Pages

Thursday, May 28, 2009

Lagi Keluarga Baru Kami~

Sayu melihat wajah isteri aku. Kesian dia. Masih lagi mabuk-mabuk. Tak kira masa dan tempat. Haih, aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Cuma boleh bagi moral support aje la. Terkadang, aku naik hangin juga. Ragamnya tak menentu. Tapi, syukurnya aku ni dah pandai kawal perasaan marah. Boleh dilayankan juga kerenah dia.

Esok, ada majlis meraikan aku dan isteri di sekolah mak aku. Wah, ada 800 student tu. Memang dasat la wedding aku. Huhu... Thanks mama sebab anjurkan majlis ini. Nervous tu. Haih, hopefully takde la lawak spontan esok.

Terlupa nak story pasal family member kami yang baru. Nama dia "Gori". Baka Maine Coon. Bulu dia macam harimau dahan. Besar dah pun. Panjang dari kepala sampai ekor dekat nak sampai 1 meter dah. Tapi masih lagi di vet sebab dia sakit. Sedih waktu mula-mula aku adopt dia. Kurus sangat. Maybe kena dera kot. Gori memang tak percaya langsung pada manusia. Aku nak pegang pun dia tak bagi. Tapi sekarang ni dia dah bertambah baik. Makan pun dah ok. Berselera je. Syukurlah~

2 ekor baby cat tu pulak baka mix siam. Seekor pokadot, seekor lagi stokin namanya. Sangat aktif dua ekor ni. Tak terlayankan mainnya. Rumah ni dah macam ruang main diaorang je. Including Poteh, memang berselerak rumah ni. Kadot dengan stokin adik beradik. Mata biru. Takde la biru jewel cam kucing siam original, tapi still shining ler. Tabby pun. Geram je tengok.

And ada seekor lagi belum bernama. Kucing liar. Aku tangkap belakang kedai mamak. Mix cat gak ni. Bulu ekornya memang menarik. Macam mata lembing. Kembang je. hari tu aku mandikan dia sebab banyak sangat kutu. Korang tau apa aku dapat?? 2 gigi taring tembus kat ibu jari aku. Bisanya memang tak tahan. Sekarang ini pun still terasa lagi sakitnya. Apa-apa pun, aku sayang kucing ni. Tak kisah la gigit aku ke tak. Still kucing-kucing ni sangat cute.

Wah, banyak juga aku tulis erk. Aku better stop sekarang. Dah kol 1:32 pagi dah ini. Wife pun dah tidur lena dah. Better join dia tidur. Esok aku nak kena bangun awal, nak balik kampung kejap. Tengahari dah nak pergi majlis dekat sekolah mak aku. Petang pulak aku kena pindahkan barang-barang dari rumah aku ni ke kedai merangkap opis aku. Banyaknya kerja aku. Anyway, wish me luck k ppl... Take care all...

Daa~ Wassalama~~


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!