Pages

Monday, July 20, 2009

2 kucing baru. Yay!




Assalamualaikum. Sorry kawan-kawan semua. Lama tak hapdet. bukan tak mahu update, tapi kurangnya masa nak hapdet. Kerja pun banyak yang tertangguh. Siapa la yang nak tolong buatkan kerja ni kan?? Ok! Berita terbaru sekali ialah kucing-kucing aku dah bertambah kepada 8 ekor. Mana datang 2 ekor lagi? Tadi siang, elok aku nak naik ke rumah aku(rumah aku tingkat 3), aku dengar bunyi kucing mengaum.... aku pun cari la ala-ala gaya james bond... akhirnya, aku jumpa juga kucing tu. 2 ekor kucing jantan. Kecik lagi pun. Tapi super duper cute. Sekarang ni tengah nursing 2 ekor tu la. Takpe pun. Yang lain dah pandai dah dok luar cage. tak heran pun.

Dalam pada tu, loan rumah aku dah pun approve. 20 tahun loan. RM805 sebulan. Aku tak kisah. Janji aku ada rumah. Once aku dah masuk rumah ni, tau la aku usahakan duit tu. Buat pengetahuan yang tak tahu lagi, aku ni kerja sendiri, so duit tu bergantung atas usaha aku. Sementara ni, rumah aku tu takkan di ubahsuai. Maybe dah ada duit banyak sikit nanti, baru ubahsuai.

Ok la. Korang nak tengok gambar cat aku yang terbaru. Tapi cat aku ni pemalu lagi. Harap bersabar la dengan kualiti yang kureng menarik ni.

Sincerely;

2 comments:

  1. ahaii comey sungguh.!! geram je i tengok..isk

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kucing semua comel. especially bila dah besar nanti.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!