Tahu tak kamu, punca utama kita semua menghadapi masalah kewangan sekarang adalah disebabkan kita tidak tahu cara menguruskan kewangan dengan baik dan tidak merancang dengan bijak. Sekiranya perkara ini terjadi, inilah yang membuatkan kita merasakan gaji setiap bulan sentiasa tidak mencukupi dan terbeban dengan masalah kewangan yang tak berkesudahan.
Adakah kamu sedang mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak atau sebaliknya? Atau kamu sudah tahu tetapi berpura-pura tenang menghadapi kemelut kewangan yang makin meruncing? Jom terjah persoalan ini dan tepuk dada tanya selera.
- Adakah kamu berasakan yang wang gaji kamu sentiasa tidak mencukupi?
- Adakh simpanan kamu sekarang mampu bertahan selama lima bulan kalau kamu dibuang kerja?
- Adakah kamu ada wang simpanan untuk masa-masa kecemasan? Ataupun kamu akan menggunakan kad kredit apabila tiba masa itu?
- Adakah perbelanjaan kamu melebihi had pendapatan kamu?
- Adakah kamu mengeluh apabila melihat baki akaun bank kamu?
- Adakah kamu bebas dari belenggu hutang hari ini?
AKPK - 1800 88 2575
arizs
from {desk}