Pages

Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Penajaan Biasiswa KPT kepada OKU. Belajar Free!!

Tahukah korang semua, KPT ada menawarkan biasiswa? Dan yang lebih menariknya biasiswa ini ialah biasiswa OKU. Mungkin ramai yang tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu ataupun tak kisah. Biasiswa OKU ini hanya khas untuk OKU yang menyambung pendidikan di pusat pengajian tinggi. Tidak kiralah IPTA, IPTS, Politeknik ataupun kolej komuniti.

Rujukan penuh maklumat di sini.

Bagaimana nak memohonnya? Prosedurnya mudah sangat.

Prosedur Permohonan Biasiswa Pendidikan OKU.
====================================

1. Ada surat tawaran belajar dari IPTA, IPTS, Politeknik ataupun Kolej Komuniti.

2. Sekiranya berkerja, ada surat kebenaran sambung belajar dari majikan. (Apply untuk gov staff only. Refering to part time student)

3. Sediakan dokumen seperti berikut;

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;

b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;

d. Salinan surat tawaran pengajian;

e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (bagi tuntutan kali pertama sahaja) (klik di sini)

f. Borang Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan wang saku dibuat)

g. Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan yuran pengajian  dibuat)


h. Senarai Semak Bantuan Kewangan OKU (klik disini)

i. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat);

j. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);

k. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).
  • Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
  • Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h ) – ( j ) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.
4. Hantarlah ke alamat berikut;
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

ataupun emailkan kepada bkoku@mohe.gov.my.

Kepada pelajar oku di luar sana, sila apply biasiswa ini. Rugi korang sia-siakan peluang ini.


arizs

from {desk}

Tuesday, February 14, 2012

Pengurusan Kewangan. Berhutangkah Kamu?


Tahu tak kamu, punca utama kita semua menghadapi masalah kewangan sekarang adalah disebabkan kita tidak tahu cara menguruskan kewangan dengan baik dan tidak merancang dengan bijak. Sekiranya perkara ini terjadi, inilah yang membuatkan kita merasakan gaji setiap bulan sentiasa tidak mencukupi dan terbeban dengan masalah kewangan yang tak berkesudahan.

Adakah kamu sedang mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak atau sebaliknya? Atau kamu sudah tahu tetapi berpura-pura tenang menghadapi kemelut kewangan yang makin meruncing? Jom terjah persoalan ini dan tepuk dada tanya selera.

  • Adakah kamu berasakan yang wang gaji kamu sentiasa tidak mencukupi?
  • Adakh simpanan kamu sekarang mampu bertahan selama lima bulan kalau kamu dibuang kerja?
  • Adakah kamu ada wang simpanan untuk masa-masa kecemasan? Ataupun kamu akan menggunakan kad kredit apabila tiba masa itu?
  • Adakah perbelanjaan kamu melebihi had pendapatan kamu?
  • Adakah kamu mengeluh apabila melihat baki akaun bank kamu?
  • Adakah kamu bebas dari belenggu hutang hari ini?
Jawapannya hanya ada pada kamu. Tepuk dada, tanya selera. Bagi yang dibelenggu masalah hutang yang teruk, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) ada untuk mmbantu kamu keluar dari belenggu hutang itu.

AKPK - 1800 88 2575

arizs

from {desk}

Monday, January 30, 2012

Kad Kredit : Perkara Yang Kita Tidak Tahu.

Tips Terbaik : Jangan Guna Kad Kredit Langsung.

Aku yakin ramai yang menggunakan kad kredit. Masing-masing dengan tujuan tertentu. Sudah ramai yang tersedar dengan bahaya penggunaan kad kredit ini. Tetapi, masih ramai lagi yang termakan pujuk rayu bank-bank yang menawarkan bermacam-macam insentif serta hadiah kepada pemegang kad kredit. Aku bukan nak berceloteh tentang bahaya kad kredit, tetapi bagaimana untuk memaksimakan penggunaan kad kredit ini.

Kad Kredit & Kad Bonuslink
  • Gunakan kad kredit berserta dengan kad Bonuslink untuk memaksimakan kutipan point. Peringatan! Jangan gunakan kad kredit untuk mengisi minyak kereta, kerana secara automatik bank akan potong RM200 sebagai deposit untuk setiap traksaksi pengisian minyak di stesen minyak. Walaupun kamu cuma isi RM30.
Tarikh Matang Bil Kad Kredit
  • Ubah tarikh matang kad kredit kepada tarikh gaji dibayar. Contohnya; 26hb setiap bulan. Ini untuk mengelakkan cas denda lewat. Ini tips berguna untuk memastikan pengurusan kewangan kamu tidak terganggu.
Points Kad Kredit
  • Tebus point kad kredit dengan barangan yang ditawarkan. Points carry forward akan tamat tempoh dan ini akan merugikan kamu.
Bayaran Minimum
  • Sentiasa membayar lebih dari minimum untuk memastikan cas perkhidmatan yang rendah. Bayaran secara ansuran nampak sedikit, tetapi jika dikumpulkan, kamu akan terkejut dengan jumlah sebenarnya.
Members Discount
  • Berbelanja di pusat beli belah yang menjadi ahli kepada kad kredit kamu. Ini akan memaksimakan points yang diterima.
Sekiranya kamu ada tips yang menarik ingin dikongsikan, letakkan di ruangan komen untuk manfaat semua.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!