|
| Suasana di premis yang super relax. |
Alhamdulillah....
Tercapai juga hajat aku sekeluarga nak makan burger bakar. Semuanya tak dirancang. Sedang seisi keluarga menonton TV, tiba-tiba isteri menyuarakan keinginan nak makan burger bakar. Sebelum ini pun ada juga aku suarakan hasrat itu, tapi tak tahu nak cari di mana. Setelah di 'publish' di facebook, ramai juga yang memberikan info lokasi burger bakar.
 |
| Tu dia Otai memasak. makannnn... |
Setelah solat Maghrib, aku seisi keluarga terus keluar ke destinasi yang dituju.
Burger Bakar Amir Garsia, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Kalau dari rumah aku, 5minit sahaja dengan menaiki kenderaan. Itu yang best tu.