Pages

Thursday, May 20, 2010

Trancends: Hanya Bicara III

Semalam, adalah wife aku chat dengan seorang insan ini. Terpanggil pula aku nak menulis tentang apa yang di chatkan. Gayanya sombong, meninggi diri. Tiba-tiba je tanya berapa hutang kami. Jujurnya kami jawap, RM500,000 hutang perniagaan. kemudian insan ini tanya pula berapa banyak wang pernah kami pegang dalam tangan. Kami pun jawaplah, RM300,000 cash kami pernah pegang. Secara berlagaknya insan ini berkata, "itu sikit lagi. Saya pernah pegang RM400,000,000." Tuan dan puan, insan inilah jutawan paling kaya dalam Malaysia. Kerana beliau pegang duit cash RM400,000,000. Beliau jugalah insan yang paling dicari oleh LHDN.
Kami sengaja melayankan sahaja. Nak tengok "auta" insan ini. Tuan puan, Bank Negara Malaysia sekalipun takkan membenarkan tuan puan pegang duit cash RM400,000,000. Tuan puan memang mengundang maut, menjemput mati dengan cepat. BNM hanya akan keluarkan bon berbentuk sijil. Hanya orang yang betul-betul berani dan ada ratusan bodyguard sahaja yang berani keluarkan RM400,000,000 cash. Ini cuma pengetahuan aku. Kalau silap, sila postkan detailnya. Mungkin berguna dikemudian hari.


Inilah dia insan yang hipokrit. Hanya kerana nak mengajak orang join bisnes beliau, sanggup menipu. Kenapa tak cakap sahaja yang beliau ada sedikit harta. Selesa dan mampu membantu orang lain. Lantas, aku menegur isteri aku. "Jangan jadi seperti insan ini. Cukup kita berkata jujur dengan apa yang kita ada. Sekurang-kurangnya orang tidak membenci". Kami sendiri pun berasa menyampah. Bukan cemburu dengan harta yang dia ada, tetapi meluat dengan rasa berlagak dan tinggi dirinya. Lagi meluat kerana insan ini menipu tetapi bodoh dalam penipuannya.
Insan ini juga ada bertanya pada kami, "Dah pakai Merc ker?". Seolah-olah itu syarat perniagaan. Lantas kami balas dengan sinis, "Tak pun. Pakai Myvi sahaja. Hutang banyak nak bayar. Taklah nanti mati berhutang. Orang yang tak bijak sahaja menambahkan hutang sedia ada".
Tuan puan nilai lah sendiri moral dari apa yang aku tuliskan. Penilaian setiap orang berbeza. jikalau perlu, tuliskan di bahagian komen penilaian tuan puan. Sekadar buat renungan semua insan.

~Adios

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

3 comments:

  1. wei,
    org tu tanya sbaris ayat je, ko jawab 10 baris terus...

    hahahahaha...

    begang btul jawapan tu ek...

    ReplyDelete
  2. idan,akak rasalah kan,org mcmni takde lah kaya mana pun kot. biasa org kaya2 tak canang kat org duit ada berapa, cash dlm tangan berapa etc. i mean, tu gelagat org yg tak berapa nak kaya:p sabarlah yer.
    tak semestinya kaya kena pakai merc. org kaya maintain pakai MyVi lagi byk duitnya berbanding orang kaya pakai Merc, sbb takperlu maintain merc yg ntah berapa ribu sebulan;)hehee..

    ReplyDelete
  3. tu arr... cam berlagak sangat. kalau dah kaya sangat, gi sedekah. banyak lagi umh anak yatim yang takde lampu. biarkan je orang camni. tak membantu kita pun. bukan motivasi, nak push pun takde.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!