Pages

Friday, November 21, 2014

Rambut macam jerung??

Hi all.

Anak! Kadang-kadang, ayat yang keluar dari mulut mereka terlalu jujur hingga menusuk hati. Kalau bukan hati sendiri, hati orang sekeliling.

Anakku yang sulong, Adni atau lebih mesra dengan panggilan Along telah membuktikan situasi di atas. Sedang kami berjalan di pasar malam, melintas seorang lelaki didepan kami. Spontan Along cakap, "papa, rambut abang tu macam jerung". Yang dimaksudkan Along, rambut orang tu macam sirip belakang jerung. Hihi.. Sadis kan?!

#
Mohawk Style aka Rambut Sirip Jerung Adni - Credit : Geoff Welsh
Aku tak mahu cerita reaksi orang tu, sebab aku cepat-cepat pergi dari situ. Tapi aku dapat rasakan yang ada orang botak malam ni. Hihi..

Anak-anak memang di didik supaya kreatif, outspoken, dan Ask-What-You-Do-Not-Know. Ini proses pembelajaran mereka. Walaupun letih mendengar suara mereka yang tak pernah senyap itu, tapi setiap pertanyaan perlu ada jawapan. Walau sesingkat manapun. 

Moralnya, jangan berfesyen yang pelik-pelik. Anak kecil akan persoalkan fesyen yang pelik itu. Jawap setiap pertanyaan anak dengan penerangan yang singkat dan jelas.

** Ada baiknya mendidik anak-anak mengikut cara tradisional. Tiada gadget dan sebagainya. Mereka jadi super kreatif.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!