Pages

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, February 25, 2013

JJCM : Burger Bakar Taman Pinggiran Putra, Putrajaya.


Suasana di premis yang super relax.
Alhamdulillah....

Tercapai juga hajat aku sekeluarga nak makan burger bakar. Semuanya tak dirancang. Sedang seisi keluarga menonton TV, tiba-tiba isteri menyuarakan keinginan nak makan burger bakar. Sebelum ini pun ada juga aku suarakan hasrat itu, tapi tak tahu nak cari di mana. Setelah di 'publish' di facebook, ramai juga yang memberikan info lokasi burger bakar.

Tu dia Otai memasak. makannnn...
Setelah solat Maghrib, aku seisi keluarga terus keluar ke destinasi yang dituju. Burger Bakar Amir Garsia, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Kalau dari rumah aku, 5minit sahaja dengan menaiki kenderaan. Itu yang best tu.

Monday, March 05, 2012

Susu Tepung Bayi Punca Alergik?

Adra menangis sepenuh hati. Lapar susu. Kesiannya!

Hari ini aku nak bercerita pengalaman berkaitan susu tepung bayi. Perkara ini berlaku pada anak aku yang ke-2, Adra.

Anak aku yang sulong, Adni tiada masalah dengan susu tepung Dutch Lady 123 tu. Sedari kecil lagi dia minum, tiada tanda-tanda alergik. Lain pula jadinya pada Adra. Bila minum susu Dutch Lady ini, dia asyik menangis je. Aku dan isteri sampai tak tahu nak buat apa dah.

Sehingga pada satu tahap, Adra disyaki Acute Gastroenteritis. Food Poisoning. Seminggu cirit birit. sehingga punggung dia luka-luka. Dalam hati ini tuhan saja yang tahu. Sedih sangat. Sampai satu tahap, Adra di tahan di wad selama 3 hari. Dalam masa 3 hari itu, sample darah di ambil dan di uji. Keputusannya, sel darah putih Adra banyak. Mungkin ada kaitan dengan alergik susu dia.

Bermacam jenis susu kami beli. Sekarang kami nak bagi minum susu ini pula. Frisolac. Harapannya oklah. Saranan doktor juga. Kemungkinan Adra tak tahan dengan Laktosa yang ada dalam susu lembu. So, kena la tukar minum susu soya pula.

Untuk events terbaru Friso, sila klik sini.

Semua ibubapa wajib hadir dan cuba. Terbaek.

arizs

from {desk}

Friday, January 06, 2012

Makan Best?

Family Dinner At Umbai, Melaka.

Umbai, Melaka is one of the famous spot for seafood lover.

We had our time there last year, and its still give us the best impression ever.

And the price is affordable too.

Want to find places like Umbai? Check it here.




arizs


from {desk}

Wednesday, January 04, 2012

Monumen Alaf Baru

Adni berlatar belakangkan Monumen Alaf Baru.
Ibu bapa mana yang tak gembira tengok anak-anak mereka sihat dan cergas. Dari kecil lagi dah bagi macam-macam suppliment. Jom tengok nie. Bagus!

Sunday, January 01, 2012

Adra kena demam campak.

It's Painful.
Kesian anak aku yang ke-2, adra. Boleh pulak kena demam campak. Patut ler asyik merengek je. Alhamdulillah sekarang dia dah nak minum susu botol. Walaupun tak banyak, tapi adalah progress. Better than nothing at all. Berbintik-bintik merah penuh 1 badan. Takpelah adra. Nak membesar kan?. Hidup ini sentiasa ada cabaran, ini salah satunya.

