Pages

Showing posts with label Travels. Show all posts
Showing posts with label Travels. Show all posts

Saturday, November 09, 2013

Travelog : Bukit Fraser, Pahang. (Part 1) - Bilik Hotel

Syukur Alhamdulillah. Setelah merancang hampir setahun, berjaya juga trip ke Bukit Fraser Pahang ini. Permulaan idea untuk trip ini adalah apabila aku melayari laman web rumah peranginan persekutuan. Rumah peranginan persekutuan ini hanya dikhaskan kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan. Sewa yang ditawarkan juga sangat murah. Serendah RM50/malam mengikut bilik yang dipilih. Aku memilih bilik besar yang dilengkapi 1 unit katil King Size dan 1 unit lagi katil single.

Perabot dalam bilik ini boleh dikatakan sangat lengkap. Ada tv lcd 32 inci, almari pakaian, peti sejuk, almari alat solek dan sofa. Kemasannya juga boleh dikategorikan A+. Bilik ini sangat luas dengan bukaan lebih kurang 20m x 10m. Pada anggaran kasar aku lah. Memang sangat selesa.

Selain itu, bilik ini terletak di dalam sebuah banglo besar yang menyediakan dapur masak, ruang tamu dan ruang makan yang semuanya lengkap berperabot. Jadi, percutian kali ini menawarkan suasana rumah yang 'real'.

Kedudukan rumah peranginan persekutuan ini sangat strategik. Jauh dari bising kenderaan dan terletak tinggi di puncak bukit. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan privasi ataupun ingin berbulan madu. Cuaca pula sangat sejuk. Seperti tanah tinggi yang lain, sediakan pakaian sejuk secukupnya.

View gambar untuk lebih detail. Akan bersambung dalam part 2.

Wednesday, November 06, 2013

PIIACUF - Putrajaya Int'l Islamic Art & Culture Festivals 2013

Ramai yang blur dengan tajuk ni kan. Kebetulan aku jogging di kawasan ini, jadi aku luangkn masa sedikit untuk ambil beberapa gambar. Lebih kebetulan lagi, Azlan & The Typewriter sedang buat persembahan. Jadi, sempatlah ambil gambar mereka.

Sedikit info mengenai PIIACUF ini ialah ianya majlis berunsur kerohanian dan islamik. Bersempena dengan Maal Hijrah. Sedihnya, walaupun program kerohanian ini diadakan, tak ramai orang kita yang pergi. Tapi kalau konsert K-Pop tu, bersesak-sesak pula. Lepas itu, salahkan kerajaan sebab tak buat program keislaman. Aduhai bangsaku!

Tersasul pula beremosi sedikit di situ. Di PIIACUF ini juga, dipamerkan hasil seni islam dari Andalusia. Seperti dari negara Morocco, Iran dan banyak lagi lah. Datang dan saksikan sendiri keunikannya seni islam dari Andalusia ini.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 10 November ini bertempat di Dataran Perbadanan Putrajaya, berhadapan dengan istana kehakiman.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ini.
http://www.piiacuf.com/

Thursday, October 17, 2013

Travelogs: Putrajaya Int'l Firework Competition

Un-edited : Colors of Putrajaya Fireworks.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada september dan oktober yang lepas, telah berlangsung Putrajaya Int'l Firework Competition. Bertempat di Tasek Putrajaya, acara ini telah disaksikan oleh ribuan pengunjung yang datang dari seluruh negara. Aku juga tak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan acara ini. Dari lokasi yang dirahsiakan, aku telah berjaya mengambil gambar bunga api dengan jelas dan terang dengan hanya menggunakan gadget Nokia #Lumia920 sahaja.

Acara bunga api ini hanya dijalankan pada jam 10 malam dan berlangsung selama 30 minit sahaja. Terdapat 4 pasukan yang bertanding. Malaysia, USA, China, UAE. Setiap pasukan menghasilkan letupan bunga api yang unik yang mengikut irama orkestra yang terpasang. Ianya satu pemandangan yang tidak boleh dilupakan dan pengalaman yang unik.

