Pages

Sunday, May 03, 2009

Tragedi: Wife Pergi Emergency~~


Orait. Hari ini double post ok!

Malam semalam, lepas solat maghrib, wife cakap perut dia sakit. Aku risau juga. Terus tepon Along. Risaunya dalam hati. So, after discuss dengan along, dia suggest pergi hospital untuk checkup. Aku pun bergegas siap. Bawak wife pergi emergency. Haih, dalam hati tuhan saja yang tahu. Walau kat luar, I'm cool. Sepanjang perjalanan, macam-macam berlegar dalam otak aku ni. Bermacam doa aku baca. Harapan moga wife dan baby sihat.

Sampai di Hostipal, terus pergi emergency. Terus check darah, buat urine test dan test blood pressure. Everything ok walaupun wife ada tekanan darah rendah. Very dangerous pada ibu mengandung as you will tend to collapse a lot. After checking dekat emergency, doktor forwardkan kes wife pada EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit). Dekat situ, wife diperiksa lagi oleh doktor. This time, doktor ambil medical history wife. Tanya samada ada masalah kesihatan atau alahan dan macam-macam lagi.

Aku ini dah serabut. Tapi tersenyum je. Buat macam takde apa-apa. Muka confident je. Taknak la tambahkan lagi risau hati wife. Jam 11 malam, baru semuanya selesai. Doktor dah bagi diagnosis pada aku. Wife kena urine infection. Perkara biasa ibu mengandung kena. Lega juga la dengar. Tapi, ada follow up 2 minggu lagi. Tak kisah la, asalkan wife dan baby sihat. Lepas selesai semua, kami terus pergi makan. Lapar....~~


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!