Sebabnya, dah tak bising sangat macam tadi.

Kedamaian yang ku cari,
Masih belum lagi terbukti,
Jauh lagi perjalanan ini....

Jadi brader 'Awie' sekejap aku ni.

Next kursus adalah pada 24 Mei 2011(Ahad). Kursus Photoshop dan fotografi. Alhamdulillah, penganjur dah pun bayar deposit sewa. Harapannya, kursus tersebut berjalan dengan lancar.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Monday, July 26, 2010

Yang Datang Dan Yang Pergi

Alhamdulillah, pada hari ahad bersamaan 25 Julai 2010, telah berlangsung Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi di Pusat Komputer Lestari Dinamik. Semuanya berjalan lancar. Aku bersyukur sangat. Walaupun fasiliti pada tahap sederhana memuaskan, tetapi kursus tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pada permulaannya, aku sendiri kurang berkeyakinan dengan fasiliti yang tersedia. Mungkin kerana aku berhadapan dengan beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan. Antara masalahnya ialah pemasangan white screen untuk projector, pemasangan projector dan masalah aircond yang kurang sejuk. Tapi setelah diyakinkan oleh isteri, aku tegar membuat persediaan untuk Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi.

Hari sabtu tersebut, aku dan isteri agak sibuk menguruskan hal-hal lain sehingga tak berkesempatan mahu menyiapkan premis untuk Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi. Jadi pada sebelah malamnya, kami telah datang ke premis dan membuat persediaan. Aku telah menggunakan kain putih berukuran 3 meter x 2 meter sebagai white screen. Ini memberikan jarak paparan projectr yang lebih luas. Idea ini timbul setelah memikirkan kesukaran ramai peserta untuk melihat paparan projector dari jarak jauh dengan hanya menggunakan white screen biasa.

Setelah selesai pemasangan white screen, tiba masa untuk membuat pengubahsuaian paparan. Pada jarak 8 meter, paparan masih dapat dilihat dengan jelas. Aku yakin, pasti ramai yang berpuas hati dengan hasil paparan yang luas itu. Diakui, aku perlu meletakkan projector di tempat yang tinggi, ataupun lebih mudahnya aku pasangkan sahaja pada penggantung projector di siling. Itu semua akan aku atasi pada masa akan datang. Dan tak dilupai juga, aku perlu mendapatkan projector yang lebih berkuasa dan jelas. Aku telah pun membuat tinjauan dan memilih jenama Panasonic sebagai jenama projector pilihan. Setelah diteliti, prjector Panasonic memberikan banyak kelebihan bersesuaian dengan harganya walaupun jika dibandingkan harga dengan jenama lain, pasti Panasonic akan menonjol sebagai jenama yang mahal.

Pada akhir kursus, peserta diedarkan dengan borang maklumbalas. Setelah diisi dan dipulangkan semula, aku dapati ada juga maklumbalas berkaitan premis ini.

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Thursday, July 08, 2010

For Sale : Acer Gateway LT2030U




Manufacturer: Gateway
Model : LT2030U
Specifications :

Intel Atom N270 (1.6GHz), 1GB DDR2, 250GB HDD,
10.1" Ultrabright WSVGA, Webcam, Win 7 Starter
Color : Glossy Red
Price : RM1399 per unit.

Deskripsi :

Laptop tercantik dan lengkap dengan perfomance pernah jual. Ramai yang tertarik. Import dari US. Seseiapa yang berminat, sila hubungi saya melalui komen @ sms 0124523060.

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Sunday, May 30, 2010

Kritikan Yang Mendorong.

Assalamualaikum...

