Pages

Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia 2008. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia 2008. Show all posts

Monday, February 09, 2009

Trip Ke Perlis Indera Kayangan + Post Ke-100

Lily & The view. The sunset.

The me & the view. The sunset.

Ini adalah artikel ke-100. Dahsyat juga la aku ni kan. Ini antara blog yang survive sekian lama juga le. Aku ni bukan la orang yang pandai menulis apatah lagi mengarang dan bersandiwara. Dulu, aku pernah ada blog di Friendster dan juga Myspace. Tapi sekarang, aku tumpukan pada Blogspot sahaja. Tapi, bila diteliti, blog Friendster lagi bagus. Sebab dia guna enjin Wordpress. Template pun lawa-lawa gitu. Sekarang ni, trancends ini komitmen aku. Say "yes to Trancends".

The sun is setting. The view is unbelievable.

Semalam, Thaipusam. Semua orang cuti, bagi negeri-negeri tertentu jer. Perak pun cuti. So, aku + tunang pun pergi berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Kali ini destinasi kami ialah Perlis Indera Kayangan. Bertolak dari Ipoh sekitar jam 12 tengahari. Perjalanan ke Utara lancar. Trafik pun tak banyak. Dalam kereta, kami enjoy perjalanan. Sepanjang perjalanan, ada je topik yang dibincangkan.

Lily & The Reflection.

Destinasi percutian kami :
  • Kota Al-Marhum Kayang, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181. Menghala ke Kodiang/Kangar.)
  • Jeti Kuala Perllis. ( Exit Jitra.)
  • Padang Besar, Perlis.
  • Snake & Reptiles Farm, Sungai Batu Pahat, Kangar.
  • Jalan Pesisir Pantai, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181)
  • Sunset View, Jeti Kuala Perlis.
The view itself with me sitting in front.

Kami sampai ke Perlis sekitar jam 3 petang. Perjalanannya memenatkan. Terutama bila keluar dari Highway. Ikut jalan persekutuan ke Kuala Perlis sangat memenatkan. Bagusnya Negeri Perlis ini kerana walaupun jalannya bersimpang siur, papan tandanya sangat membantu. Kita boleh bezakan tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat tumpuan pelancong. Cuma mungkin sedikit keliru bila di Kangar. Bila dekat dengan persimpangan, perlahankan la kereta. Sebab di persimpangan, takde signboard. Signboard diletakkan kira-kira 20 meter dari persimpangan. Jadi, berhati-hati.

Lily @ Sunset View, Kuala Perlis.

Sepanjang perjalanan merentasi Negeri Kedah, pemandangan sawah padi memang memukau mata. Padi tengah masak, jadi nampak kuning je. Cantik sangat. Kedah dikenali sebagai negeri jelapang padi. Perjalanan di Negeri Kedah terasa singkat dek kerana asyik dengan pemandangan sawah padi. Berbeza dengan perjalanan ke Kuala Lumpur. Pemandangnya membosankan.

Aku @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Sebaik saja kami exit Jitra (Interchange 181), kami drive masuk ke pekan Jitra. Menghala ke Kodiang/Kangar, kami melalui satu tempat yang di panggil Makam Puteri Lindungan Bulan. Aku cuma tahu Puteri Linduangan Bulan tu cuma sebuah novel. Tak sangka pula actually itu nama tempat yang wujud di Malaysia ni. Banyak lagi yang aku tak tahu rupanya. Sepanjang perjalanan, aku dan lily tak berhenti makan. Ada je makanan kami beli. Perjalanan jauh perlukan konsentrasi yang tinggi.

