Credit : watches bwr |
Tips #1 : Rounded Glass
Kalau korang nak invest duit pada jam tangan, lets say nak beli jam tangan yang berharga RM300 ke atas, belilah yang cerminnya bulat. Ini kerana cermin bulat ini senang nak diganti. Sparepart-nya banyak dan murah. Kerja-kerja menukar cermin bulat ni pun lebih mudah dan ringkas. Lagipun, cermin bulat ini lebih "Water Tight", iaitu susah air nak masuk melalui celah-celah cermin tu.
Tips #2 : All Stainless Steel Case
Eh, jam aku ada stainless steel tulis kat belakang ni. kenapa lak nak kena cari yang ALL? Kebanyakan jam sekarang ini, ada stainless steel back case. Iaitu, cuma bahagian belakangnya sahaja yang stainless steel. Yang atas tu, besi biasa sahaja. Haaa... Nampak tak? Tujuan nak semuanya stainless steel adalah supaya tak luntur dan terhakis. Case atas yang terhakis tu boleh melukakan tangan dan jam pun mudah rosak.
Tips #3 : Screw Down Back Case
Pernah tengok belakang jam tu diaorang buka macam mana? Cungkil je kan? Okay, itu sangat tak bagus. Nak yang bagus? Mestilah nak kan. Jam tangan ni pun salah satu investment juga. Carilah belakang jam yang screw cover. Covernya ada lock screw tu. Itu baru bagus. Lebih tight dan tahan lama. Air pun susah nak masuk.
Extra Tips :
Sapphire Crystal
Carilah yang Sapphire Crystal. Tahan lasak, susah nak pecah dan yang paling penting, scratch resistance.
Replaceable Strap
Cari jam tangan yang talinya mudah diganti. Jangan nak yang cantik saje, tapi bila talinya rosak, terus kena beli jam baru. Kan merugikan tu.
Smooth Strap Bracelet
Ini hanya apply pada tali jam stainless steel. Yang ini kena rasa dengan tangan. Tali jam itu digosok dan cuba rasa antara bahagian tu, kasar atau licin. Kalau licin, tali jam itu memang terbaik...
Okay, dapat tak sedikit gambaran untuk beli jam tangan? Untuk lebih lanjut, tanya dengan penjual jam itu juga. Tapi percaya 10% je cakap diaorang. Selebihnya, selidik sendiri.
Perbezaan Swiss Made dan Made in Swiss
Sekarang nak cerita perbezaan "Swiss Made" dengan "Made in Swiss" pula.
Made in Swiss :
Jam tangan "Made in Swiss" tersebut 100% menggunakan komponen yang dicipta dan dipasang di Swiss. Ini bukan rekaan. Ini memang standard yang antarabangsa. Jaminan kualitinya pula adalah top notch. Semua orang tau Swiss Precision. Ketepatan, Kejituan.
Swiss Made :
Jam tangan "Swiss Made" pula menggunakan 65% komponen yang dicipta di Swiss tapi dipasang di tempat lain. Ini juga standard antarabangsa. Kualiti agak kurang tapi masih lagi memiliki ketepatan dan kejituan Swiss.
Itu sahaja perbezaan "Swiss Made" dan "Made in Swiss". Semoga tip-tip ini dapat membantu korang membeli jam tangan yang terbaik. ::cheers::
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah! |
No comments:
Post a Comment
Berani komen?