Hari ini terpanggil untuk kemaskini blog yang semakin usang ini. Cehh, ayat skema gila. Sebenarnya aku teringin nak menulis tentang perkembangan bisnes e-commerce aku. Sehingga sekarang, aku menerima hasil dari usaha aku. Cumanya aku sahaja yang tak bersungguh untuk buat bisnes ini. Alhamdulillah, semua ini rezeki untuk Adni. Sengaja aku taknak kerap kemaskini. Nanti ramai pula yang kata aku buat promosi. The hell?? Macam aku kemaruk sangat nak promosi. Aku tak kisah sangat pun. Ada orang nak join ke, taknak ke. Aku still say the same, "Aku peduli apa korang nak join ke tak. Income aku jalan juga hari-hari".
Terbaru, aku dikritik hebat oleh banyak pihak yang 'pro' e-commerce. Tak pasti bisnes yang macam mana diaorang nak buat, or yang diaorang nak. Tapi aku tak peduli. Bagi aku, aku usaha, aku tahu sumber duit aku dari mana, itu dah cukup baik bagi aku. Tak perlu orang nak menceritakan bermacam-macam cerita. Come On! Kalau korang tak berjaya, tak bermakna aku tak berjaya sama. Mungkin usaha korang kurang, or mungkin juga rezeki korang bukan dalam bisnes ini. Sama macam aku. Aku dah cuba banyak bisnes, tapi mungkin rezeki aku disini. Jadi, hormatlah rezeki masing-masing. Tak perlu nak kata rezeki orang haram, dan rezeki korang halal.
Rezeki 3 hari lepas. RM8000 dalam satu hari. Amin.
Entry kali ini agak temper sikit. Jauh bebeza dari mood biasa aku sebelum ini. Aku memang tak suka nak mengata rezeki orang halal atau haram. Rezeki itu dari Allah. Kenapa nak bezakan. Yang jadikan rezeki itu halal atau haram, MANUSIA. Ramai juga yang konon rezekinya halal, tapi tak juga jadi orang yang berguna. Ramai je yang derhaka pada ibu bapa diaorang. jadi, nilai sendiri rezeki masing-masing. Kita terlalu sibuk dengan hal orang lain, sehingga terlupa hal diri sendiri yang banyak terabai.


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Thursday, May 20, 2010

Trancends: Hanya Bicara III

Semalam, adalah wife aku chat dengan seorang insan ini. Terpanggil pula aku nak menulis tentang apa yang di chatkan. Gayanya sombong, meninggi diri. Tiba-tiba je tanya berapa hutang kami. Jujurnya kami jawap, RM500,000 hutang perniagaan. kemudian insan ini tanya pula berapa banyak wang pernah kami pegang dalam tangan. Kami pun jawaplah, RM300,000 cash kami pernah pegang. Secara berlagaknya insan ini berkata, "itu sikit lagi. Saya pernah pegang RM400,000,000." Tuan dan puan, insan inilah jutawan paling kaya dalam Malaysia. Kerana beliau pegang duit cash RM400,000,000. Beliau jugalah insan yang paling dicari oleh LHDN.
Kami sengaja melayankan sahaja. Nak tengok "auta" insan ini. Tuan puan, Bank Negara Malaysia sekalipun takkan membenarkan tuan puan pegang duit cash RM400,000,000. Tuan puan memang mengundang maut, menjemput mati dengan cepat. BNM hanya akan keluarkan bon berbentuk sijil. Hanya orang yang betul-betul berani dan ada ratusan bodyguard sahaja yang berani keluarkan RM400,000,000 cash. Ini cuma pengetahuan aku. Kalau silap, sila postkan detailnya. Mungkin berguna dikemudian hari.


Inilah dia insan yang hipokrit. Hanya kerana nak mengajak orang join bisnes beliau, sanggup menipu. Kenapa tak cakap sahaja yang beliau ada sedikit harta. Selesa dan mampu membantu orang lain. Lantas, aku menegur isteri aku. "Jangan jadi seperti insan ini. Cukup kita berkata jujur dengan apa yang kita ada. Sekurang-kurangnya orang tidak membenci". Kami sendiri pun berasa menyampah. Bukan cemburu dengan harta yang dia ada, tetapi meluat dengan rasa berlagak dan tinggi dirinya. Lagi meluat kerana insan ini menipu tetapi bodoh dalam penipuannya.
Insan ini juga ada bertanya pada kami, "Dah pakai Merc ker?". Seolah-olah itu syarat perniagaan. Lantas kami balas dengan sinis, "Tak pun. Pakai Myvi sahaja. Hutang banyak nak bayar. Taklah nanti mati berhutang. Orang yang tak bijak sahaja menambahkan hutang sedia ada".
Tuan puan nilai lah sendiri moral dari apa yang aku tuliskan. Penilaian setiap orang berbeza. jikalau perlu, tuliskan di bahagian komen penilaian tuan puan. Sekadar buat renungan semua insan.

~Adios

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Saturday, February 27, 2010

Update: Yang terbuku di Hati.