Lily @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Destinasi tumpuan kami adalah Padang Besar dan Sunset View. Di Padang Besar, kami shopping barang-barang makanan. Banyak pilihan di sana. Aku tak minat nak beli pakaian, walaupun pilihannya bersepah-sepah. Padang Besar ni berbeza dengan Rantau Panjang. Aku lebih suka Rantau Panjang lagi. Seronok shopping di sana. Pilihan yang banyak dan variety. Kami tinggalkan Padang Besar sekitar jam 5:30 petang. Menuju ke Jeti Kuala Perlis untuk agenda yang terakhir. Ini agenda yang sebenarnya menjadi tujuan aku. A date under the sunset. Kira nak romantik la konon. Jam 6:30 petang, kami dah ada di pesisir pantai jeti kuala perlis. Matahari pun sudah condong ke timur. Merah-kemerahan menyala memancar lembayung ke kaki langit.

Interchange 181 - Jitra. Ke Kuala Perlis ikut Jalan Pantai.

Tak disangka, suasana petang sangat cantik. Ramai orang dok melepak di tepi pantai tu. Seakan-akan ada pesta di sana. Meriah sangat. Kami lepak sama di tepi pantai tu. Sambil melihat matahari terbenam. View yang jarang-jarang dapat dilihat. Bersyukur kerana di beri peluang juga. Sekitar jam 7:30 malam, kami berangkat pulang ke Ipoh. Sebelum tu, sempat juga singgah di kedai Laksa Kak Su. Paling famous ni. Merata Malaysia tau. Dalam kedai ni, siap ada pamer lagi sijil anugerah penghargaan kerana join rumah terbuka malaysia 2004. Hanya yang terbaik je boleh join. Dahsyat tak?

Alor Star-Langgar-Kangar. Apa jadi agaknya?

Perjalanan pulang hambar je sebab malam. Takde apa yang nak dilihat pun. Kami sampai di Ipoh sekitar jam 11 malam. Tamat la trip ke Perlis Indera Kayangan.

Wednesday, February 04, 2009

Sempena Chinese New Year


Minggu-minggu tanpa update. Sori sangat-sangat pada reader. Bukan taknak update, tapi tak berkesempatan lagi. Sekarang ni, banyak outstation. Keluar je memanjang. Kejap ke KL, kejap ke Penang. Yang pasti, tahun 2009 ini menjanjikan cabaran yang berbeza. Yang lebih hebat dari 2008. Tahun kegawatan ekonomi. Dan aku, telah mula merasai kegawatannya. 2 bulan tanpa sebarang job. Tanpa income. Bukan sesuatu yang mudah.


Cuti Chinese New Year itu hari, aku pergi berjalan-jalan dengan tunang aku. Dari Ipoh, aku bertolak ke Puncak Alam hari jumaat tu. Naik je highway, jalan dah mula sesak. Untung aku menghala ke selatan. Kalau ke utara, memang jammed ler. Sampai di Puncak Alam sekitar pukul 6 petang. Lily tengah mand time aku sampai, so kena la tunggu. Sekitar 6:30ptg, kami mulakan perjalanan ke Kuantan. Kenapa Kuantan? Actually aku kena ambil adik aku, Iman lak di Kuantan. Untuk mengelakkan jammed di Tol Gombak-Karak, aku follow jalan Ulu Yam-Genting Sempah. Sempoi ikut jalan tu, tapi dek kerana drive waktu malam, sejuknya pun boleh tahan juga. Sampai je dekat Genting Sempah, kami rehat dulu. Isi minyak kereta, minum nescafe free, beli buah berangan. Tue la aktiviti kami di Genting Sempah. Serius, Buah berangan kat genting sempah sedap.


Perjalanan diteruskan. Sampai di Temerloh, Pahang. Kami berhenti lagi. Kali ini beli buah-buahan lak. Beli anggur dan jambu air. Best gila berjalan dengan Lily. Makan je sepanjang jalan. Akhirnya, sampai ke Kuantan pukul 1 pagi. Makan dulu di restoran dekat rumah iman. Nak drive lagi jauh ni. Sampai ke Kota Bharu. Untung Iman ada. Dari Kuantan sampai Dungun, Iman yang drive. Dapat la aku tido. Di dungun, kami tukar driver lagi. Kali ini aku yang drive. Sampai di Kuala Terengganu, sengaja aku ikut jalan Gong Badak-Penarik-Kota Bharu. Kalau siang, jalan ini menyajikan pemandangan yang sangat cantik. Sepanjang jalan tue pantai. Sebab aku drive malam, takde la lautnya. Pitch black. Sampai di Kota Bharu pukul 6 pagi.


