Wahhh... lamanya aku tak update blog. Tengah duduk dekat Klinik Pakar HKL ni. Sedang queue untuk berjumpa doktor. Teringat pula projek naiktaraf melajukan netbook di rumah.
Mesti ramai yang suka gunakan netbook. Kecil, ringan dan lengkap. Masalah netbook ini 1 saja, kelajuan. Rata-rata mencari solution untuk melajukan netbook. Dahulu, perkara ini mustahil. Tapi sekarang tidak lagi. Sudah wujud cara untuk melajukan netbook.
Melajukan Netbook kini boleh dilakukan dengan wujudnya teknologi SSD. Teknologi ini meningkatkan keupayaan read/write kepada 10 kali ganda dari harddisk biasa. Contoh perbandingan yang mudah ialah, dengan teknologi harddisk yang lama, akses ke Windows mengambil masa antara 1-3 minit. Malah ada yang sehingga 5-6 minit. Kini, dengan teknologi SSD, akses ke Windows hanya dalam masa kurang 60 saat sahaja.
Canggih? Ada lagi. Teknologi SSD menjamin keselamatan data dari kerosakan kerana ianya tidak menggunakan sebarang part yang bergerak/berpusing. Ianya menggunakan teknologi seperti usb pendrive anda.
Dari segi harga, tak dinafikan teknologi baru ini lebih mahal, tetapi dengan penggunaan teknologi SSD ini, ada mampu memanjangkan hayat netbook anda sehingga 5-8 tahun lagi.
Cerita panjang pun tak guna. Feel it yourself. Akan try up video nanti. Projek naiktaraf melajukan netbook belum selesai sepenuhnya.
Yang berminat nak bertukar ke SSD, boleh call/whatsapp 019-5595765. Coverage area Putrajaya, Bangi, Kajang dan sekawasan dengannya.
No comments:
Post a Comment
Berani komen?