Assalamualaikum reader semua.
Lama sungguh aku tak update perkembangan terbaru bisnes aku.
Akhir-akhir ini, dunia bisnes aku agak bergolak sikit.
Bergolak dengan masalah komputer-komputer yang rosak ini.
Walaupun aku ada expertise dalam baikpulih komputer,
tapi bila perlu buat untuk diri sendiri,
kurang sungguh semangat dan kemahuan itu.
Seminggu ini, sejak dari cuti raya cina, sampai maulidur rasul,
bisnes agak perlahan.
Kebiasaannya sehari sekitar RM100, sekarang dah tinggal RM30 sahaja.
Situasi ini sangat-sangat merisaukan aku.
Mujur ada kawan aku yang buat bengkel blogger.com.
So, dia gunakan pusat komputer aku sebagai bilik seminar.
Dapat juga pendapatan tambahan.
Ini cuma permulaan. Akan ada yang lagi yang menyusul kemudian.

Masalah sekarang di pusat komputer aku ialah, Keyboard dan mouse.
Kesilapan atas aku juga. Nak berjimat sangat.
Keyboard dan mouse aku banyak yang dah mula sakit.
Ada je sakitnya.
Tak boleh klik la, tak boleh tekan la. Sticky key, over sensitive key.
Haih. Susah hati aku dibuatnya.
Masalahnya pula, kewangan tengah kurang ini.
So macamana nak tukar semua keyboard baru.
Memandangkan tempat aku ini hanya untuk orang berkerja, so aku ingat nak tukar keyboard logitech.
Biar gempak. Selesa dan tahan pun ye.
Tapi kalau combo set tu, RM60 juga.
Kalau nak tukar 20 set, tak gugur rambut aku.
Bukan senang tu. Tambah-tambah bila masih baru dalam bisnes ini.
Ok lah. Aku nak off dulu. Nak keluar hantar kereta pergi servis.
Dan, hari ini juga, myvi kesayangan aku akan keluar dari pusat rawatan.
Wajah baru beb.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Sunday, January 31, 2010

Officially Become A Boss..

Sehari lagi berkerja.
Hari ini pun K.E datang kedai.
Nak tengok kedai macam mana.
So far dia ok je. Cuma ada perkara yang perlu penambahbaikan.
Dah discuss dengan dia tentang gaji, komisyen dan perkara-perkara berkait.
Terlupa lak nak sembang pasal cuti dia.
Takkan la hari-hari nak kerja.
Kalau ye pun nak kaya, budget-budget la.
Kawan tu siap story lagi perancangan masa depan nak berbini dua.
Takper la. Asalkan dia bahagia.
Aku ni akan doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku. 
Jadi, gaji K.E dah pun tetap pada RM700 Sebulan.
Komisyen lak, base on 10% dari servis.
Ok la tu kan. Kalau nak di ikutkan, memang puas hati le.
Ada banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan.
Semua ini akan berjalan secara perlahan-lahan.
Sekarang ini, secara rasminya aku digelar BOSS.
Tanggungjawab pun bertambah.
Tapi apa nak hairan kan.
Hari-hari pun kita berdepan dengan tanggungjawab dan cabaran.
Esok K.E akan mulakan tugas di tempat kerja baru dia,
iaitu kedai aku la.
Buat masa ni, aku minta dia cover sekali Cybercafe aku.
Bukan apa, just temporary. Malas nak cari pekerja lain.
Dia juga akan buat kerja-kerja servis untuk pc Cybercafe aku ni.
Kira 2 + 1 la ni.
Sekarang ni, aku nak variety kan lagi servis.
Supaya aku boleh cover overhead aku dalam masa yang singkat.
So far yang ada cuma printing dan juga surfing.
Aku tengah pikir apa lagi yang boleh diusahakan.
Kelas komputer pun agak ok juga.

ok arr. Aku ni tetiba terpikir projek lain.
Nak tulis atas kertas.
Supayua nanti boleh aku laksanakan bila ada duit.
Adios amigos my friends.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Monday, August 03, 2009

Projek Baru: Cybercafe

Hari ini pergi daftar syarikat baru. "New Project, New Company". Kali ini, projek cybercafe pulak. Aku tak pasti lagi dengan outcome akan datang, tapi bisnes memang perlu ambil risiko. Aku jangka projek kali ini mungkin gunakan modal sekitar RM100,00-RM150,000. Ini pelaburan aku yang paling besar setakat ini. Projek "Digital Display" masih lagi tak tahu jadi ke tak. Rasanya itu semua hanya sembang Main Contractor je tu. Biasa la, sembang kencang nak kan investor. Hari ini merupakan hari bermulanya kertas kerja dan juga proses memerah otak. Ketika ini pun dah sakit kepala dah. Nasib la orang rumah berjanji nak menolong. Sekurang-kurangnya untuk bahagian kertas kerja.