Sabtu pagi tu, kami tido jer. Tak larat nak kuar. Tengahari baru kuar pergi pasar Siti Khadijah. Pergi beli barang hantaran sikit. Alang-alang berjalan kan. Seronok juga dapat tengok tempat orang. Tapi, petang tue kami terpaksa balik ke Perak. Ada hal penting nak di selesaikan. Sempat juga kami singgah di Rantau Panjang dalam perjalanan tu. Banyak juga kami borong. Hasil buruan la katakan. Beli toto, pakaian, makanan dan tah macam-macam lagi. Sekitar 7 malam baru keluar dari Rantau Panjang. Menghala ke jeli, kami berhenti makan berhampiran MRSM Jeli. Nak di jadikan cerita, tak sangka bertembung dengan classmate sekolah dulu yang nak pergi nikah malam tu. Dia ajak kami pergi ke majlis nikah dia, dan rasa keberatan pula nak menolak. Terus kami pergi dan dapat la jadi saksi hari bersejarah kawan kami. Tahniah Haslan. Selamat Pengantin Baru!


Sekitar jam 11 malam baru bertolak dari Jeli ke Gerik. Ketika di atas Banjaran Titiwangsa tue, dapat juga aku tengok gajah liar. Rezeki kali ke-2. Tapi aku tak berhenti la. Terus jer drive. Sampai di Gerik jam 1 pagi. Bawak macam driver F1 kat atas Gerik tu. Memandu malam agak mencabar, tapi menyeronokkan. Kami terus ke Langkap. Kampung Lily. Sampai sekitar jam 3 pagi. esok menjanjikan perjalanan yang menarik lagi bagi kami.

(*Double Post*)

Saturday, November 22, 2008

Semalam Yang Hangat





" Sebelum engkau ke mari, Tiada resah Tiada khuatir, Menjelang kemesraanku, Yang dirindu Hanya syahdu, Mengapa itu mahu jadi teman, Mahu jadi kekasih selamanya, Aku bukan lagi mainan dulu, Telah ku campakkan kau kemana, Kelautan hitam yang ku tahu, Pasti kita tak jumpa, Semalam itu semalam, Hari ini aku hidup, Dalam dunia yang aman, Kenangan kita lucutan Kita bakar sama-sama, "


Seharian aku layan lagu ni. Bukan per, kenangan menerpa. Semalam, aku pergi lepak dengan kawan-kawan di Penang. Tue pun after aku selesai kerja kat sana. Apis, Yana dan Diba. Tue jer yang ada. Yang lain, ada hal masing-masing. Mula-mula aku jumpa yana. Amik dia dari tempat kerja. Awek nih engineer. Basic RM1800/-. jangan main-main. Tuh baru kerja 2 bulan tuh. Kuar dengan yana. Pusing-pusing penang dulu. Gi makan char kuey teow dlu. Penang Maa. Semua orang tau per yang sedap. Char Kuew Teow dia arrr.


Pastu kitaorang singgah masjid dulu, solat. Dah selesai semua tuh, baru arr kitaorang gi lepak. Gi amik apis, then terus gi kedai ikan bakar kat batu maung. Pergh, mmg best arr mkn kt situ. Kedai Standard. Bila kitaorang dah settle makan, baru la si Diba tepon nak datang. Tunggu dia datang jap. Pastu terus gi mkn char kuew teow kat tempat lain. Kerja makan jer kalau kuar dengan diaorang ni. Sempoi.





Semalam aku gi amik barang untuk supply. Penuh keta aku. Nanti aku attach gambar. Korang tengok ler. Nasib myvi. Kalau Neo, mau letak atas bumbung dah. Huhuh...
Arinie lak, aku nak pergi Sabak Bernam. Makan seafood beb. huhuh... Asid Laktik tinggi ni. Tapi belasah jer la. Kan2?? Ok kawan-kawan. Wish me luck. Life is getting more interesting day by day.

