Pages

Saturday, November 09, 2013

Travelog : Bukit Fraser, Pahang. (Part 1) - Bilik Hotel

Syukur Alhamdulillah. Setelah merancang hampir setahun, berjaya juga trip ke Bukit Fraser Pahang ini. Permulaan idea untuk trip ini adalah apabila aku melayari laman web rumah peranginan persekutuan. Rumah peranginan persekutuan ini hanya dikhaskan kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan. Sewa yang ditawarkan juga sangat murah. Serendah RM50/malam mengikut bilik yang dipilih. Aku memilih bilik besar yang dilengkapi 1 unit katil King Size dan 1 unit lagi katil single.

Perabot dalam bilik ini boleh dikatakan sangat lengkap. Ada tv lcd 32 inci, almari pakaian, peti sejuk, almari alat solek dan sofa. Kemasannya juga boleh dikategorikan A+. Bilik ini sangat luas dengan bukaan lebih kurang 20m x 10m. Pada anggaran kasar aku lah. Memang sangat selesa.

Selain itu, bilik ini terletak di dalam sebuah banglo besar yang menyediakan dapur masak, ruang tamu dan ruang makan yang semuanya lengkap berperabot. Jadi, percutian kali ini menawarkan suasana rumah yang 'real'.

Kedudukan rumah peranginan persekutuan ini sangat strategik. Jauh dari bising kenderaan dan terletak tinggi di puncak bukit. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan privasi ataupun ingin berbulan madu. Cuaca pula sangat sejuk. Seperti tanah tinggi yang lain, sediakan pakaian sejuk secukupnya.

View gambar untuk lebih detail. Akan bersambung dalam part 2.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!