Pada pendapat aku, acara ini berjaya menarik kunjungan penonton dari seluruh dunia, bukan hanya penduduk tempatan. Malahan gambar yang aku kongsikan di Instagram mendapat pandangan positif banyak pihak. Aku berharap, dengan adanya acara seperti ini, boleh menarik lebiih ramai lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia dan menikmati keunikan negara kita yang tercinta ini.


Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Friday, January 06, 2012

Makan Best?

Family Dinner At Umbai, Melaka.

Umbai, Melaka is one of the famous spot for seafood lover.

We had our time there last year, and its still give us the best impression ever.

And the price is affordable too.

Want to find places like Umbai? Check it here.




arizs


from {desk}

Tuesday, January 03, 2012

Trips Ke Johor Darul Takzim

So classic. Just love it.
Penghujung tahun 2011, dapat juga aku berjalan ke Johor. Setelah 4 tahun tak balik ke Johor, dapat juga aku balik ke sana dan mengimbau nostalgia. Sempat juga merakam gambar kenangan di sana.
World in Black & White.

Kenapa aku begitu obses dengan Johor? Kalau tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat yang hampir-hampir meragut nyawa. Terpahat kukuh di memori. Dan sekali lagi aku balik untuk mengimbau memori itu. Sebahagian dari gambar yang dirakamkan di sana.

Once so famous. Now?
Destinasi : Danga Bay
Tarikan : Tempat dok kapal layar & kapal mewah. Meriah pada waktu malam.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Wednesday, July 07, 2010

Makan-makan di Tasek Kenyir.

Pada 4 Julai yang lepas, aku dan famili telah pun berjalan-jalan ke Terengganu Darul Iman. Semuanya tak dirancang. Secara tiba-tiba, idea untuk pergi berjalan itu muncul. Aku terus check baki kredit dalam kad kredit aku, dan terus membuat perancangan. Uniknya perjalanan kali ini ialah aku dan Lily langsung tak tidur malam itu. Dari jam 12 malam, kami mencari di Internet tempat untuk bercuti. Kami browse Melaka, Johor, Langkawi dan banyak lagi tempat. Akhirnya, tepat azan subuh berbunyi, kami dapat ilham untuk pergi ke Terengganu.
Adni & mama di Restoran Tasek Kenyir.

Gulai ikan baung menu utama kami.

Sambal belacan dan ulam itu wajib.

ikan sungai. Kalau takde, rugi.
Kami melalui jalan Cameron Hinglands - Gua Musang - Felda Aring - Tasek Kenyir - Kuala Terengganu. Kalau dengar tu, memang macam seram sikitlah jalannya. Tapi sebenarnya, perjalanannya sangat menyeronokkan. Nak tahu kenapa? Sebabnya ada banyak makanan yang sedap-sedap dijual di sepanjang perjalanan. Salah satunya, restoran makanan di tepi Tasek Kenyir, Terengganu. Apa yang menjadi tarikan restoran ini? Semestinya gulai Tempoyak ikan Baung. memang tak ada tandingan. Tersangat sedap. nak dijadikan rezeki, bila kami sampai sekitar jam 2 petang itu, memang dah tersedia lauk ikan baung ini. Apa lagi...., perut dah lapar, memang menunggu di isi sahaja.
memang berbaloi makan di restoran ini. Suasana tasik yang tenang membuatkan selera kami makin bertambah. Pada sesiapa yang ada lalu di Tasek Kenyir, silalah singgah di restoran ini. Lokasinya betul-betul di jeti Tasek Kenyir. Jangan risau. Makanannya murah dan berbaloi.

Menu :

Gulai Ikan Baung - RM6.00
Ikan sungai - RM3.50
Nasi putih
ulam & sambal
Teh O
Teh Tarik
--------------------------------
Total : RM12:00

So? Murah kan???

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Monday, February 09, 2009

Trip Ke Perlis Indera Kayangan + Post Ke-100

Lily & The view. The sunset.