Visi aku buka cybercafe ini bukannya semata-mata untuk duit. Aku lebih terarah kepada memberi perkhidmatan. Apa perkhidmatan tu? Kalau korang datang Ipoh nanti, jemput datang cybercafe aku. Baru korang tahu apa perkhidmatannya. 1st time introduction pada kawan-kawan cyber, aku bagi 1-hour free. Yerlah kan. Kalau bukan kawan-kawan cyber ni yang tolong memperamaikan lagi cyber aku, siapa lagi kan.

Lokasinya tak susah nak cari pun. 5 minit jalan kaki dari Politeknik Ungku Omar. Strategik dan menjanjikan pelanggan yang ramai. Especially budak-budak polteknik. Ini hanya anggaran dan jangkaan. Apa yang bakal berlaku masa hadapan, belum tentu lagi. Harap dengan Doa korang semua, aku akan berjaya. Projek ini akan jadi titik permulaan kepada kejayaan aku.

Sincerely;

Wednesday, April 15, 2009

FIRE SALES ON THE LOOSE AGAIN!!!

Fire Sales!

Tetra GM200 Price RM1,688
Core Duo T2300 T 1.66GHz
80GB HDD / 1GB DDR2 RAM
12.1" WXGA / Built-in Web Cam
Genuine Windows XP Pro

Tetra R3412D Price RM1,988
Core 2 Duo T5600 1.83GHz
80 GB HDD / 1GB DDR2 RAM
14.1" WXGA / Built-in Web Cam
Genuine Windows XP Pro

Tetra R3412D Price RM2,088
Core 2 Duo T5600 T 1.83GHz
80 GB HDD / 2GB DDR2 RAM
14.1" WXGA / Built-in Web Cam
Genuine Windows XP Pro

Ini antara beberapa harga notebook yang aku dapat.
Brand notebook ini daripada MIMOS.
Serius memang murah giler dah ni.
Takde yang murah selain yang murah-murah.
Sesapa nak, calling or email je kat sini.
Ready to accept order at any time.

Bank Account:

AHA DYNAMIC
0816-0003579-05-8
TEL: 012-452 3060


Sincerely;

Tuesday, April 14, 2009

Kerja, Kerjalah... 0oooo

320i idaman kalbu.

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan-kawan??

The very sorry sebab tak menghapdet blog seperti selalu. Lately, busy sangat. Banyak kerja kena settlekan. Hari aku happy. Short statement tu. Bukan kerana aku suka-suka happy, tapi kerana aku happy. Aku dapat job worth 850k. Rezeki pas kawen kot. Alhamdulillah. Pasnih boleh tukar BMW 320i Sport Edition yang sentiasa dihati aku ni. Julung kali juga la aku dapat projek-projek besar ni. Nak tau apa projeknya?? Aku kena instal Digital Display dekat SUK. Apa jadah Digital Display tu?? Korang tengok kat stadium-stadium, skrin besar tu. Itu la Digital Display.

Alkisahnya, customer aku ni, Husaili tepon. Tetiba minta sebutharga Digital Display ini. Apa dia ingat Digital Display ni macam harga LCD ke. Tetiba jer boleh minta and terus dapat. Aku minta tempoh 3 hari. Aku pun mengagau juga ler nak cari sebutharga bendalah ni. Tapi, akhirnya berbaloi juga usaha aku tu. Dapat juga sebutharganya. Dan, pagi tadi, secara rasminya aku dah serahkan sebutharga tu pada MD. MD pun bersetuju dengan harga yang aku tawarkan, dan terus allocate 850k khas untuk Digital Display aku ini. Kalau kata job ini berjaya, boleh ler aku wat kenduri kat umah aku nanti. Nak jemput semua kawan-kawan datang makan. Korang doakan la aku berjaya dalam projek ni Okay!?

