Pages

Wednesday, November 18, 2009

Apa Nak Buat Kalau Korang Silap Pergi Rumah Orang?

Assalamualaikum,

Korang sure tertanya-tanya per kaitan tajuk tu dengan posting aku kali ini. Sebenarnya macam ini. Hari ini, aku dapat call dari customer untuk buat servis komputer di rumahnya. Nama customer ini kak idah. Aku pun ok kan jer la. Confident je. Tak tanya pun kak idah yang mana. Aku pun terus la pergi rumah kak idah ni. Beria la aku nak check komputer dia. Siap tanya macam-macam lagi. Kak idah ni waktu aku datang tu takde di rumah. Yang ada anak-anak dia je. Jadinya tak dapat la dipastikan kak idah yang mana.

Dalam dok aku sibuk nak wat servis, aku pun tanya la kat kak idah ni. "Broadband ni nak tarik wayar tepon yang mana?". Tu kira dalam tepon arr tu. Kak idah ni jawap dia pakai wireless broadband. Sudah!!! Yang aku pegang kat tangan ni broadband streamyx. Camner tu. Terus la aku tanya, ni kak idah yang mana?. Kemudiannya dia pun bagitau ler kat mana dia tinggal. Alamak! Kantoi dah ni. Aku dah gi rumah kak idah lain ni. Customer aku juga ler. Bukan stranger pun. Elok lak kak idah yang ini pun takde rumah. Huhuhu...


Aku pun terus cakap dengan orang rumah tu, "Lain kali saya datang. Ambil masa nak repair ni." Pastu terus aku blah. Fuhh! Berpeluh juga le aku ini. Mana taknya. Salah rumah tu. ini pengajara buat aku. Mulai dari hari ini, kalau orang tepon nak suruh wat servis, aku kena tanya detail dia betul-betul. Jangan pakai terjah je rumah orang. Konon ingatkan regular customer la. Mengong!

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!