Petang tadi kami 1 family keluar pergi tesco kajang. Actually nak pergi carrefour alamanda, tapi apakan daya, manusia berduyun-duyun di situ. Dah sampai kat alamanda pun time tu. Terus ubah hala tuju pergi tesco kajang. Kuranglah sikit orang dekat tesco kajang. Downside'nya pula, diaorang shoping sakan. 1 family bawa 2 troli penuh dengan barang. Tah berapa ratus sekali beli tu. Tujuan kami keluar ni nak cari kelapa muda untuk adra. Biasa la, kepercayaan orang tua-tua. Minum air kelapa cepat keluar campak. Nak cari yang fresh dari pokok, memang takde la. Beli jer la. Beli 2 biji kelapa dan pampers adni sekali. Habis RM50.

Time nak bayar memang seksaan. Beratur panjang. Mua pun tolak troli penuh barang. Kami queue 30 minit baru dapat bayar. Nasib badan. Pastu terus rushing balik rumah coz dah nak maghrib. Hope esok adra aian lebih sihat. Kesian dengar dia merengek je.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Thursday, May 12, 2011

Nama Bayi Itu...

Alhamdulillah. Saat aku menulis ini, anakku yang ke-2 telah pun diberi nama.

ADRA LIYANA bt. AZDAN HARIZ

Itulah nama puteriku yang ke-2. Semoga dengan nama ini, akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Nama-nama ini telah dipilih sejak 3 bulan yang lalu. Tapi untuk memilih 1 dari 3 nama, adalah sangat susah. Semuanya memiliki kelebihan dan maksud yang tersendiri.

"Puteri-puteriku, jadilah lilin yang menerangi sekeliling, sungguh pun hadirmu disaat cerah tak diendah, tapi wujudmu tika kegelapan didamba. Jadilah insan yang berguna, kebanggaan ibubapa. Doa papa dan mama sentiasa mengiringi kalian."

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

Saturday, June 26, 2010

Adni Liyana : 6 Bulan Sudah~

Yeay! Adni dah pun mencecah umur 6 bulan. Seronok tengok perkembangan dia. Sekarang ini dia dah pandai nak merangkak. 3 Step baru. Tapi progres yang baik lah tu kan. Menjulur ke depan jangan cerita lah. Dah macam komando. Sekejap je dah sampai ke depan. Habis dia tolong kemas semua barang atas lantai dekat rumah tu. Ragam pun makin banyak lah. Ada je skill baru yang dia buat setiap hari.
Last timbang, berat dia 6.5kg, tinggi pulak 65cm. 30 jun ni pergi klinik lagi untuk cucuk. Tengok lah berapa lak tinggi dia kali ni. Seronok nak tengok progres dia. Makin hari makin aktif, makin besar. Kalau nak tulis semua perkembangan dia, rasanya 3 hari 3 malam pun tak habis.
Hari itu, Adni jatuh dari atas kerusi. Adoi. Berderau darah kami. Takut jadi apa-apa. Nasib baik takde apa. Hehehe... Banyak pengalaman jadi ibu bapa nih. Ada yang seronok, ada yang sedih. Apa-apa pun, aku bersyukur. Rezeki Allah yang tak ternilai harganya, Adni Liyana Binti Azdan Hariz.

Adni Liyana Binti Azdan Hariz, 6-month.



"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Tuesday, April 27, 2010

Trancends : Kasih Sayang


Pastinya ramai dah tahu kan, little baby itu anak aku.
Sahaja nak wat posting kebapaan kat sini.
Sudah 4 bulan aku dan Lily hidup dengan kehadiran insan kerdil ini.
Yang pastinya, hidup kami jadi sangat bermakna.
Bahkan, lebih ceria. Setiap hari ditunggu untuk melihat sendiri perkembangan si kecil ini.
Dan, semalam si kecil telah pun berjaya mengoyakkan kertas flyer.
Itupun setelah separuh hancur dikunyah.

Manjanya si kecil ini bukan main.
Kalau ditinggalkan berseorangan di atas tilam, memang siaplah.
dia akan menjerit sekuat-kuat hati.
sampaikan kalau tengah mandi tu, memang tak sempat sabunlah.
Bila diangkat sahaja, serta merta tersenyum.
senyuman itu memang penawar hati.
Betul orang tua-tua kata, anak ini umpama ubat pada jiwa.
walau letih macamana pun, masih juga bangun melayan kerenah si kecil ini.

