Lama sungguh tak update blog. Hari-hari berlalu dengan terlalu cepat. Artikel hari ini hanya berkisar pada pengalaman sewaktu membawa adik aku ke hospital. Spesifiknya ke wad kecemasan. Begini ceritanya....,
Sewaktu sedang menunggu giliran masuk berjumpa doktor, ada seorang lelaki cina sedang menolak kerusi roda. Ibunya, mungkin juga nenek tua di rumah tua jagaannya terduduk sambil memegang kepala yang berjahit. Kakinya juga kelihatan berbalut.
Tak lama kemudian, datang seorang attendan hospital ingin mengambil kerusi roda itu.
A: Saya mahu ambil kerusi roda ini. Wad emergency di depan perlukan kerusi roda.
LC: Tak boleh. Dia (Perempuan tua) tarak larat mau jalan. Kpala sudah pecah lagi kaki pun sakit. Mana boleh jalan. (Perempuan tua terangguk-angguk kepalanya)
A: Tak apa. Sekejap saja. Nanti saya kasi yang lain.
LC: Ok, ok. Saya ikut sama U pergi depan.
Lelaki cina itu pun mengikut attendan hospital ke depan meninggalkan perempuan tua itu duduk di kerusi menunggu. Tiba-tiba....,
Perempuan tua itu bangun dan berjalan dengan lajunya di hadapan aku. Terdetik dalam hati aku, tadi lelaki cina itu cakap perempuan tua ini dah tak larat nak berjalan. Ini elok saja aku tengok perempuan tua ini berjalan. apakah?
Moral?
Ya kata ya. Tidak kata tidak. Jangan putar alam.
arizs
from {desk}