Thursday, November 06, 2008

LANGKAH PERMULAAN SATU JALAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Terlalu sibuk dengan kerja sekarang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kerja pula sekarang ni makin meningkat. Alhamdulillah, bisnes aku makin berkembang. Bersyukur sangat. Hujung minggu lepas, aku pergi berjalan ke Terengganu. Aku pergi dengan bakal isteri. Actually, saja nak hilangkan borink dan stress kerja. Kami pergi berjalan-jalan di Pulan wan Man aka Pulau Tamadun Islam. Ramai orang datang melawat tempat tu. Komen terkini yang aku boleh berikan setelah semua replika masjid siap ialah, fakta yang ada di dalam tuh perlu diperbetulkan. Cuba bayangkan, ada ayat yang berbunyi macam ni; "Di dalam kitan Al-Quran dinyatakan, tiada apa yang istimewanya masjidil haram". Walaupun aku ni bukan la seorang yang berpelajaran agama tinggi, tapi at least aku tau betapa pentingnya masjidilharam tuh kepada umat islam. Entah la. Yang pasti, banyak fakta tak tepat di situ. Kecewa juga aku sebagai orang islam dan rakyat Malaysia.
Setelah kami puas berjalan di situ, kami pergi ke Pasar Kedai Payang. Mencari barang untuk nikah. Lastly, bukannya beli barang nikah, tapi shopping pakaian. Tah apa-apa tah. Actually, aku sangat happy sebab bakal isteri ada join bersama. Balik ke tempat asal keturunan aku. Ada juga peristiwa lawak yang terjadi. bakal isteri aku tak pandai loghat terengganu, jadi bila di minta bayar sewa parking, dia jadi confuse. Loghat terengganu, seringgit + se'rial. Macam penggunaan mata wang arab juga. Ternganga la bakal isteri aku ni. ulat biji mata tengok kat aku. Aku gelak besar la. Apa lagi.
On the way balik ke KL, kami singgah di Kuantan. Pergi makan seafood di Tanjung Lumpur. Kedai ANA IKAN BAKAR PETAI. Sedap juga makanannya. Kami order sotong bakar, udang masak pedas, ikan kerapu masak stim, lonjok masak pedas, kepah masak halia, lala masak halia. Memang puas makan. Duit pun jangan kira la. But worth the money la makanan tuh. But it never can compete with Umbai, Melaka.
At 12 midnite, kami bertolak dari Kuantan. Destinasinya, Puncak Alam, Selangor. Dek kerana terlalu letih, aku berhenti tido di R&R Gambang. Agak lama juga. Until 3:30AM. After that, continue drive sampai ke Puncak Alam. Sampai pun dah already 6AM dah. Hantar je bakal isteri balik, aku terus pecut balik Ipoh. 180km/h dari rawang ke ipoh. Sejam jer.
Trip kali ni lebih bermakna sebab aku berjalan dengan bakal isteri. Bukan lagi status pakwe makwe. Pada kawan-kawan yang tertanya-tanya, maaf sebab aku dah semakin jarang update blog. Insya'Allah, selepas reda ketegangan fikiran aku ni, aku akan kembali update blog seperti biasa.