Korang sure nak tau kehidupan aku lepas kawen ni kan?? Ceh, perasan cam selebriti lak aku ni. Tapi, life aku bertambah-tambah tak teratur sejak kawen ni. Bukan pasal aper. Bini kat shah alam, aku kat ipoh. Sape nak jaga. Dah tu, aku pun kerja le siang malam. Asalkan hati aku bahagia. Tapi syukur, aku dah boleh mula menyimpan balik. Since lepas kawen, duit dah kurang sangat. Banyak guna waktu kawen aritu. Habish duit aku. Tapi, agak sedih juga sebab duit aku masih tak lepas 6 angka lagi. Haih, kalau projek tu berjaya, berjaya ler aku lepas 6 angka. Pasni boleh aim 7 angka lak. Mana tau kan...

Hadoi, start dah kuil hindu dekat umah aku ni. Bunyi seruling dia dah start dah. Nak sambung balik le tu. Seharian dok dengar bunyi tu, rasa cam nak terbalik dunia aku. Harap-harap malam ni jangan le pakai mic. Kalau tak, ada yang aku lawan dengan home theatre aku ni karang.... Hari-hari macam ni. Aku nak cepat-cepat pindah le. Tak larat dah aku ni. Rasa macam aku lak jadi india. Arghhhh.....,,,,,

Adios amigos, kepala aku dah berserabut. Nak kuar gi kerja.

20:28 140409

Sincerely;

Friday, February 20, 2009

Diari Usahawan Muda 2009

Alo kawan-kawan. Apa cerita terbaru korang? Aku lak macam biasa la. Kerja dan kerja. Hari Hari kerja macam lagu Meet Uncle Hussein tuh. Seperti biasanya juga, hujung minggu adalah masa untuk berehat dan juga cuti-cuti malaysia 2009. Minggu ini kemana pula destinasi kami?? Haa... Tunggu....!

Akhir-akhir ini, semangat bekerja tu nampaknya dah berganda. Sekarang hari-hari pun nak jumpa orang, nak wat marketing. Seronok pulak jumpa orang ini. Haih, aku rasa la kan, blog ini kena re-model balik ini. Kena tukar jadi "Diari Seorang Usahawan Muda". Amacam? Ok tak idea tu? Asyik-asyik pun cerita tentang hidup aku seharian dengan bisnes aku. Tapi, sure ramai juga yang nak tau camner hidup bisnes ini kan. Jadinya, korang extract la dari post-post aku ini. Apa-apa info yang korang dapat tu, guna la sebaiknya. Kalau ada nak query apa-apa, tue shoutbox ada. Segan nak tanya kat shoutbox, boleh la email pada aku. Or tinggalkan email korang pada shoutbox tu. Aku akan hubungi korang balik.

Berbalik pada cerita bisnes aku la kan. Hari ini, setelah bertungkus lumus dengan psikologi aku sendiri, akhirnya aku pergi ke sekolah untuk hantar sebutharga. Haih, setiap pagi aku kena berhadapan dengan psikologi aku sendiri. Itu la dugaan orang yang bekerja sendiri. Pulak tu, aku kena siapka bahan, buat research tentang apa barang yang aku jual, dan banyak lagi la. Semuanya sendiri. Kalau korang pun bisnes juga, sure korang tau susahnya benda-benda ini. Tapi takpe, demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, aku sanggup.

So, pas aku hantar sebutharga, aku pun tanya la pada GB, ada pakai keyphone tak? GB lak tanya aku balik, "Keyphone tue apa?". Terus la aku kuarkan katalog, dan bercerita dengan semangat wajanya. Alhamdulillah, feedbacknya cemerlang. GB minta sebutharga bagi keyphone pula. Haih, aku semakin seronok dengan kerja aku. Seperti selalu aku cakap pada kawan-kawan aku, environment kerja tue kena develop. Sekarang, aku lak kena motivasi diri aku sendiri. Tapi takpe la. Asalkan boleh maju, apa pun aku sanggup.

Ok arrr. Aku nak pergi amik tunang tersayang lak. Eh, bakal isteri. Huhu... tinggal berapa hari jer lagi kan. Haih, debaran kian terasa. Macam akademi fantasia la pulak.

p/s:
Korang yang ada nak instal keyphone,
calling aku erk.

Sincerely;


Friday, February 06, 2009

Boomerang Dan Ceritanya.


