Pages

Thursday, March 08, 2012

SBPA : Dimansuhkan. Kekal SSM Tetapi Ditambahbaik.


Fuhh. Lega jiwa raga.

  1. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 - RM320.
  2. SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
  3. 1 Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
  4. Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa.
  5. SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA). \
  6. Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
  7. BISP, PITK, PIW & BIP dikekalkan perlaksanaannya.
  8. Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.
Ini antara intipati pengumuman tadi. Alhamdulillah, semua penjawat awam dapat kenaikan. Sungguh pun tak sebanyak yang diminta Cuepacs.

Dengan pengumuman ini, diharapkan semua penjawat awam lega dan boleh tersenyum. Hilang serabut di kepala.

Bila mula pembayaran penyelarasan ini dibuat belum dipastikan. Tunggu arahan AG. Sebaik sahaja ada berita, aku akan letakkan di blog ini.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!