Tuesday, October 07, 2008

Aidilfitri 2008



Its been so long. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. jutaan ampun maaf aku pohon pada semua rakan-rakan. Aku insan biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Tahun nie aku beraya di JB. Sememangnya mengembalikan nostalgia JB ni. Apa istimewanya beraya di JB? Aku rasa terlalu banyak. Mercun di jual merata-rata, walaupun sekarang dah ada larangan menjual mercun. Raya di JB tetap macam raya 20 tahun dulu. Suasananya sama. Malam sebelum raya, aku dan adik beradik aku sibuk menganyam ketupat. Well, adik beradik aku jer. Aku tengok je. Meriah betul. Usik mengusik sepanjang masa. Nenek aku sibuk masak kuah kacang untuk ketupat, buat rendang untuk lemang dan banyak lagi la.
Kemudiannya aku dan family pergi ke Pasar Besar Pandan. Shopping raya. Pasar besar pandan memang best. Sama macam Gerbang Malam di Ipoh tapi 5x lagi besar dari Gerbang Malam. Orang jangan citer la berapa ramai. Nak berjalan pun susah. Padat sangat. Barang-barang pun murah-murah. Aku tak shopping. Tahun nie moto aku adalah "beraya dengan berjimat cermat". Ada sebab tuh. Huhuhu. Bayangkan kalau jalan 3 Line boleh jammed dekat Pasar Besar Pandan tuh. Agak-agak berapa ramai manusia tu yerk.
Di pagi raya, aku kol 6 pagi dah bangun. Mandi sunat hari raya dan kemudian solat subuh berjemaah dengan ayah aku. Pastu bertakbir. Seronok bertakbir. Perkara jarang-jarang buat kan. Kemudian pergi solat raya. Yang bestnya aku beraya gi kampung nih, time nak solat raya tuh, ramai giler kawan-kawan sepermainan ada. Ada dekat 50 orang kot. Kitaorang lepak luar surau tuh, sembang-sembang dulu. Tanya-tanya khabar masing-masing. Bukan senang nak dapat jumpa. Ada yang dah berbini dah. Lepas solat hari raya, aku balik umah. Macam biasa, masa untuk bersalam-salaman dengan seisi keluarga, memohon ampun maaf. Time nih memang sayu la. Ada jer yang mengalir airmata.
Lepas tu, kitaorang bersiap. Nak pergi beraya di Singapore. After 15years, aku akan masuk ke Singapore semula. This time, aku drive sendiri. myvi aku dah berjaya menjejakkan tayar ke Singapore la ni. Haha.... Sebagai dugaan pertama, aku dok dalam jammed selama 4 jam. Aku dah nak berjoget dah dalam kereta tuh. Lama betul. Tapi akhirnya berjaya juga sampai ke destinasi. Rumah Tok Yam. Actually, nenek sedara aku. Dapat la jumpa-jumpa balik, bergurau-gurau dengan diaorang.
Wah, panjang juga story raya aku ni. Ok la, takpe-takpe. This part is about raya. Next part about reunion after 14years oke! Till next part, wish you all the best.

Tuesday, August 26, 2008

Update Trip To Kota Bharu

I'm back!!!!

Laungan penuh semangat tu. Lama gila aku tak update blog ni. Rindu. Bukan tak nak update, cuma takde sambungan internet. Celcom broadband amat la hampeh + selenge di KB. Lagipun, itu kan masa aku bercuti. Aku tak fikir kerja sikit pun. Bercuti menenangkan fikiran sepenuhnya. So, apa yang menarik di KB?

Soalan tu aku sendiri pun tak tahu nak jawap macamana. Kalau aku kata aku banyak habiskan masa aku dengan tido camne? Obviously, memang banyak habiskan masa dengan tido pun. Kuar pun kejap-kejap. Aku benci memandu di sana. Serabut. Diaorang drive macam tak pernah ambil lesen memandu. Terlalu banyak Trafic Light. Dah tu takde sensor lak. Trafic Light zaman kuno.

Wah, banyak gila aku kondem KB ni. Orang kelantan jangan marah yerk. PoV aku ni based on banyak-banyak tempat aku dah pergi. Even Perlis pun cantik lagi. Apa yang aku nampak, KB ni takde sistem perparitan yang sistematik. Aku tak tau la kalau KB ni advanced dengan buat perparitan underground. Keadaan rumah-rumah di sana pun berserabut. Susunan macam takde perancangan bandar. Pembinaan seolah-olah asal boleh pacak tiang, tangkap muat. Sedih juga la. Kata negeri yang berpegang teguh pada agama Islam. Even tamadun Islam dulu-dulu pun, dah ada perancangan bandar yang hebat.

