Saturday, November 09, 2013

Travelog : Bukit Fraser, Pahang. (Part 1) - Bilik Hotel

Syukur Alhamdulillah. Setelah merancang hampir setahun, berjaya juga trip ke Bukit Fraser Pahang ini. Permulaan idea untuk trip ini adalah apabila aku melayari laman web rumah peranginan persekutuan. Rumah peranginan persekutuan ini hanya dikhaskan kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan. Sewa yang ditawarkan juga sangat murah. Serendah RM50/malam mengikut bilik yang dipilih. Aku memilih bilik besar yang dilengkapi 1 unit katil King Size dan 1 unit lagi katil single.

Perabot dalam bilik ini boleh dikatakan sangat lengkap. Ada tv lcd 32 inci, almari pakaian, peti sejuk, almari alat solek dan sofa. Kemasannya juga boleh dikategorikan A+. Bilik ini sangat luas dengan bukaan lebih kurang 20m x 10m. Pada anggaran kasar aku lah. Memang sangat selesa.

Selain itu, bilik ini terletak di dalam sebuah banglo besar yang menyediakan dapur masak, ruang tamu dan ruang makan yang semuanya lengkap berperabot. Jadi, percutian kali ini menawarkan suasana rumah yang 'real'.

Kedudukan rumah peranginan persekutuan ini sangat strategik. Jauh dari bising kenderaan dan terletak tinggi di puncak bukit. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan privasi ataupun ingin berbulan madu. Cuaca pula sangat sejuk. Seperti tanah tinggi yang lain, sediakan pakaian sejuk secukupnya.

View gambar untuk lebih detail. Akan bersambung dalam part 2.

Wednesday, November 06, 2013

PIIACUF - Putrajaya Int'l Islamic Art & Culture Festivals 2013

Ramai yang blur dengan tajuk ni kan. Kebetulan aku jogging di kawasan ini, jadi aku luangkn masa sedikit untuk ambil beberapa gambar. Lebih kebetulan lagi, Azlan & The Typewriter sedang buat persembahan. Jadi, sempatlah ambil gambar mereka.

Sedikit info mengenai PIIACUF ini ialah ianya majlis berunsur kerohanian dan islamik. Bersempena dengan Maal Hijrah. Sedihnya, walaupun program kerohanian ini diadakan, tak ramai orang kita yang pergi. Tapi kalau konsert K-Pop tu, bersesak-sesak pula. Lepas itu, salahkan kerajaan sebab tak buat program keislaman. Aduhai bangsaku!

Tersasul pula beremosi sedikit di situ. Di PIIACUF ini juga, dipamerkan hasil seni islam dari Andalusia. Seperti dari negara Morocco, Iran dan banyak lagi lah. Datang dan saksikan sendiri keunikannya seni islam dari Andalusia ini.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 10 November ini bertempat di Dataran Perbadanan Putrajaya, berhadapan dengan istana kehakiman.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ini.
http://www.piiacuf.com/

Friday, October 18, 2013

Tech: " Do It Yourself " Studio Lighting Box

Tech: Custom Studio Lighting Box
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Akhir-akhir ini, aku agak stress sebab kebanyakan gambar produk yang di ambil, pixel'nya pecah. Akibatnya, bila nak buang background dalam photoshop, adalah sangat susah. Tension!. Lastly, aku google idea untuk buat Studio Light Box dalam bilik kerja aku. Kriteria utama aku ialah murah dan kebolehgunaan. Dalam pada itu, aku bertanya-tanya juga pada sifoo fotografi di area rumah aku. Alhamdulillah, sifoo sanggup tolong binakan Studio Lighting Box bersama.

Material yang digunakan adalah paip pvc. Ini adalah untuk memudahkan kerja pada masa depan. Sekiranya box ini perlu dibesarkan, cuma perlu beli pvc lain dan besarkan seberapa yang dikehendaki. Fleksibel itu penting. Untuk lampu, aku gunakan 3 biji lampu kalimantang yang pendek. Kalau korang berduit, belilah lampu yang high grade. Untuk lapik, aku gunakan hardboard. Sebabnya, hardboard itu perlu dilentur seperti dalam gambar itu. Untuk buat base supaya subjek boleh diletakkan di atas tu. Make sure putih ataupun hitam background'nya.

Hasilnya??? Jom tengok gambar-gambar di bawah ini.

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot
Untuk smooth'kan shadow itu, malam ini aku akan beli kain putih. Kain putih itu balut pada lampu kalimantang untuk smooth'kan warna dia. Esok aku akan publish hasil terkini setelah Studio Lighting Box ini betul-betul siap. Nantikan...

Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Thursday, October 17, 2013

Travelogs: Putrajaya Int'l Firework Competition

Un-edited : Colors of Putrajaya Fireworks.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada september dan oktober yang lepas, telah berlangsung Putrajaya Int'l Firework Competition. Bertempat di Tasek Putrajaya, acara ini telah disaksikan oleh ribuan pengunjung yang datang dari seluruh negara. Aku juga tak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan acara ini. Dari lokasi yang dirahsiakan, aku telah berjaya mengambil gambar bunga api dengan jelas dan terang dengan hanya menggunakan gadget Nokia #Lumia920 sahaja.

Acara bunga api ini hanya dijalankan pada jam 10 malam dan berlangsung selama 30 minit sahaja. Terdapat 4 pasukan yang bertanding. Malaysia, USA, China, UAE. Setiap pasukan menghasilkan letupan bunga api yang unik yang mengikut irama orkestra yang terpasang. Ianya satu pemandangan yang tidak boleh dilupakan dan pengalaman yang unik.

Pada pendapat aku, acara ini berjaya menarik kunjungan penonton dari seluruh dunia, bukan hanya penduduk tempatan. Malahan gambar yang aku kongsikan di Instagram mendapat pandangan positif banyak pihak. Aku berharap, dengan adanya acara seperti ini, boleh menarik lebiih ramai lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia dan menikmati keunikan negara kita yang tercinta ini.


Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Monday, October 07, 2013

Ribaibaru (Revival)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku menulis lagi. Bezanya, aku sedang mencuba dimensi baru penulisan. Mencari rentak yang telah lama hilang. Dalam tidak sedar, hampir 7 bulan aku tak menulis di blog ini. Walaupun tiada sebarang artikel, tetapi pembaca tetap juga datang berduyun-duyun. Terima kasih atas support semua pembaca yang tidak putus-putus.

Harapan aku untuk kali ini, semoga dimensi penulisan baru aku ini diterima ramai. Bagi pembaca setia blog ini, mungkin perasan perubahan minda secara berperingkat yang berlaku seiring peningkatan usia aku. Apa pun yang aku nyatakan dalam blog ini, adalah benar. Dahulu dan sekarang. Dan ianya mendefinisikan diri aku, siapa aku.

Nantikan artikel-artikel seterusnya yang akan aku cuba paparkan sekerap mungkin. Tunggu....


Hariz Trancends
- Posted Using Blogpress4Ipad

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!