Pages

Thursday, August 21, 2014

LG Photo Pocket "Inkless" Printer

Post kali ini aku nak review tentang LG Pocket Photo "Inkless" Printer. Memandangkan ramai sangat orang yang mencari printer ni, baik aku buat review sikit untuk semua. LG Pocket Photo "Inkless" Printer ni termasuk dalam kategori portable printer. Sangat top sekarang disebabkan printer ini mudah dibawa dan tiada ink yang akan tumpah. tak macam printer-printer besar di rumah tu. Nak pikul pun tak mampu.
Okay. Apa itu inkless printer? Kita kena tahu dulu apa itu inkless printer, apa konsepnya dan baru mudah nak review. Inkless printer ini ialah printer yang takde dakwat, senang ceritanya. Tetapi teknologi yang sebenarnya ialah printer ini cuma menyediakan heater laser sahaja. Jadi, mana ink dia? Inilah dia rahsianya. Ink itu terletak pada photo paper. Ink ini dipanggil Crystal Dye. Dah nama pun crystal, tentulah jernih kan. Dek terlalu jernih sampai tak nampak dek mata kasar. Bilamana photo paper ini dimasukkan dalam printer inkless ni, barulah heater laser itu akan memanaskan crystal dye ini sehingga menimbulkan partikel warna seperti gambar yang kita mahukan. Okay? Kamu semua fahamkan?
Kebaikan Crystal Dye ini pula ialah ianya membolehkan wujud printer yang super portable macam LG Pocket Photo "Inkless" Printer ni.
Kualiti device sangat memuaskan. Sangat ringan dan portable. Boleh dikatakan device hanya sebesar phone 5" sahaja.
Kualiti gambar yang dihasilkan adalah sangat memuaskan. 
Compatibility?
Ipod, Iphone, Ipad, Android.
Connectivity?
NFC, Bluetooth
Harga : RM379 (Excluding Post)
SMS | Whatsapp : 019 559 5765

Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!