Pages

Wednesday, February 04, 2009

Sempena Chinese New Year


Minggu-minggu tanpa update. Sori sangat-sangat pada reader. Bukan taknak update, tapi tak berkesempatan lagi. Sekarang ni, banyak outstation. Keluar je memanjang. Kejap ke KL, kejap ke Penang. Yang pasti, tahun 2009 ini menjanjikan cabaran yang berbeza. Yang lebih hebat dari 2008. Tahun kegawatan ekonomi. Dan aku, telah mula merasai kegawatannya. 2 bulan tanpa sebarang job. Tanpa income. Bukan sesuatu yang mudah.


Cuti Chinese New Year itu hari, aku pergi berjalan-jalan dengan tunang aku. Dari Ipoh, aku bertolak ke Puncak Alam hari jumaat tu. Naik je highway, jalan dah mula sesak. Untung aku menghala ke selatan. Kalau ke utara, memang jammed ler. Sampai di Puncak Alam sekitar pukul 6 petang. Lily tengah mand time aku sampai, so kena la tunggu. Sekitar 6:30ptg, kami mulakan perjalanan ke Kuantan. Kenapa Kuantan? Actually aku kena ambil adik aku, Iman lak di Kuantan. Untuk mengelakkan jammed di Tol Gombak-Karak, aku follow jalan Ulu Yam-Genting Sempah. Sempoi ikut jalan tu, tapi dek kerana drive waktu malam, sejuknya pun boleh tahan juga. Sampai je dekat Genting Sempah, kami rehat dulu. Isi minyak kereta, minum nescafe free, beli buah berangan. Tue la aktiviti kami di Genting Sempah. Serius, Buah berangan kat genting sempah sedap.


Perjalanan diteruskan. Sampai di Temerloh, Pahang. Kami berhenti lagi. Kali ini beli buah-buahan lak. Beli anggur dan jambu air. Best gila berjalan dengan Lily. Makan je sepanjang jalan. Akhirnya, sampai ke Kuantan pukul 1 pagi. Makan dulu di restoran dekat rumah iman. Nak drive lagi jauh ni. Sampai ke Kota Bharu. Untung Iman ada. Dari Kuantan sampai Dungun, Iman yang drive. Dapat la aku tido. Di dungun, kami tukar driver lagi. Kali ini aku yang drive. Sampai di Kuala Terengganu, sengaja aku ikut jalan Gong Badak-Penarik-Kota Bharu. Kalau siang, jalan ini menyajikan pemandangan yang sangat cantik. Sepanjang jalan tue pantai. Sebab aku drive malam, takde la lautnya. Pitch black. Sampai di Kota Bharu pukul 6 pagi.


Sabtu pagi tu, kami tido jer. Tak larat nak kuar. Tengahari baru kuar pergi pasar Siti Khadijah. Pergi beli barang hantaran sikit. Alang-alang berjalan kan. Seronok juga dapat tengok tempat orang. Tapi, petang tue kami terpaksa balik ke Perak. Ada hal penting nak di selesaikan. Sempat juga kami singgah di Rantau Panjang dalam perjalanan tu. Banyak juga kami borong. Hasil buruan la katakan. Beli toto, pakaian, makanan dan tah macam-macam lagi. Sekitar 7 malam baru keluar dari Rantau Panjang. Menghala ke jeli, kami berhenti makan berhampiran MRSM Jeli. Nak di jadikan cerita, tak sangka bertembung dengan classmate sekolah dulu yang nak pergi nikah malam tu. Dia ajak kami pergi ke majlis nikah dia, dan rasa keberatan pula nak menolak. Terus kami pergi dan dapat la jadi saksi hari bersejarah kawan kami. Tahniah Haslan. Selamat Pengantin Baru!


Sekitar jam 11 malam baru bertolak dari Jeli ke Gerik. Ketika di atas Banjaran Titiwangsa tue, dapat juga aku tengok gajah liar. Rezeki kali ke-2. Tapi aku tak berhenti la. Terus jer drive. Sampai di Gerik jam 1 pagi. Bawak macam driver F1 kat atas Gerik tu. Memandu malam agak mencabar, tapi menyeronokkan. Kami terus ke Langkap. Kampung Lily. Sampai sekitar jam 3 pagi. esok menjanjikan perjalanan yang menarik lagi bagi kami.

(*Double Post*)

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!