Korang pernah tengok boomerang? Apa punya soalan la tuh kan. Tapi, believe it. Ada juga orang yang tak tau boomerang tu apa. Maybe korang tak pernah tengok boomerang sebenar. Boomerang ni digunakan oleh orang asli a.k.a aboriginal Australia. Tujuannya adalah untuk memburu. Boomerang ini sama macam sumpit orang asli kita juga tujuannya. Cuma boomerang ni digunakan di tempat yang luas, sebab bila dilontar, boomerang ni akan berpatah balik pada kita. Kira dahsyat la boomerang ni.

Yang aku citer pasal boomerang tetiba ni bukan apa. Aku sekarang ni import boomerang dari Australia. Real boomerang. Bukan plastik atau replika. Aku nak cuba bidang bisnes baru. Mencari kelainan. Dalam kegawatan ekonomi ini, kita kena cuba semua cara. Ini la cabaran bisnes. Bukan senang. Tak percaya? Try la buat bisnes. Tapi, biar aku advce dulu. Kalau nak buat bisnes, berenti kerja. Kalau wat sambilan, tak maju ler. Nanti korang buat bina half-hearted. Sebab tau ada keje lain yang bleh cover kalau korang gagal.


Hari ini aku pergi jogging lagi. Hari ke-2 jogging. Tapi, muscle peha aku tegang. Memang sakit giler la. Jalan pun dah macam badut. Tak boleh bengkokkan lutut. Nak naik tangga rumah aku ni pun, macam kena seksa. Sakit sangat. Tapi aku seronok. Sebab aku rasa selesa, segar and sihat badan sekarang ni. Kalau aku boleh kekalkan hari-hari jogging, dalam sebulan ni boleh la dapatkan balik stamina dulu. Pelari 1500m dulu nih. Bukan calang-calang. Stamina kuda nye ni. Ramai betul orang di Polo pagi tadi. Semuanya exercise.

Petang ni lak aku nak gi KL. Nak amik cik adik aku. Tah larat tah tak nak drive ni. Yang pasti, kaki ni memang sakit. Sangat sakit. Dugaan betul. Terfikir kalau la aku tak stop exercise dari dulu, maybe sekarang stamina maintain je. Sekarang nak jogging 1 kilometer pun payah. Dulu, semua tue piece of cake jer. Stamina memang teruk ler. Tapi takpe. Aku barjanji, akan dapatkan balik stamina aku. Tambah-tambah nak kawen nih kan. Huhuhu...

Ok arrr. Korang tengok la gambar yang aku attachkan tue. Komen la erk per yang patut. Daa..

Thursday, December 11, 2008

Belanjawan 2009

Fuhh! Aku baru balik dari hantar Lily ke kampung dia di Langkap. Sejuk gila bawak kereta pasang aircond. Sejak tinted kereta ni, aircond pasang speed 1 pun dah sejuk gila. Macam dalam peti ais. Aku yang bawak ni toksah cakap la. Jenuh dah tahan gigil. Tadi time aku drive kat Gopeng tadi, aku tengok ada 1 mamat naik motor ni. Naik motor roda 3. Faham tak? Maksudnya mamat ni cacat la. Tak pasti lak cacat apa. Tapi bawak motor laju gila. Siap modify ekzos motor lagi. Bagi bunyi bising. Aku tak hairan sangat. Aku pun cacat tapi rempit juga. Tapi unik la juga. Sebab dia still pakai motor even condition dia macam tu.

Aku dah pun wat kira-kira perbelanjaan bulanan aku untuk tahun 2009 ni. Korang nak tengok ker? Okay, Okay! Ni dia kira-kiranya;

Kereta - RM650.00
Elektrik - RM50.00
Air - RM24.00
Telefon - (free sbb OKU)
Streamyx - RM66.00 (Half Price Sbb OKU)
Astro - RM90.00
Celcom - RM150.00 (Bayar 3-bulan sekali. Jarang guna.)
Sewa - RM260.00

So, total semua RM1290. Kira ok la tu. Dah bincang dengan Lily juga. Belanja dia nanti bulanan RM450. Belanja makan kat rumah RM300. Saving Tabung Haji RM1000 minimum bulanan. CIMB pun RM200 minimum bulanan. CIMB nie belum buat akaun lagi. Tabung Haji dah lama pun wat saving macam tu. Harap lepas kawen nanti, untuk anniversary pertama, nak pergi tunaikan Haji dengan Lily. Lepaskan yang wajib dulu. Bertaubat sama.