Aku berterima kasih pada isteri aku yang sangat memahami.
Kadang-kadang, dia seorang sahaja jaga Adni.
Aku balik kerja pun dah lewat malam.
Jam 1-2 pagi, baru tersembul di rumah.
walau macam mana lewat sekali pun, aku tetap akan cium dahi si kecil.
Terkadang aku peluk juga walaupun Adni tengah tidur.
Geram... hehehe.

Okaylah. Cukup setakat ini dulu.
Ada masa nanti, aku update lagi.
Merindui anak di rumah sekarang ini.


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Saturday, January 09, 2010

Myvi: Tragedi Di Cameron Highlands.



Kaboom, Ketebaboo...

Lebih kurang macam itu le bunyi kereta aku bila terbabas.
Aku pun tak sangka.
Tergamam beb. Bukannya senang aku nak terbabas.
Suasana hujan renyai-renyai menambahkan lagi sayu dalam hati ni.
Paling aku risau, kakak aku dengan anak dia.
Aku ni kalau patah ke, bengkok ke, takpe lagi.
Tapi kalau akak dengan anak buah aku,
susah nak menjawab nanti.
akak aku cedera juga. Kena 2 jahitan.
Anak buah aku ok. takde apa sangat.
cuma salah urat je pada jari dia.
Kereta aku tak penting.
sungguh pun kereta aku hancur, yang penting orang dalamnya.
Terbukti berkesan bucket seat tu.
Kalau tak, mungkin dah patah bahu akak aku.
Betul-betul grip badan, bucket seat tu.
Bila tengok-tengok, baru tau kereta aku dah hancur.
Tayar depan kereta aku dua-dua dah patah.
Bumper depan aku hancur. side skirt, side fender semua hancur.
Peliknya tingkap semua ok. Tak retak pun.
Mungkin sebab aku bawa slow je.
30km/h je tu. Time corner.
Tahla. sekarang ini aku takde kereta.
susah hati aku.
Macamana aku nak kerja.

Cari motor camnie la? Ada berani?

 


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Saturday, December 26, 2009

Sinar: Adni Liyana


Hola,

Ni kat sini aku nak tunjuk sesuatu yang sungguh dasat. Inilah gambar terbaru. Sinar hidup aku. Adni Liyana Binti Azdan Hariz. Anak aku dilahirkan jam 12:08 tengahari di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Aku bersyukur sangat ke hadrat Ilahi. Tak ada yang lebih penting dari keselamatan dan kesihatan anak dan isteri aku. Bersyukur sangat kerana selepas 6 jam yang mencemaskan, akhirnya dia lahir ke dunia.

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Wednesday, December 02, 2009

Quick Update I

Hola!

Lamanya aku tak update blog. Adakah aku dah tak berminat blogging lagi? Tidak! Sama sekali tidak. Cuma ruang masa je yang kesuntukan. Apa pun, aku masih bersyukur punya peluang untuk menulis lagi. Rasanya, kalau nak menulis cerita merapu pun, orang akan baca juga. ramai yang ternantikan update tentang kehidupan aku sekarang. Terima kasih pada reader, dan juga pada super hidden reader.

Seperti biasanya, biarlah aku updatekan blog ini dengan status baby dalam kandungan isteriku. Alhamdulillah, semalam saat perginya dia untuk pemeriksaan bulanan, kami telah pun diberitahu akan jantina baby kami ini. Dan tepat sekali sangkaan aku sedari awal lagi, kami akan menimang cahaya mata perempuan. Syukur alhamdulillah. Ini bermakna anak kami akan jadi cucu perempuan pertama dalam keluarga AHA. Namanya pun telah kami fikirkan. Cuma tak perlulah diberitahu disini. Tunggu sehinnga si comel itu lahir nanti.