The me & the view. The sunset.

Ini adalah artikel ke-100. Dahsyat juga la aku ni kan. Ini antara blog yang survive sekian lama juga le. Aku ni bukan la orang yang pandai menulis apatah lagi mengarang dan bersandiwara. Dulu, aku pernah ada blog di Friendster dan juga Myspace. Tapi sekarang, aku tumpukan pada Blogspot sahaja. Tapi, bila diteliti, blog Friendster lagi bagus. Sebab dia guna enjin Wordpress. Template pun lawa-lawa gitu. Sekarang ni, trancends ini komitmen aku. Say "yes to Trancends".

The sun is setting. The view is unbelievable.

Semalam, Thaipusam. Semua orang cuti, bagi negeri-negeri tertentu jer. Perak pun cuti. So, aku + tunang pun pergi berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Kali ini destinasi kami ialah Perlis Indera Kayangan. Bertolak dari Ipoh sekitar jam 12 tengahari. Perjalanan ke Utara lancar. Trafik pun tak banyak. Dalam kereta, kami enjoy perjalanan. Sepanjang perjalanan, ada je topik yang dibincangkan.

Lily & The Reflection.

Destinasi percutian kami :
  • Kota Al-Marhum Kayang, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181. Menghala ke Kodiang/Kangar.)
  • Jeti Kuala Perllis. ( Exit Jitra.)
  • Padang Besar, Perlis.
  • Snake & Reptiles Farm, Sungai Batu Pahat, Kangar.
  • Jalan Pesisir Pantai, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181)
  • Sunset View, Jeti Kuala Perlis.
The view itself with me sitting in front.

Kami sampai ke Perlis sekitar jam 3 petang. Perjalanannya memenatkan. Terutama bila keluar dari Highway. Ikut jalan persekutuan ke Kuala Perlis sangat memenatkan. Bagusnya Negeri Perlis ini kerana walaupun jalannya bersimpang siur, papan tandanya sangat membantu. Kita boleh bezakan tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat tumpuan pelancong. Cuma mungkin sedikit keliru bila di Kangar. Bila dekat dengan persimpangan, perlahankan la kereta. Sebab di persimpangan, takde signboard. Signboard diletakkan kira-kira 20 meter dari persimpangan. Jadi, berhati-hati.

Lily @ Sunset View, Kuala Perlis.

Sepanjang perjalanan merentasi Negeri Kedah, pemandangan sawah padi memang memukau mata. Padi tengah masak, jadi nampak kuning je. Cantik sangat. Kedah dikenali sebagai negeri jelapang padi. Perjalanan di Negeri Kedah terasa singkat dek kerana asyik dengan pemandangan sawah padi. Berbeza dengan perjalanan ke Kuala Lumpur. Pemandangnya membosankan.

Aku @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Sebaik saja kami exit Jitra (Interchange 181), kami drive masuk ke pekan Jitra. Menghala ke Kodiang/Kangar, kami melalui satu tempat yang di panggil Makam Puteri Lindungan Bulan. Aku cuma tahu Puteri Linduangan Bulan tu cuma sebuah novel. Tak sangka pula actually itu nama tempat yang wujud di Malaysia ni. Banyak lagi yang aku tak tahu rupanya. Sepanjang perjalanan, aku dan lily tak berhenti makan. Ada je makanan kami beli. Perjalanan jauh perlukan konsentrasi yang tinggi.

Lily @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Destinasi tumpuan kami adalah Padang Besar dan Sunset View. Di Padang Besar, kami shopping barang-barang makanan. Banyak pilihan di sana. Aku tak minat nak beli pakaian, walaupun pilihannya bersepah-sepah. Padang Besar ni berbeza dengan Rantau Panjang. Aku lebih suka Rantau Panjang lagi. Seronok shopping di sana. Pilihan yang banyak dan variety. Kami tinggalkan Padang Besar sekitar jam 5:30 petang. Menuju ke Jeti Kuala Perlis untuk agenda yang terakhir. Ini agenda yang sebenarnya menjadi tujuan aku. A date under the sunset. Kira nak romantik la konon. Jam 6:30 petang, kami dah ada di pesisir pantai jeti kuala perlis. Matahari pun sudah condong ke timur. Merah-kemerahan menyala memancar lembayung ke kaki langit.

