Sunday, November 08, 2009

Tips nak bagi korangnya speed internet laju.


Alhamdulillah, semua perancangan dan kerja aku berjalan lancar. Syukur sangat. Semalam aku cuba buat test bandwith internet dekat cafe ni, tapi menyedihkan. Slow sangat. Paling laju speed aku boleh achieve cuma 200kbps. Mana cukup untuk cafe aku. Terus aku telefon TMnet, minta diaorang settlekan cepat. Pagi ini, bila aku try, semua dah ok. Nampak speed pun steady. Tak pasti la kalau petang atau malam nanti tak ok pulak.

Kat sini aku letak la gambar test bandwith aku. Untuk pengetahuan korang, aku pakai Streamyx pakej SOHO tu je. 1Mb RM148.00. Tapi TMnet memang akan buka port korang lebih dari yang korang subscribe. Seperti yang korang boleh tengok dalam gambar tu, speed aku mencecah 2.5Mb download dan 400kbps upload. better kan. Dan untuk trick yang lagi best, kalau korang guna cable RJ-45 tu, cuba ubah setting network card korang dari 100Mbps Half Duplex ke 10Mbps Full Duplex. Sure korang terkejut tengok speed dia loading korang nyer web. Nak test speed ok ke tak, try buka web youtube, pastu try main 1 video. Tengok, kena loading ke tak. Kalau video biasa, memang takde loading. Tapi kalau yang HQ tu, memang loading juga la.

Tekan "START-CONTROL PANEL-NETWORK CONNECTION". Pilih LAN connection korang. "RIGHT CLICK-STATUS".

Klik "PROPERTIES".

Window PROPERTIES akan keluar. Klik "CONFIGURE".

Window properties Network card korang akan keluar. Klik tab "ADVANCED".

Pilih Speed & Duplex. Pada ruang "VALUE", akan tunjuk connection type korang. Speed & Duplex tu ada banyak nama. Ikut network card korang. Pandai-pandai la korang carik yerk.

Pilih la 10Mbps Full Duplex.

Tu trick yang aku bagi kat korang la. Untuk wireless, aku belum try lagi setting tu. Tapi kalau berjaya nanti, aku bagitau pada korang semua okay! okay la, aku nak sambung bekerja balik. nanti aku update lagi. Doakan kejayaan aku buat bisnes ni.

P/s: Check out this campaign.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!