Persiapan untuk menyambut kehadiran si comel pun sangat simple. Malahan, belum sepenuhnya siap pun. Tunggu pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik dia bagi hadiah saja. Jadi, korang semua kena la bagi hadiah. Hehe. Tinggal lebih kurang 2-3 minggu lagi sebelum si comel lahir. Aku pun sibuk dengan kerja dan kedai aku. Harapannya sema berjalan lancar.

Bercerita tentang kedai aku, belum beroperasi sepenuhnya. insya'allah dalam 2-3 hari lagi aku akan mula buka dari pagi sehingga malam. Terpaksa tunggu adik aku habis spm dulu. Sebab takde orang nak jaga kedai tersebut. Aku ingin meminta pada kawan-kawan semua, sekiranya ada artwork atau hasil seni tangan kalian, boleh la kiranya hantar pada aku. Aku nak pamerkan di kedai aku. Tujuan untuk mencantikkan kedai je.

Ok la. Aku perlu berhenti menulis dulu. Kena pergi mandi. Sekejap lagi perlu keluar berkerja. Apa pun, terima kasih pada kawan-kawan semua yang sudi membaca blog aku ini.

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Wednesday, August 05, 2009

Perasaan Pertama Kali Rasa Baby Bergerak-Gerak.

Yahoooooo! Hoooray!

Last night sebelum tidur, aku pegang perut wife. Bukan apa, wife dok kata baby aktif sangat. Kiranya bapak baby ni nak tolong bagi baby diam ler. Sekali time aku tengah pegang tu, baby sepak tangan aku. Terkejut. Sangat sangat. Suddenly rasa blood flowing to every single nerves dalam badan aku. Excited, unbelieveable. Terkejut sebab satu nyawa bergerak-gerak dalam perut wife. Dan nyawa tu pewaris kami berdua. Excited sangat sebab tak pernah rasa. Ini kan 1st baby. Jadi expectation is high.

Jadi malam tadi, aku hanya pegang perut wife. Terasa pergerakan baby tu. Sampai la tertidur aku buat macam tu. Seakan 1 ketenangan setiap kali baby bergerak-gerak. Dada rasa lapang seolah-olah hidup ini dipenuhi ketenangan hakiki. Memang tak terkata perasaan itu. Echo pun ada sama. Dia lagi suka urut perut wife aku. Hari-hari mesti dia urut perut wife aku. Kucing ni kalau urut tu tanda dia nak minum susu. Tah kenapa kucing aku yang seekor ini pelik sikit ragamnya. Dah besar tapi still manja. Tidur pun dengan kami. Kami selalu cakap; "nanti baby ada, echo jaga baby okay".

Alhamdulillah, walaupun terasa kesesakan dan cabaran sekarang ini, tapi hidup masih lagi bahagia, tenang dan ceria. Tak ada lain yang aku minta setiap kali berdoa, mohon diberi ketenangan kapada kami sekeluarga, keselematan dan jadikan anak-anak kami orang-orang yang soleh dan solehah. Aku makin memahami perasaan mama dan abah bila diaorang mendidik dan menjaga aku dulu.

Sincerely;

Monday, July 20, 2009

2 kucing baru. Yay!




Assalamualaikum. Sorry kawan-kawan semua. Lama tak hapdet. bukan tak mahu update, tapi kurangnya masa nak hapdet. Kerja pun banyak yang tertangguh. Siapa la yang nak tolong buatkan kerja ni kan?? Ok! Berita terbaru sekali ialah kucing-kucing aku dah bertambah kepada 8 ekor. Mana datang 2 ekor lagi? Tadi siang, elok aku nak naik ke rumah aku(rumah aku tingkat 3), aku dengar bunyi kucing mengaum.... aku pun cari la ala-ala gaya james bond... akhirnya, aku jumpa juga kucing tu. 2 ekor kucing jantan. Kecik lagi pun. Tapi super duper cute. Sekarang ni tengah nursing 2 ekor tu la. Takpe pun. Yang lain dah pandai dah dok luar cage. tak heran pun.

