Pages

Tuesday, April 27, 2010

Trancends : Kasih Sayang


Pastinya ramai dah tahu kan, little baby itu anak aku.
Sahaja nak wat posting kebapaan kat sini.
Sudah 4 bulan aku dan Lily hidup dengan kehadiran insan kerdil ini.
Yang pastinya, hidup kami jadi sangat bermakna.
Bahkan, lebih ceria. Setiap hari ditunggu untuk melihat sendiri perkembangan si kecil ini.
Dan, semalam si kecil telah pun berjaya mengoyakkan kertas flyer.
Itupun setelah separuh hancur dikunyah.

Manjanya si kecil ini bukan main.
Kalau ditinggalkan berseorangan di atas tilam, memang siaplah.
dia akan menjerit sekuat-kuat hati.
sampaikan kalau tengah mandi tu, memang tak sempat sabunlah.
Bila diangkat sahaja, serta merta tersenyum.
senyuman itu memang penawar hati.
Betul orang tua-tua kata, anak ini umpama ubat pada jiwa.
walau letih macamana pun, masih juga bangun melayan kerenah si kecil ini.

Aku berterima kasih pada isteri aku yang sangat memahami.
Kadang-kadang, dia seorang sahaja jaga Adni.
Aku balik kerja pun dah lewat malam.
Jam 1-2 pagi, baru tersembul di rumah.
walau macam mana lewat sekali pun, aku tetap akan cium dahi si kecil.
Terkadang aku peluk juga walaupun Adni tengah tidur.
Geram... hehehe.

Okaylah. Cukup setakat ini dulu.
Ada masa nanti, aku update lagi.
Merindui anak di rumah sekarang ini.


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

2 comments:

  1. wei, bro...

    sehat ke???

    aku lom penah jumpe adni...udah nampak beso yek...

    ha, tu lah...jaga lily baik2...
    jangan ko wat perangai, kang aku sekeh je...

    haahahaaha...

    ReplyDelete
  2. Ceh... indah sungguh bahasamu itu.
    takdenya aku wat hal.
    aku jujur dan setia.
    nanti ler aku bawak ko jumpa adni.
    skrg tgh busy kje.
    mmg xde byk masa sgt skrg nih.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!