Interchange 181 - Jitra. Ke Kuala Perlis ikut Jalan Pantai.

Tak disangka, suasana petang sangat cantik. Ramai orang dok melepak di tepi pantai tu. Seakan-akan ada pesta di sana. Meriah sangat. Kami lepak sama di tepi pantai tu. Sambil melihat matahari terbenam. View yang jarang-jarang dapat dilihat. Bersyukur kerana di beri peluang juga. Sekitar jam 7:30 malam, kami berangkat pulang ke Ipoh. Sebelum tu, sempat juga singgah di kedai Laksa Kak Su. Paling famous ni. Merata Malaysia tau. Dalam kedai ni, siap ada pamer lagi sijil anugerah penghargaan kerana join rumah terbuka malaysia 2004. Hanya yang terbaik je boleh join. Dahsyat tak?

Alor Star-Langgar-Kangar. Apa jadi agaknya?

Perjalanan pulang hambar je sebab malam. Takde apa yang nak dilihat pun. Kami sampai di Ipoh sekitar jam 11 malam. Tamat la trip ke Perlis Indera Kayangan.

Wednesday, February 04, 2009

Sempena Chinese New Year


Minggu-minggu tanpa update. Sori sangat-sangat pada reader. Bukan taknak update, tapi tak berkesempatan lagi. Sekarang ni, banyak outstation. Keluar je memanjang. Kejap ke KL, kejap ke Penang. Yang pasti, tahun 2009 ini menjanjikan cabaran yang berbeza. Yang lebih hebat dari 2008. Tahun kegawatan ekonomi. Dan aku, telah mula merasai kegawatannya. 2 bulan tanpa sebarang job. Tanpa income. Bukan sesuatu yang mudah.


Cuti Chinese New Year itu hari, aku pergi berjalan-jalan dengan tunang aku. Dari Ipoh, aku bertolak ke Puncak Alam hari jumaat tu. Naik je highway, jalan dah mula sesak. Untung aku menghala ke selatan. Kalau ke utara, memang jammed ler. Sampai di Puncak Alam sekitar pukul 6 petang. Lily tengah mand time aku sampai, so kena la tunggu. Sekitar 6:30ptg, kami mulakan perjalanan ke Kuantan. Kenapa Kuantan? Actually aku kena ambil adik aku, Iman lak di Kuantan. Untuk mengelakkan jammed di Tol Gombak-Karak, aku follow jalan Ulu Yam-Genting Sempah. Sempoi ikut jalan tu, tapi dek kerana drive waktu malam, sejuknya pun boleh tahan juga. Sampai je dekat Genting Sempah, kami rehat dulu. Isi minyak kereta, minum nescafe free, beli buah berangan. Tue la aktiviti kami di Genting Sempah. Serius, Buah berangan kat genting sempah sedap.


Perjalanan diteruskan. Sampai di Temerloh, Pahang. Kami berhenti lagi. Kali ini beli buah-buahan lak. Beli anggur dan jambu air. Best gila berjalan dengan Lily. Makan je sepanjang jalan. Akhirnya, sampai ke Kuantan pukul 1 pagi. Makan dulu di restoran dekat rumah iman. Nak drive lagi jauh ni. Sampai ke Kota Bharu. Untung Iman ada. Dari Kuantan sampai Dungun, Iman yang drive. Dapat la aku tido. Di dungun, kami tukar driver lagi. Kali ini aku yang drive. Sampai di Kuala Terengganu, sengaja aku ikut jalan Gong Badak-Penarik-Kota Bharu. Kalau siang, jalan ini menyajikan pemandangan yang sangat cantik. Sepanjang jalan tue pantai. Sebab aku drive malam, takde la lautnya. Pitch black. Sampai di Kota Bharu pukul 6 pagi.