Dalam pada tu, loan rumah aku dah pun approve. 20 tahun loan. RM805 sebulan. Aku tak kisah. Janji aku ada rumah. Once aku dah masuk rumah ni, tau la aku usahakan duit tu. Buat pengetahuan yang tak tahu lagi, aku ni kerja sendiri, so duit tu bergantung atas usaha aku. Sementara ni, rumah aku tu takkan di ubahsuai. Maybe dah ada duit banyak sikit nanti, baru ubahsuai.

Ok la. Korang nak tengok gambar cat aku yang terbaru. Tapi cat aku ni pemalu lagi. Harap bersabar la dengan kualiti yang kureng menarik ni.

Sincerely;

Wednesday, June 24, 2009

Dari Semalam~~

Brader Botak: New Image!

Kadot: I'm sleeping, boss!

Sotong Bakar: Wife'ku Masak. Sodap!

Sambal belacan: Pedas sampai menjilat jari!

Tuna Attack: Kadot Dan Stokin Kerjakan tuna mayonis aku.

Sejak malam tadi, aku dok menghadap komputer ni. (Bukan tengok forex k.) Aku dok mencari ilham untuk buat website. Dah naik beku otak aku. Bukan susah, tapi entah la. Macam kurang fokus je aku ni. Sesiapa ada idea nak wat web yang gempak-gempak?? Ajar-ajar la pada aku.

Serabut kepala otak aku nak wat webdesign ni. Bukannya aku tak reti, tapi tu la. Fokus tu takde. Selalu aku buat ok je. Kali ni lak rasa cam payah sangat. Aku try guna Dreamweaver, pun cam pening je. Ke aku yang pening sebenarnya?? Dalam pada tu, aku dok ajar isteri aku buat blog. Sesaja nak bagi dia ada kerja nak buat dekat rumah. Dia nak tulis apa tu, tak kisah la. Janji ada tempat dia hilangkan stress dia. Sian juga dia dok rumah je. kerja dengan aku pun, bukannya kena keluar.

Sekejap lagi, aku nak kuar. Aku kena pergi pasang kipas di sekolah. Aku sekarang ni semua kerja pun buat. Kontraktor la katakan. Tapi aku enjoy dengan kerja aku. Walaupun letih sikit kerjanya. Dan sekarang ni, janji kerja halal dan boleh buat duit, aku sapu je. Orang dah berkeluarga kan. Mana ada choice lagi untuk pilih kerja. Semua kena buat. Adoi.

Ops, terlupa lak. Semalam wife masak sotong bakar dan juga sambal belacan. Wife tak pernah buat sambal belacan. Katanya busuk bau belacan tu. Tapi semalam dia buat juga. So, aku pun try ler sambal belacan dia. Sedap tu. Haih, berisi juga ler aku ni nanti. Dah berisi dah pun. Berat dah naik, badan dah tough. Haha... Pakej perkahwinan tu.

Korang nak tengok kucing aku tidur tak. Hehe... Ni namanya "Kadot". Sebab apa Kadot?? Sebab badan dia 3 warna, pastu bertompok-tompok. Kami panggil polkadot awal-awal dulu, tapi sekarang tinggal kadot je. Cute dia ni. Kalau makan, sampai tertidur dalam bekas makan dia tu. Muka memang tak boleh cium. Pasal bau makanan dia. Dia ni baka kacuk siam, tapi sekarang ni dah tak macam siam. Dah macam kucing luar. Bulu kembang je. Memang cantik. Cuma slacknya, ekor kontot. Huhu... By the way, dia memang suka tidur atas CPU aku. Favourite spot dia. Maybe sebab panas kot.

