hari-hari yang aku lalui sekarang ni, umpama dalam oven. Panas beb. Tekanan takde job, nak kawen dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, aku rasa takut gak nak kawen. Maunya tak. Buatnya nanti dah kawen, pun macam ni. Adoi, satu-satunya fakta yang tak nak difikirkan. Apa yang aku merepek pun, aku tak pasti. Yang pasti, kepala aku serabut. Hujung minggu ni, aku nak pergi bercuti. Nak ke Kota Bharu, Kelantan. Lily ikut sama. Nak pergi jalan-jalan. Hilangkan perasaan tertekan di hati ini.
Terbaru, aku jual sistem e-Kehadiran. Bukan untuk sekolah je. Mana-mana jabatan, syarikat, rumah amal nak guna pun boleh. Ada 2 jenis. 1 yang guna cap jari, 1 lagi yang guna kad. So far, aku dah ada 5 tempahan. Tahla, tahun 2009 ni bermula lembab. Risaunya aku. So far, aku masih lagi bertahan, sebab hujung tahun hari tu, aku dah collect income banyak. Tapi, berapa lama boleh tahan kan. Sabar, sabar. Dugaan tu.
Aku baru baca e-mail Miyu, kawan pena aku dari German. Seronok juga berbalas e-mail dengan dia. Dia sangat berminat dengan Malaysia. Untungnya aku ada banyak gambar tempat-tempat menarik. Jadi, aku pun kongsi dengan dia. Lagi bertambah banyak la soalan dia. Tapi, Miyu minat sangat dengan Masjid Kristal. Menarik sangat katanya. Dia pelik tengok aku makan bersila. Maybe sebab dia biasa makan dekat meja jer. Dia pun hantar gambar pada aku. Cuma, gambar dia. Maybe nanti dia attach gambar tempat-tempat menarik dekat german. Mana la tau kot nanti, dia antar BMW dekat aku ker kan. German kan pengeluar BMW. Berangan lebih. Haha...
Isk, apa merepek Moulin Rouge ni. Makin tak faham aku. Ada lak lagu Thailand ni. Eh, Thailand ke Hindustan?? Nicole Kidman memang sangat lawa. Fuhh. Hehe.. Ok arr, aku nak tengok Moulin Rouge ni sikit lagi. Esok lusa aku update lagi Ok?!
No comments:
Post a Comment
Berani komen?