Pages

Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Jom Masuk U. Karnival Pengajian Tinggi Negara ke-9.

Apa tunggu lagi. Jom terjah!
Karnival Pengajian Tinggi Negara kambali lagiiiiiiii......

Apa tunggu lagi geng. Jom bawa semua kaum kerabat ke karnival ini. paling penting sekali, karnival ini jauh lebih bagus dari karnival Jom Heboh, Sure Heboh dan apa-apa lagi yang heboh lah!

Zon 1 akan bermula pada hujung minggu ini. banyak tawaran menarik menanti. Ambil peluang ini untuk mendalami taraf pendidikan negara kita.

Jangan lepaskan peluang ini. tahun lepas, ada yang datang ke karnival selepas karnival tamat. Kesian. Jangan kecewa. Tahun ini abang kakak boleh datang lagi. Bawa anak-anak semua.


arizs

from {desk}

Tuesday, April 12, 2011

F1 Sepang : 10 April 2011

Update : Petronas F1 Free Games & Merchandise. (Click here)

Kali ini aku nak cerita pengalaman di Litar Sepang. Tengok F1 tu beb. Yang bestnya, tiket grandstand. Bukan la Grandstand payung tu. Mana nak cari RM1600 sekeping tiket. Yang ni grandstand yang bertentang dengan payung tu. RM400 sekeping. Aku dapat 4 keping. Free je. Memang terbaik lah kan. Tapi lagi terbaek, tengok F1 real depan mata. Dengan bunyi yang macam peluru berpandu tu, fuhh! Memang tiada tandingan. Akhirnya aku faham sekarang ini, kenapa ramai orang yang fanatik F1. Selain dari sukan itu sendiri yang ada prestij, semua yang berkaitan F1 ni memang ada standard. Siap ada ISO lagi tu.

kemik bumper aku. Sedih T_T

Sewaktu aku sampai ke Sepang, jalan dah sesak. Dalam dok aku berebut-rebut tu, aku mengelak kereta yang datang dari sisi kanan. BOOM! Apa lagi. Kemek la bumper depan kereta aku (seperti dalam gambar). Tersondol kereta yang didepan pula. Tapi apa nak kisah kan. Dah tentu jalan tu busy. Berhenti, kena saman lak. Teruskan saja la. Hati ada sedikit gundah gulana. Tapi aku tetap bertenang. Nak cari parking? Sikit punya susahlah. Dari parking dekat depan, sampailah parking yang nun jauh dalam ladang sawit tu. RM50 untuk 2 hari yerk. Tapi dapat juga lah parking tu. Di PC3.

The only shot yang cam ok la sikit. Tak sempat nak edit.

Bila dah masuk dalam dan cari tempat duduk. Hati lagi happy sebab antara tempat duduk dengan trek lebih kurang 10-20 meter je. Fuhh! Dalam hati dah berbunga-bunga. tak sabar tunggu race bermula. Nak lagi best, aku tak beli EAR PLUG. Aku cakap kat wife, "apa kelas datang tengok F1 pakai EAR PLUG. Kata nak dengar bunyi enjin". Tapi, bila start je race, dan kereta pertama lalu depan tempat duduk kami, aku dah mula menyesal. Setiap kali kereta lalu, aku boleh rasa gegendang telinga aku bergetar. Kuat sungguh. Macam letak telinga tepi ekzos pastu rev kuat-kuat. Contohnya lah.

Ferrari Crew

Disebabkan makanan dan minuman tak boleh bawa, terpaksalah kami beli makanan dan minuman kat dalam litar tu saja. Sebotol air mineral kecil tu harganya RM5. Tolong jangan terkejut yer. Ini realiti. Tapi, sekali setahun. Worth a try lah kan. Punya khusyuk tengok sampai tak sedar yang race dah nak habis. Memang best sangatlah. Walaupun telinga tak berapa nak dengar dah apa orang cakap, tapi memang terbaek. Aku rasa sangat berbaloi datang tengok F1. By the way, Sony Cybershot HX-1 aku tak berjaya menandingi kelajuan kereta F1 tu. Jenuh aku snap, semuanya kabur. Shutter speed HX-1 ini tak cukup laju untuk merakamkan aksi-aksi berbahaya pelumba F1. Sedih hati. Kena buat allocation baru untuk dapatkan kamera dengan Shutter speed lebih tinggi ini.

Insya'Allah bulan 10 ni, MotoGP pulak. Dan harapnya dapat tiket free lagi macam tahun lepas. Tak sabar sungguh.

"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs

Wednesday, July 14, 2010

(FREE) KURSUS PENGURUSAN TANGGAPAN UMUM & KOMUNIKASI

Butiran kursus

Program ini dibahagikan kepada Tiga bahagian iaitu:

  • Pengukuhan imej (Ketrampilan diri/komuniti),
  • Pengurusan Tanggapan Umum (Menangani Tanggapan Umum supaya lebih terarah)
  • Komunikasi
Matlamat umum program ini ialah untuk membolehkan peserta menjadi lebih berkeyakinan, lebih bersifat profesional (mengikut kesesuaian persekitaran dan keadaan) dan berketrampilan serta dapat berhubung dan berkomunikasi dengan lebih baik (ketika menyampaikan sesuatu mesej tertentu) kepada pelbagai lapisan masyarakat (atau sekurang-kurangnya kepada pihak tertentu yang berkaitan dengan kehidupan seharian individu/komuniti tersebut).

Tarikh
25 Julai 2010 (Ahad)

Masa
8:00 am - 2:00 pm

Tempat
Pusat Komputer Lestari Dinamik, Ampang, Ipoh

Sasaran (Tempat Terhad : 20 Sahaja)
Individu, Pelajar, Eksekutif, ahli sesuatu komuniti

Program adalah dibawah KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.

Sijil disediakan.

Daftar sekarang!
Tinggalkan nama & no hp di bahagian komen.

Terima kasih.



"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!