Powerbank Pineng Original. |
Ramai orang bertanya pada aku apa bezanya original dengan gred AA. Kebetulan hari tu aku berjalan di lowyat, dapatlah bersembang dengan seorang tauke kedai borong ni. Secara jujurnya tauke ni menceritakan perbezaan original dengan gred AA. Kata si tauke ni;
Original
-------------
1. Kapasiti seperti yang ditawarkan dengan sedikit sangat loss.(yang belajar elektrik, tahulah loss tu apa) Kalau 20,000mAh, kapasiti sebenar adalah 19,500mAh atau lebih lagi.
2. Bateri yang digunakan adalah dari kualiti yang tinggi. Mampu tahan cas dalam jangka masa panjang.
3. Berat powerbank tu sesuai dengan bentuk powerbank itu sendiri.
Gred AA
--------------
1. Kapasiti yang ditawarkan adalah berbeza. Kalau 20,000mAh, actual power adalah 10,000mAh ke 12,000mAh saja. Mana pergi lg banyak-banyak tu tak tahu le.
2. Bateri pula cap AYAM. Memang tak boleh hold cas lama. Charge cycle pun rendah. Loss tinggi yang amat.
3. Berat powerbank itu mengarut. 20,000mAh tapi ringan lagi dari powerbank 5000mAh. Apakehei.
4. Kotak takde kod dekat belakang yang untuk decide color apa.
Itulah antara perbualan aku dengan tauke itu. Dan aku memang yakin kewujudan klon gred AA ni, sebab ada yang dah terkena. Jangan bila tengok murah, terus beli. Check dulu dan pastikan original atau boleh dapatkan powerbank original dari aku. Klik sini untuk pilih powerbank yang korang suka.
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah! |
No comments:
Post a Comment
Berani komen?