Kalau nak di kira dari jarak tahunnya, aku boleh kata KB ni ketinggalan sekurang-kurangnya 10 tahun pembangunan. Terengganu pun dah maju gila dah sekarang ni. Takpe la. Maybe Nik Aziz belum jumpa lagi penyelesaian permasalahan ni.

By the way, waktu aku di sana, aku kuar lepak dengan kawan-kawan cosmopoint KB. Diaorang ni aku kenal waktu konvo di KL dulu. Dari segi ukhwah, aku suka orang Kelantan. Diaorang sangat kuat ukhwahnya. So, 1st aku hangout dengan Nadia. Just kuar makan jer malam 1st aku sampai. Aku gi layan Sup Torpedo. Boleh tahan la sedap dia. Siap Nadia belanja lagi tu.

Kemudiannya, aku jumpa akak angkat aku. Yang ni tragik sikit la. Kak Imah. 6yrs dah berlalu. Kami tak pernah jumpa pun dalam masa 6 tahun nih. Contact pun ada la sekali dua. Tue pun kebetulan. Finally dapat jumpa balik dengan dia. Tapi rasa agak awkward la. 1st, sebab dia dah jadi bini orang. 2nd, sebab aku dah lagi tinggi dari dia. Tapi, yang pasti kami tetap enjoy jumpa. Seronok sangat. Sampai jadi clueless nak cakap apa. Kak Imah lak dah merah mata tahan airmata. Sian dia. 6yrs beb! Kak Imah dah ada baby girl dah pun. Umur 5 bulan. Nurul Ainul Mardhiah. Sedap kan nama tuh. Katanya, kalau anak lelaki, nak namakan Mohd. Azdan Hariz. Wah, popular gitu nama aku. Terharu. Coz dia sangat la baik pada aku. Pertemuan kami singkat je. Tap aku janji pada dia, kalau aku datang KB lagi, aku akan bagitau dia. Next time, aku akan datang umah dia lak.

Next person ialah Siti Nora. Yang ni pun budak Cosmopoint KB juga. Lawaknya, aku takde contact no. dia pun. Waktu aku berkenalan dengan dia di konvo tu, dia jual mahal. Minta no. phone pun tak bagi. Suddenly, aku jumpa dia di KB Mall. Aku nak buat test mata, and dia jadi salesperson kat situ. Dia tengok aku pelik sangat. Last, dia tanya aku. "Saya macam kenal awak je?". Memang la kenal. Dia je sombong dengan aku. Gelak dia bila aku jawap macam tu. Terus kitaorang borak-borak. Tukar-tukar contact info. Siti Nora ni dah bertunang pun. Kawennya tak tau bila. Aku cakap, aku tuntut kad kawen dia. Jodoh pertemuan kan. Kenalnya di KL. Even tak expect pun akan dapat contact balik. Last-last boleh jumpa lagi. Rezeki.

Aku tak pergi jalan-jalan tempat menarik pun. 1st, sebab kamera aku ada orang guna, pastu tak charge bateri balik. Hampeh. Beria aku usung kamera tuh sana sini, alih-alih tak boleh guna. Takpe la, bukan rezeki. 2nd, taktau tempat menarik kat sana apa. Tanya orang KB pun diaorang taktau. Ini kan lagi aku. Hahaha.

On the way balik dari KB, aku ikut jalan pantai nak ke Kuala Terengganu. Best. Sangat cantik tempat tuh. Aku lalu Penarek. Berenti jap kat situ. Pekena Sotong Goreng Tepung. Marvellous. Aku suka Terengganu. Mak aku semalam suruh aku carik bini orang Terengganu. Yerla, akan anakanda usahakan. Aku di Terengganu singkat sangat. Sampai di Kuala Terengganu, aku terus pegi Pasar Payang. Shopping makanan Terengganu le. Kemudian terus drive balik Ipoh. Tapi, aku singgah Tasek Kenyir jap. Beli masak asam pedas ikan baung. Gila sedap. Memang tak dinafikan lagi. Mak aku order tuh.