Ok le. Sampai sini dulu aku menulis, sekarang terasa rajin nak menulis blog. Kepala pun dah botak. Huhu....

Sincerely;

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Persandingan Kami~~







Hari sabtu baru ini adalah hari persandingan aku dengan isteri. Haih, nak kata rasa excited sangat tu takde la. Dah lama nikahnya. Even isteri pun dah mengandung. Tapi masih meriah pesandingan tu. Kawan-kawan datang meraikan, saudara mara pun ramai.

Aku bertolak dari ipoh jam 11:30 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Manakan tidak, kereta bersambung-sambung. Punya la banyak. Untung juga sebab Abah yang lead konvoi. So, kami boleh speeding la. Kami sampai sekitar jam 1 petang. Sebaik sampai ke rumah pengantin perempuan, kami disambut dengan kompang. Meriah sungguh majlis tu. Ramai orang datang. Aku ni punya la gabra, siap pakai spek hitam lagi. Budget hensem la konon.

Bila masuk duduk atas pelamin, ada la budak-budak kompang ni bersilat depan kami. Haih, silat pun macam pow duit jer gayanya. Tapi kiut la budak-budak tu bersilat. Seronok tengok persembahan tu. Thanks pada Dylla, Liya, najwa, Yatie yang datang dari KG. Gajah meriahkan lagi majlis aku. Aku hargai sangat kehadiran korang. Tak lupa juga pian, fairus dengan paipit. Apa-apa pun, korang tengok ler gambar ni ye. Pictures Tell Lots Of Meaning.


Sincerely;

Thursday, May 28, 2009

Lagi Keluarga Baru Kami~

Sayu melihat wajah isteri aku. Kesian dia. Masih lagi mabuk-mabuk. Tak kira masa dan tempat. Haih, aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Cuma boleh bagi moral support aje la. Terkadang, aku naik hangin juga. Ragamnya tak menentu. Tapi, syukurnya aku ni dah pandai kawal perasaan marah. Boleh dilayankan juga kerenah dia.

Esok, ada majlis meraikan aku dan isteri di sekolah mak aku. Wah, ada 800 student tu. Memang dasat la wedding aku. Huhu... Thanks mama sebab anjurkan majlis ini. Nervous tu. Haih, hopefully takde la lawak spontan esok.

Terlupa nak story pasal family member kami yang baru. Nama dia "Gori". Baka Maine Coon. Bulu dia macam harimau dahan. Besar dah pun. Panjang dari kepala sampai ekor dekat nak sampai 1 meter dah. Tapi masih lagi di vet sebab dia sakit. Sedih waktu mula-mula aku adopt dia. Kurus sangat. Maybe kena dera kot. Gori memang tak percaya langsung pada manusia. Aku nak pegang pun dia tak bagi. Tapi sekarang ni dia dah bertambah baik. Makan pun dah ok. Berselera je. Syukurlah~

2 ekor baby cat tu pulak baka mix siam. Seekor pokadot, seekor lagi stokin namanya. Sangat aktif dua ekor ni. Tak terlayankan mainnya. Rumah ni dah macam ruang main diaorang je. Including Poteh, memang berselerak rumah ni. Kadot dengan stokin adik beradik. Mata biru. Takde la biru jewel cam kucing siam original, tapi still shining ler. Tabby pun. Geram je tengok.

And ada seekor lagi belum bernama. Kucing liar. Aku tangkap belakang kedai mamak. Mix cat gak ni. Bulu ekornya memang menarik. Macam mata lembing. Kembang je. hari tu aku mandikan dia sebab banyak sangat kutu. Korang tau apa aku dapat?? 2 gigi taring tembus kat ibu jari aku. Bisanya memang tak tahan. Sekarang ini pun still terasa lagi sakitnya. Apa-apa pun, aku sayang kucing ni. Tak kisah la gigit aku ke tak. Still kucing-kucing ni sangat cute.

