Pages

Wednesday, December 02, 2009

Quick Update I

Hola!

Lamanya aku tak update blog. Adakah aku dah tak berminat blogging lagi? Tidak! Sama sekali tidak. Cuma ruang masa je yang kesuntukan. Apa pun, aku masih bersyukur punya peluang untuk menulis lagi. Rasanya, kalau nak menulis cerita merapu pun, orang akan baca juga. ramai yang ternantikan update tentang kehidupan aku sekarang. Terima kasih pada reader, dan juga pada super hidden reader.

Seperti biasanya, biarlah aku updatekan blog ini dengan status baby dalam kandungan isteriku. Alhamdulillah, semalam saat perginya dia untuk pemeriksaan bulanan, kami telah pun diberitahu akan jantina baby kami ini. Dan tepat sekali sangkaan aku sedari awal lagi, kami akan menimang cahaya mata perempuan. Syukur alhamdulillah. Ini bermakna anak kami akan jadi cucu perempuan pertama dalam keluarga AHA. Namanya pun telah kami fikirkan. Cuma tak perlulah diberitahu disini. Tunggu sehinnga si comel itu lahir nanti.

Persiapan untuk menyambut kehadiran si comel pun sangat simple. Malahan, belum sepenuhnya siap pun. Tunggu pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik dia bagi hadiah saja. Jadi, korang semua kena la bagi hadiah. Hehe. Tinggal lebih kurang 2-3 minggu lagi sebelum si comel lahir. Aku pun sibuk dengan kerja dan kedai aku. Harapannya sema berjalan lancar.

Bercerita tentang kedai aku, belum beroperasi sepenuhnya. insya'allah dalam 2-3 hari lagi aku akan mula buka dari pagi sehingga malam. Terpaksa tunggu adik aku habis spm dulu. Sebab takde orang nak jaga kedai tersebut. Aku ingin meminta pada kawan-kawan semua, sekiranya ada artwork atau hasil seni tangan kalian, boleh la kiranya hantar pada aku. Aku nak pamerkan di kedai aku. Tujuan untuk mencantikkan kedai je.

Ok la. Aku perlu berhenti menulis dulu. Kena pergi mandi. Sekejap lagi perlu keluar berkerja. Apa pun, terima kasih pada kawan-kawan semua yang sudi membaca blog aku ini.

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

1 comment:

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!