Pages

Thursday, November 06, 2008

LANGKAH PERMULAAN SATU JALAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Terlalu sibuk dengan kerja sekarang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kerja pula sekarang ni makin meningkat. Alhamdulillah, bisnes aku makin berkembang. Bersyukur sangat. Hujung minggu lepas, aku pergi berjalan ke Terengganu. Aku pergi dengan bakal isteri. Actually, saja nak hilangkan borink dan stress kerja. Kami pergi berjalan-jalan di Pulan wan Man aka Pulau Tamadun Islam. Ramai orang datang melawat tempat tu. Komen terkini yang aku boleh berikan setelah semua replika masjid siap ialah, fakta yang ada di dalam tuh perlu diperbetulkan. Cuba bayangkan, ada ayat yang berbunyi macam ni; "Di dalam kitan Al-Quran dinyatakan, tiada apa yang istimewanya masjidil haram". Walaupun aku ni bukan la seorang yang berpelajaran agama tinggi, tapi at least aku tau betapa pentingnya masjidilharam tuh kepada umat islam. Entah la. Yang pasti, banyak fakta tak tepat di situ. Kecewa juga aku sebagai orang islam dan rakyat Malaysia.
Setelah kami puas berjalan di situ, kami pergi ke Pasar Kedai Payang. Mencari barang untuk nikah. Lastly, bukannya beli barang nikah, tapi shopping pakaian. Tah apa-apa tah. Actually, aku sangat happy sebab bakal isteri ada join bersama. Balik ke tempat asal keturunan aku. Ada juga peristiwa lawak yang terjadi. bakal isteri aku tak pandai loghat terengganu, jadi bila di minta bayar sewa parking, dia jadi confuse. Loghat terengganu, seringgit + se'rial. Macam penggunaan mata wang arab juga. Ternganga la bakal isteri aku ni. ulat biji mata tengok kat aku. Aku gelak besar la. Apa lagi.
On the way balik ke KL, kami singgah di Kuantan. Pergi makan seafood di Tanjung Lumpur. Kedai ANA IKAN BAKAR PETAI. Sedap juga makanannya. Kami order sotong bakar, udang masak pedas, ikan kerapu masak stim, lonjok masak pedas, kepah masak halia, lala masak halia. Memang puas makan. Duit pun jangan kira la. But worth the money la makanan tuh. But it never can compete with Umbai, Melaka.
At 12 midnite, kami bertolak dari Kuantan. Destinasinya, Puncak Alam, Selangor. Dek kerana terlalu letih, aku berhenti tido di R&R Gambang. Agak lama juga. Until 3:30AM. After that, continue drive sampai ke Puncak Alam. Sampai pun dah already 6AM dah. Hantar je bakal isteri balik, aku terus pecut balik Ipoh. 180km/h dari rawang ke ipoh. Sejam jer.
Trip kali ni lebih bermakna sebab aku berjalan dengan bakal isteri. Bukan lagi status pakwe makwe. Pada kawan-kawan yang tertanya-tanya, maaf sebab aku dah semakin jarang update blog. Insya'Allah, selepas reda ketegangan fikiran aku ni, aku akan kembali update blog seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!