Wah, banyak juga aku tulis erk. Aku better stop sekarang. Dah kol 1:32 pagi dah ini. Wife pun dah tidur lena dah. Better join dia tidur. Esok aku nak kena bangun awal, nak balik kampung kejap. Tengahari dah nak pergi majlis dekat sekolah mak aku. Petang pulak aku kena pindahkan barang-barang dari rumah aku ni ke kedai merangkap opis aku. Banyaknya kerja aku. Anyway, wish me luck k ppl... Take care all...

Daa~ Wassalama~~


Sincerely;

Thursday, May 14, 2009

Ahli Keluarga Baruku~~




Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang sekarang? Aku sekarang ni macam biasa la. Happy and steady. Hari ini baru je beli kucing. Baka domestic je, tapi medium hair. Cute sangat. 4 bulan umur kucing aku ni. Aku dah pun namakan kucing ni. Nak tau nama dia?? Nama dia "Poteh". Sure korang wonder napa nama dia cam pelik sangat. Actually aku pergi beli kucing ni dengan anak buah aku, Adam. Biler tanya wife aku nak namakan apa, wife aku pun tak boleh nak fikirkan 1 nama. Pastu adam lak sebut putih "Poteh". Dia kan pelat. So, kita orang amik la nama poteh tu jadikan nama kucing kitaorang. Wife pun setuju nama tu.

Warna bulu Poteh putih coklat. Actually aku ni tertarik hati dengan kucing bulu kelabu maroon. Ada la aku terpandang hari tu. Dekat mana pun aku tak ingat. Haih, kalau la dapat kucing tu, sure aku bela elok-elok. Tapi, takpe la. Kucing pun makhluk Allah juga. So, kena la pelihara elok-elok. Tadi berbual panjang dengan Abang Amir, Brader yang jual kucing ni. Tanya dia penjagaan kucing tu macam mana. Banyak juga la info yang aku dapat. Harapnya aku boleh la bela Poteh elok-elok.

Sangat la kuat main Poteh ni. Memang habis rumah aku. Untung aku dengan wife tak kisah. Seronok sekarang ni. Rumah dah meriah. Nanti ada baby lagi meriah.

Ok la. Kat sini aku attach gambar Poteh. Kalau korang ada nak bagi kucing baka luar, roger la kat aku. Jantan dan berumur 4 bulan.

"Poteh, Welcome to the family."

Sincerely;

Sunday, May 03, 2009

Teluk Batik~~




Bonjour!!

Hari ni aku dan wife pergi Manjung. Saja lepak di Teluk Batik. Nak berehat sama. Dah letih bekerja. Seminggu ni memang meletihkan. Bekerja macam nak pengsan sekarang ni. Seronok pergi Teluk Batik. Jam 2:30 baru bertolak dari Ipoh. Sebelum tu kerja dulu. Wat servis laptop customer. Sian wife tunggu lama gak dalam kereta. Nak kata camner kan, dah keje suami dia macam tu.

Dalam perjalanan, takde apa yang menarik pun. Sekarang memandu dengan berhemah. 60-90km je sekarang ni. Wife dah bawak baby, so kena la hati-hati. Taknak menyesal kemudian hari. Dalam perjalanan pun, hari dah mendung. Dalam hati dah mengagak dah, ni kalau sampai teluk batik, sure hujan punya. Tapi perjalanan diteruskan juga. Sekitar 3:30 sampai di Teluk Batik. Ramainya orang. Diaorang ni taknak balik ke? Hari nak hujan dah ni. Kami terus jalan-jalan. Kot la boleh dapat spot yang ok. Tapi semua dah occupied le. Ramai sangat orangnya.

