Pages

Friday, July 24, 2009

Story kat Kedai Pet!

Baru sekejap tadi, aku pergi beli makanan kucing. Pergi kat kedai lain. Bukan apa, nak try carik makanan jenis lain. RC mahal. Tak mampu aku nak bagi kucing-kucing aku makan. Menariknya, waktu aku sampai tu, ada la sorang akak ni tengah tengok-tengok kucing. Dia dok cerita kat tokey kedai tu hal kucing dia kena curi. Dia bela Maine coon. Bukan nak salahkan dia, tapi dah tahu bela kucing mahal, jangan la lepaskan macam tu je. Kira memang sedekah pada orang la tu. Pastu akak ni tanya aku, ada ke bela kucing. Aku cakap la aku bela Maine Coon. Pastu aku pergi tengok-tengok makanan kucing dekat belakang.

Tak lama lepas tu, akak ni datang jumpa aku. Dia tanya kalau aku ada jual kucing. Aku bagitau aku tak jual kucing, tapi kalau nak aku boleh reservekan pada kawan aku. Akak ni tanya la berapa harga seekor. Aku bagitau la minimum RM650. "Kalau akak minat, saya call kawan saya sekarang minta reservekan". Akak tu nampak cam teragak-agak. Aku pun tunjukkan gambar kucing yang ada dalam hp aku. Terkejut dia tengok kucing tu. Tokey kedai pun terkejut tengok kucing tu. Lagi terkejut tokey kedai tu sebab harga yang aku cakap tu murah sangat. Aku ingat akak tu berminat le. Pastu akak tu cakap, "takpe la adik. Nanti kalau akak minat, akak tepon adik." Aku takde la kisah pun. Pas akak tu pergi, tokey tu cakap aku jual murah sangat. Dia lak nak beli dari aku.

Aku agak-agak, akak tu ingat kucing Maine Coon ni murah kot. Bukan semua orang tau harga kucing Maine Coon kat kedai. Sian akak tu. Tapi takkan la dia tak tau kan harga Maine Coon. Dia pun ada bela Maine Coon. Agaknya dia nak beli murah-murah je kot. Sekali pandang, gaya macam datin-datin. Bukan nak mengata, tapi kena ada rasional yang tinggi. Obviously, you ill never get Maine Coon at RM300 something. Kalau ada, memang bertuah sangat-sangat.

p/s:
~my new cat, Oren!
~~Saper nak adopt cat, boleh tengok sini.

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!