Bila drive balik, hari dah hujan. Aku drive dalam hujan dah macam Initial D tuh. Hujan lebat and aku still pergi 100-120km/h. Biasa la. Nak cepat. Paling best jalan cameron. Time tuh pun dah kol 7 lebih. Dah gelap. Pastu hujan lak tuh. Jalan corner gila-gila. Seronok sakan layan corner. Tayar skidding pun takpe. Jalan basah, jadi tayar tak banyak abis. Hahaha. Finally, kol 8mlm aku sampai rumah. Tamat la pengembaraan aku.

Wednesday, July 09, 2008

Amsterdamng??

Tadi aku lepak dengan Noor & Faizal. Noor tak habis-habis citer pasal Trip dia ke Terengganu. Citer pasal penyu la, tempat dia stay la. Nie part yang aku gelak gila-gila.

Oldman: "Mu Mari Mana?" (Sorry for not loghat nganu sangat. :p)

Noor: "Saya mari dari Amsterdamng. Pakcik pernah pergi ker?" (Slang terengganu Noor :p)

Oldman: "Pakcik banyak kali dah pergi Amsterdamng." (Not once!)

"Amsterdamng". What the heck? Dush dush. (Knocking my head. It hurts :p) Ngee...

Orang nganu jangan marah erk. Hehehe.... Ada videoclip yang aku nak sangat publish kat sini. Funny o0o0o... Anak sedara aku cakap nganu. Cute sangat-sangat. Hehehe... (That can wait. Tak transfer lagi dalam komp. :p)

Tapi, dalam banyak-banyak citer best, ada gak yang tak best. Apa dia? Korang nak tau ker?

Noor: "Aku pergi Masjid Terapung. Yuk, kotor la. Eeee.." (Obviously)

Ai: "Aku pernah gak gi tempat tuh. Memang kotor. They should jaga tempat tuh. :-("

faizal: "Kotor camner tuh?" (Not yet been in Terengganu.)

Noor: "Ada ker toilet lepas direct dalam air bawah tuh. isk, geli aku." (Not so sure bout that.)

Ai: "Aku tau toilet dia tak bersih jer. Yang lain aku tak check. Air tasek tuh pun cam ngeri jer. Uweks." (It's gross!)

Camtuh la serba sikit luahan hati dari mereka yang pulang bercuti di Terengganu. rasanya boleh di pertingkatkan lagi. (Kerajaan Terengganu kena take note nih. :p)

Oke Oke. Why not we stop here. Dah meleret-leret dah ni. Karang last-last aku jadi pengulas politik Anwar Ibrahim lak karang. Ngee...

Saturday, July 05, 2008

Selepas Cuti-Cuti Malaysia JB Dan Melaka...




Fuh, cuti-cuti Malaysia sakan aku. Mana destinasi aku? Korang nak tau?

Aku pergi JB dan Melaka. Pergh, gila la travelling. Jom kita kira cost dulu ok.

Minyak: RM150 Sehala.

Tol: RM80 Sehala.

Enjoy: Aku belanja RM200 jer.

Total: RM660.

Sempoi tak? Cost saving kan travelling aku. Jom aku story dulu trip aku kat JB.

Day One:

Trip arinie cuma pergi kuar lepak jer. Aku kuar dengan Iman pergi shopping jap. JB dah takde aper dah bagi aku. Dah pusing habis.

"Apa aku beli?"

Aku beli seluar Jeans GA Blue jer sehelai. RM80 + free t-shirt. Ok la tu kan. Pastu kitaorang pergi makan. Plaza Angsana. Tuh destinasi kitaorang.

Malam pulak aku bawak Iman pergi pusing-pusing bandaraya JB. Lastly, aku bawak dia pergi ke Senibong. 1 kawasan yang sangat la cantik pada waktu malam coz korang boleh nampak Pelabuhan Singapura dari situ.