Amacam? Ini la perbelanjaan aku sebulan untuk tahun 2009. Tahun 2008 dah pun aku publish'kan dulu. Walaupun tak detail sangat. By the way, semalam aku pergi beli barang di Tesco. Nak tau apa aku tengok? Aku tengok handphone Nokia jual longgok je. Betapa takde valuenya handphone sekarang ni. Model Nokia 2300 kalau tak silap aku. RM129 je harganya. Dekat Tesco Ipoh. Sape takde handphone, boleh le dapatkan dekat Tesco Ipoh ye. Pastu aku beli printer HP. Dapat free gift tuh beb. Diaorang bagi aku gelas coca-cola. Lawa gak gelas dia. Aku tak pakai lagi tu. Aku nak publish gambar, tapi usb cable aku ni meragam lak. Direct connection dengan Handphone Samsung aku tak boleh. Hampeh!

Seronok Lily ada kat sini 2-3 arini. Meriah je. Ada teman buat kerja. Tadi siang pun dia temankan aku gi buat kerja. Aku kena cari set Hi-fi untuk supply. 3-unit semua sekali. budget total RM3200. Aku dah beli sebiji tadi. Sony Explod nya model. Mini Compo. RM499. Sempoi gila radio dia. Kecik tapi power kow-kow nyer. 200-watt PMPO tu. Lagi 2-unit aku kena KIV dulu. Pasal takde specs. Dalam dok cari barang-barang kerja aku tadi, sempat juga aku ushar barang-barang rumah aku. Aku tengah mencari LCD TV, Home Theatre System. Tadi Mr. Tan kat Sony Centre tu offer aku Sony Bravia 32" RM2000 je. Aku dah nak amik dah tad. Terfikir lak yang duit tu nak buat bisnes. Minat betul aku dengan Sony Bravia tu. Siap Mr. Tan tu bagi aku free HDMI Cable. Home Theatre system tak boleh amik Sony nyer. Miskin aku. Aku dah tengok Pioneer nya. Fuhh! Gempak beb!

Aku cakap dengan Lily, aku nak buat rumah ni macam "Luar setinggan, dalam kondo". Dia pun setuju. Biar nanti seronok nak duduk rumah ni. Aku rasa seronok lak ubahsuai rumah. Lagi puashati dari ubahsuai kereta. Banyak gila aku tulis kali ni. 2 hari tak update. Busy layan Lily. Ok la, nanti aku update lagi. Aku nak tido dulu ni. Feel free to comment. Daa...!

Tuesday, November 25, 2008

Ko Nak Kena Saman Ke???


Apa yang dah terjadi? Kenapa dengan Myvi aku? Tidakkkk! Myviku telah di tinted hitamkan oleh kedai tinted. Mati la aku kena saman. Saman lampu isyarat itu hari pun tak settle lagi. Mulanya aku pergi kedai tinted tuh sebab nak tampal roadtax baru. Pastu mulut ni gatal lak tanya pasal tinted. Jadi bro Ozone, Djuan pun explain la pada aku. Katanya, tinted ni bukan sekadar untuk lawa kereta. Tapi untuk bagi kereta cool. Paling tak percaya, bro Ozone cakap, tinted ni boleh jimatkan minyak. Jimat minyak cara mana lak tu kan?! Haaa, nie la dia. Bila kita pasang aircond kereta, thermostat akan terus cas aircond sampai sejuk. Kalau dah dalam kereta tu panas je, lama la thermostat tuh cas. Bila dah lama, kuat la makan minyaknya. Itu la kata-kata bro Ozone.


Ok, bab kena ayat tu dah settle. Sekarang ni pula, dia explain jenis-jenis tinted. Ada yang super gelap, ada yang gelap, ada yang tak gelap pun. Katanya, tinted tak perlu berdasarkan gelap, tapi berdasarkan "heat reject". Apa jadahnya "heat reject" ni? Heat Reject ni maksudnya, berapa kepanasan matahari yang boleh dihalang oleh plastik tinted ni. Katakan temperature kita sekarang ni 32 degree celcius, dan plastik tinted tu boleh reject sampai 70%, temperature yang boleh masuk dalam kereta korang tinggal 9.6 degree celcius. Cool kan?! Aku kurang percaya mulanya, jadi dengan perasaan was was, aku try la setup kat cermin kereta aku. Terbukti memang betul.