Kebetulan pulak jumpa dormate sekolah asrama dulu. Kawan form 1 dulu tu. Haih, lamanya masa berlalu. Tak jangka boleh jumpa balik. Dia pun dah lain. Berbeza sekarang ni. Happy sangat dapat jumpa kawan lama. Tak dapat sembang lama sebab hari hujan. Aku dan wife pun angkat kaki ler. Malas nak tunggu. Next destinasi kami ialah lumut. Sampai sana, terus pekena mee udang dekat d'muara. Sedap la juga. Tapi tak boleh lawan mee udang di Taiping. Sambil tu, ada la street performer ni datang perform dekat tempat kami makan. Sempat la aku snap 2~3 gambar untuk tontonan korang semua.

Best brader ni perform. Suara pun boleh tahan le. Aku ada wat video. tak pasti le korang boleh dengar ke tak. Apa-apa pun, harap korang enjoy video ni. Trip kami berakhir jam 6 petang. Nak buat apa dok lumut lama-lama. Borink tu. Wife pun tak berapa ok. Dia asyik loya je. So, baik la kami balik cepat. Harap nanti dapat pergi Pangkor pula. Bercuti di sana~~.

p/s;
video update later. Tengah compile~~

Sincerely;


Tragedi: Wife Pergi Emergency~~


Orait. Hari ini double post ok!

Malam semalam, lepas solat maghrib, wife cakap perut dia sakit. Aku risau juga. Terus tepon Along. Risaunya dalam hati. So, after discuss dengan along, dia suggest pergi hospital untuk checkup. Aku pun bergegas siap. Bawak wife pergi emergency. Haih, dalam hati tuhan saja yang tahu. Walau kat luar, I'm cool. Sepanjang perjalanan, macam-macam berlegar dalam otak aku ni. Bermacam doa aku baca. Harapan moga wife dan baby sihat.

Sampai di Hostipal, terus pergi emergency. Terus check darah, buat urine test dan test blood pressure. Everything ok walaupun wife ada tekanan darah rendah. Very dangerous pada ibu mengandung as you will tend to collapse a lot. After checking dekat emergency, doktor forwardkan kes wife pada EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit). Dekat situ, wife diperiksa lagi oleh doktor. This time, doktor ambil medical history wife. Tanya samada ada masalah kesihatan atau alahan dan macam-macam lagi.

Aku ini dah serabut. Tapi tersenyum je. Buat macam takde apa-apa. Muka confident je. Taknak la tambahkan lagi risau hati wife. Jam 11 malam, baru semuanya selesai. Doktor dah bagi diagnosis pada aku. Wife kena urine infection. Perkara biasa ibu mengandung kena. Lega juga la dengar. Tapi, ada follow up 2 minggu lagi. Tak kisah la, asalkan wife dan baby sihat. Lepas selesai semua, kami terus pergi makan. Lapar....~~


Sincerely;

Saturday, May 02, 2009

Birthday Adam.





"Selamat Hari Lahir Ke 3 Tahun Adam!!"

Semalam, lepas solat jumaat, kami sekeluarga pergi Hi-Tea di Hotel Excelsior Ipoh. Sempena menyambut hari lahir Adam. Siapa Adam? Ini la anak buah kami yang paling best. Tu je pun anak buah yang ada. Majlis bermula pada pukul 3 petang. Walaupun aku dan wife sampai lewat sikit, tapi kedatangan kami dinantikan. Maklum la, kami kan bawak kek Secret Recipe. Korang nak tengok kek tu? Design memang gempak. Adam sampai terjerit-jerit tengok.

Wife tak larat sangat waktu nak pergi tu. Kesian juga. Tapi nak tinggalkan sorang-sorang kat rumah lagi la kesian. Sampai sana, aku makan sungguh-sungguh. Memang lapar pun. Tengahari memang tak makan lagi. Wife makan juga, tapi tak larat. Dia dok loya dan muntah sepanjang hari.

Apa pun, selamat hari lahir adam. Pak Lang dan Mak Lang doakan Adam sihat, selamat sentiasa.


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!