Sabtu pagi tu, kami tido jer. Tak larat nak kuar. Tengahari baru kuar pergi pasar Siti Khadijah. Pergi beli barang hantaran sikit. Alang-alang berjalan kan. Seronok juga dapat tengok tempat orang. Tapi, petang tue kami terpaksa balik ke Perak. Ada hal penting nak di selesaikan. Sempat juga kami singgah di Rantau Panjang dalam perjalanan tu. Banyak juga kami borong. Hasil buruan la katakan. Beli toto, pakaian, makanan dan tah macam-macam lagi. Sekitar 7 malam baru keluar dari Rantau Panjang. Menghala ke jeli, kami berhenti makan berhampiran MRSM Jeli. Nak di jadikan cerita, tak sangka bertembung dengan classmate sekolah dulu yang nak pergi nikah malam tu. Dia ajak kami pergi ke majlis nikah dia, dan rasa keberatan pula nak menolak. Terus kami pergi dan dapat la jadi saksi hari bersejarah kawan kami. Tahniah Haslan. Selamat Pengantin Baru!


Sekitar jam 11 malam baru bertolak dari Jeli ke Gerik. Ketika di atas Banjaran Titiwangsa tue, dapat juga aku tengok gajah liar. Rezeki kali ke-2. Tapi aku tak berhenti la. Terus jer drive. Sampai di Gerik jam 1 pagi. Bawak macam driver F1 kat atas Gerik tu. Memandu malam agak mencabar, tapi menyeronokkan. Kami terus ke Langkap. Kampung Lily. Sampai sekitar jam 3 pagi. esok menjanjikan perjalanan yang menarik lagi bagi kami.

(*Double Post*)

Saturday, November 22, 2008

Semalam Yang Hangat





" Sebelum engkau ke mari, Tiada resah Tiada khuatir, Menjelang kemesraanku, Yang dirindu Hanya syahdu, Mengapa itu mahu jadi teman, Mahu jadi kekasih selamanya, Aku bukan lagi mainan dulu, Telah ku campakkan kau kemana, Kelautan hitam yang ku tahu, Pasti kita tak jumpa, Semalam itu semalam, Hari ini aku hidup, Dalam dunia yang aman, Kenangan kita lucutan Kita bakar sama-sama, "


Seharian aku layan lagu ni. Bukan per, kenangan menerpa. Semalam, aku pergi lepak dengan kawan-kawan di Penang. Tue pun after aku selesai kerja kat sana. Apis, Yana dan Diba. Tue jer yang ada. Yang lain, ada hal masing-masing. Mula-mula aku jumpa yana. Amik dia dari tempat kerja. Awek nih engineer. Basic RM1800/-. jangan main-main. Tuh baru kerja 2 bulan tuh. Kuar dengan yana. Pusing-pusing penang dulu. Gi makan char kuey teow dlu. Penang Maa. Semua orang tau per yang sedap. Char Kuew Teow dia arrr.


Pastu kitaorang singgah masjid dulu, solat. Dah selesai semua tuh, baru arr kitaorang gi lepak. Gi amik apis, then terus gi kedai ikan bakar kat batu maung. Pergh, mmg best arr mkn kt situ. Kedai Standard. Bila kitaorang dah settle makan, baru la si Diba tepon nak datang. Tunggu dia datang jap. Pastu terus gi mkn char kuew teow kat tempat lain. Kerja makan jer kalau kuar dengan diaorang ni. Sempoi.





Semalam aku gi amik barang untuk supply. Penuh keta aku. Nanti aku attach gambar. Korang tengok ler. Nasib myvi. Kalau Neo, mau letak atas bumbung dah. Huhuh...
Arinie lak, aku nak pergi Sabak Bernam. Makan seafood beb. huhuh... Asid Laktik tinggi ni. Tapi belasah jer la. Kan2?? Ok kawan-kawan. Wish me luck. Life is getting more interesting day by day.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!