Adra menangis sepenuh hati. Lapar susu. Kesiannya! |
Hari ini aku nak bercerita pengalaman berkaitan susu tepung bayi. Perkara ini berlaku pada anak aku yang ke-2, Adra.
Anak aku yang sulong, Adni tiada masalah dengan susu tepung Dutch Lady 123 tu. Sedari kecil lagi dia minum, tiada tanda-tanda alergik. Lain pula jadinya pada Adra. Bila minum susu Dutch Lady ini, dia asyik menangis je. Aku dan isteri sampai tak tahu nak buat apa dah.
Sehingga pada satu tahap, Adra disyaki Acute Gastroenteritis. Food Poisoning. Seminggu cirit birit. sehingga punggung dia luka-luka. Dalam hati ini tuhan saja yang tahu. Sedih sangat. Sampai satu tahap, Adra di tahan di wad selama 3 hari. Dalam masa 3 hari itu, sample darah di ambil dan di uji. Keputusannya, sel darah putih Adra banyak. Mungkin ada kaitan dengan alergik susu dia.
Bermacam jenis susu kami beli. Sekarang kami nak bagi minum susu ini pula. Frisolac. Harapannya oklah. Saranan doktor juga. Kemungkinan Adra tak tahan dengan Laktosa yang ada dalam susu lembu. So, kena la tukar minum susu soya pula.
Untuk events terbaru Friso, sila klik sini.
Semua ibubapa wajib hadir dan cuba. Terbaek.
arizs
from {desk}