Dek kerana nak membuktikan kata-kata dia betul, cermin kereta aku sekarang jadi sangat la gelap. Tu pun sebab aku buat double layer. Tinted lama dilapis dengan tinted baru. Sebenarnya tak gelap sangat pun kalau aku buka pintu. Tapi sebab interior aku dah sememangnya gelap, dari luar kereta, memang tak nampak sangat dekat dalam. Aku sedikit gabra juga, takut kena saman je. Tapi rasanya tak kot. Pandai-pandai la nak hidup kan. Haha... Bagus kedai tinted Ozone ni buat. Kemas. Kalau ada yang tak paham ke, tak puas ati ke, boleh cakap jer pada diaorg. Customer service dia bagus.


So, pada korang yang nak buat tinted kereta, aku bagi address kedai Ozone dekat sini. Senang korang nak cari sendiri. Kalau nak best, cakap la "Idan Myvi" yang rekomen tempat tu.

Djuan B. Mohd Hatta
Associate Manager
019-4724689
No. 2, Medan Gopeng 3, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
31350 Ipoh, Perak D.R.
(Deret Bank Tabung Haji, setentang dengan Pejabat Pos)

Total Cost: RM160/-
Tinted Type: Olive Green
Heat Reject: ~54%
Total Hour Spend: 2Hrs 30Min

Saturday, September 13, 2008

New Look, New Features, Old Me.

Ok. Seperti yang korang semua perasan. Blog aku sekali lagi melalui transformasi interface. Yang pada kali ni aku boleh katakan agak extreme A.K.A keterlaluan. Gila glamor sebenarnya. Ada ker letak muka besar giler jadi header. Hahaha... Seharian gak aku carik idea tuh. Last-last aku berjaya. Thanks pada sh0e yang nanti akan komen aku nyer blog.
Hari ni, aku ada meeting. waktu berbuka nanti dengan Tiqah. 30 minit gak la mengayat nak ajak kuar berbuka bersama. Katanya segan, malu dan yang sama waktu dengannya. Shy Shy the Cat la senang citer. Aku lak masuk dalam kategori yang tak tahu malu. Selamba jer. Akhirnya, dia bersetuju juga. So, tempat berbuka pilihan antaranya Nasi Lemak Ayam Kampong, which is sangat mahal harganya. Tempat lain tak fikir lagi. Tengah mencari idea lagi. Ada sesapa nak rekomen tempat makan yang oke? Yang boleh riuh-riuh sikit. Almaklum la, perjumpaan after 13 years ni. Nak gelak bagai pecah perut ni.
Malam tadi lak, aku kuar lepak dengan Faizal and few kawan lagi. Lepak dengan Abang Romzi sama. Jutawan ni beb. Dalam dia dok lepak-lepak dengan kitaorang tadi, selamba jer bagi hamper pada business contact dia. Balik tuh dia story, hamper tuh jer dah RM1800. Bayangkan la. Semalaman jer abis RM1800. Kalau aku, fuh. Beli BMW kesayangan aku ler. Per lagi. Tengokkan cara dia berurusan, terpikir aku.Banyak dugaan aku nak jadi macam dia. Halal haram tuh dah tentu kena tahu. Iman kena kuat. Sokongan dari belakang pun kena power. Kalau tak, silap-silap hanyut. Abang Romzi nih sempoi abis. Kuar pakai kain pelekat jer.
Lepak dengan Pak Andak Faizal sekali. Citer pasal kawen ler. Dia tolong arr ushakan nama aku dengan Sepesel aku tuh. Cara orang lama-lama dulu. Resultnya? Tak payah la aku tulis kat sini. Cukup ler aku jer yang tau kan. Insya'Allah.
Balik dari lepak pun jam dah kol 3 pagi. Elok aku lalu dekat korner dekat dengan rumah aku, ada roadblock pulak. Tapi macam biasa la, orang baik cam aku memang diaorang bagi lepas jer. Padahal polis peronda tuh dah naik cam keta aku. Hari-hari balik rumah lewat. Hahaha.. Tapi ada gak keta yang lari dari roadblock. Honda Civic I-vtec lagi tuh. Yang 2.4v tuh. giler. Sure duit banyak sangat nak bayar saman tuh.
Ok la. Aku nak tido kejap ni. Siang karang aku nak blah pergi Tronoh jap. Ada kerja kat sana. Petang lak aku nak kena pergi berbuka puasa dengan kawan aku ni. Taking care all. Enjoy the new look. Hahaha...

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!