Pages

Thursday, July 16, 2009

Aku hilang kawalan.

Kecewa! Menyesal! Sedih! Malu!

aku tak sangka, hari yang bermula indah pagi ni, berakhir dengan tragedi. aku pukul abang aku sendiri. bukan aku sedar apa yang berlaku. itu bukan diri aku lagi. aku dah hilang kewarasan saat itu. aku bersalah sangat. abang aku dah memang tak waras. aku tak boleh salahkan dia. tapi, aku tak mengakuinya. aku taknak cakap abang aku gila! aku sayang dia. saat dia di ambil oleh polis untuk dimasukkan ke hospital petang tadi, aku rasa sangat kehilangan. aku menyesal. aku menyalahkan diri aku. seandainya aku mampu mengawal perasaan, aku pasti perkara ni takkan berlaku. kalaulah mak dan kakak aku lambat mengawal aku, aku pasti abang aku akan pergi selamanya. apa yang aku tahu dari cerita mak aku, aku nak bunuh abang aku sendiri. aku nak ambil parang pancung abang aku. itu bukan diri aku. saat ini pun, aku masih boleh rasakan makhluk itu, mencari ruang dalam hati aku, untuk ambil alih badan aku. tangan aku masih bengkak, masih lagi terseliuh. Siapakah aku?? aku makin tak kenal siapa diri aku ni. aku mohon ampun sangat pada abang aku. tak terlintas aku nak pukul dia. darah daging sendiri.

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!