"Abg Idan, tue port batam tuh. port singapura dgn port batam dekat jer." Ayat Iman tuh.

Betul ke tak port batam boleh nampak dari senibong tuh, aku pun tak pasti. Tapi, the view is superb.

Day Two:

Nothing much yang kitaorang buat. Actually tak kuar pun. Dok umah jer. Tolong-tolong che' apa-apa yang patut.

Petang sikit, baru la kitaorang kuar. Pergi beli Yong Tau Fu. Sedap tuh. JB nyer memang 1st class. Yong Tau Fu Kg Melayu Majidee. Recommended la pada sesapa yang nak cuba makanan JB.

P/s: Aku vomit giler-giler pastu sebab makan banyak sangat. + aku kena migrain. Uwaa...

Day Three:

Pagi tue before kitaorang bertolak ke Melaka, kitaorang pergi Kubur Arwah Ayah (Atok aku). Kitaorang sedekahkan bacaan yassin pada arwah. Sedih o0o0o.. It's been 4 years since he past away.

After that, our next destination is Melaka. Rumah Ayah Jie + Makcik Ayuni. Vroom, vroom.

Siapa diaorang nih? Diaorang nih sedara mara aku ler. Orang Terengganu ni. Ayah Jie keje kat Petronas, Makcik Ayuni lak cikgu. Diaorang nih ada anak 3 orang. Girls sumer. Kira Girls Power la nih. Hehe....

So, kitaorang kuar bersama la pastu. Tue pun pas aku sapu 2 mangkuk mee kari. Lapar o0o0o... Drive jauh dari JB.

Kemana kitaorang pergi?

Bandar Melaka yang bersejarah la. Per lagi.

1stly, kitaorang pergi strolling dekat A'Famosa. Best juga. Lots of people. Ada tourist, ada juga yang saja nak menyemak kat situ. Macam aku ler. Actually, this trip ke Melaka is so sudden, jadi takde plan yang betul-betul menarik la. But still, we'all have fun together.

After that, kitaorang pergi shopping sikit dekat Melaka Megamall. Best o0o0o... Tempat pun lawa. Duit pun kencang gak la kuar. Ok la, seronok juga. Tambah lak ada bidadari-bidadari tuh. Lagi meriah la.

"Apa yang aku shopping?"

Belacan, dodol, baju, and bla bla bla. hehehe... banyak juga tuh. The, kitaorang pergi makan. Lapar giler. Tue pun dah lewat juga la. Around 6 ++. We took lots of picture. I love my Olympus. Hahaha... (Free Commercials For Olympus, ::Cheers::)

Ok, it's time to stop I think. Later aku tulis secara lebih details. Actually, tangan miang sangat nak tulis blog nih. tak sabar-sabar. Till next time, "Renung-renungkan, dan selamat beramal.".


Next Trip:

10 July 2008 - Kajang
11 July 2008 - Kuantan-Terengganu-Kelantan.
13 July 2008 - Back In Ipoh.

Tuesday, June 17, 2008

Air Terjun Kalumpang - Trip Keboringan.

Iman beli ayor kelape. hehehe...

Atas titi gantung. Poyo!Ramai gila orang...
port best nih. Air deras & dalam.
Mencabar kan? Seronok mandi kt tempat air deras.

Wargh! Lama giler aku tak update blog. Bukan per, busy skit la sekarang nih. Aku dah mula buat bisnes dengan cara yang lebih teratur. Jadi, sentiasa kena buat ikut schedule.

Weekend aritue, dek kerana keboringan, aku pun start keta and terus gi lepak kat 1 tempat nih. Pergi makan seafood la. Sedap giler. Since aku nih peminat seafood.

Sebelum aku makan seafood, aku pergi mandi air terjun dulu. Tempatnya di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu. Air terjunnya best. Air dia sejuk giler. Tempat pun ok. Takpe, aku pun takmo tulis panjang. Per kata korang layan jer gambar2 nih. oke?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!