Pages

Friday, July 10, 2009

Nak tengok ulat gonggok besar??

Assalamualaikum,

Apa cerita la korang sekarang kan. Lama betul aku tak menulis. Dah tu takde lak orang nak tinggalkan shout kat aku. Tapi takpe, aku tak patah semangat. Sejak sebulan yang lalu, kehidupan aku agak menekankan. Dari segi ekonomi la. Seperti mana-mana pasangan yang baru berkahwin, memang ada masa akan tersalah membuat jangkaan dan perancangan. Sekarang ni, aku seperti dicengkam oleh cakar helang yang maha besar. Tapi, di celah cakar helang tu, masih wujud ruang untuk aku bernafas. Fuhh.. berfalsampah lak aku malam ni.

Sebenarnya, tujuan aku menulis ni bukan nak cerita pasal diri aku ni. Aku nak berceritakan ulat gonggok yang paling besar pernah aku jumpa. Fuhh.. besar yang amat sangat. Jujur cakap, panjang ulat gonggok tu ada dalam 30cm kot. Cuba korang amik pembaris, pastu ukur 30cm tu panjang mana. Agak-agak kalau ulat tu merayap atas kaki korang, korang boleh steady tak melompat terkinja-kinja tak??

Mulanya aku tak percaya bila isteri aku ceritakan pasal ulat gonggok ni. Tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, baru la nak percaya. Isteri aku kata ada lagi ulat gonggok yang lebih besar dari tu. Haih, jangan lalu atas kaki aku dah le. Mahu melompat aku dibuatnya.

Ok la, aku nak tidor lak ni. Korang tengok la gambar ulat gonggok tu ok...

Sincerely;

5 comments:

  1. aris, hehehe sori lama tak jenguk. bz sket dgn keje. ulat gonggok version utan kot tu yg besar semcm je

    ReplyDelete
  2. ni ulat gonggok version ladang kelapa sawit.
    besau sangat.
    klu u nak bela, saya boleh tangkapkan.
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. wei....apsal aku nye komen xkuar????isk......geramnye...

    ReplyDelete
  4. hahaha bela? takyah la, takot usia ulat gonggok tuh tahan sejam je, pastu kena pijak. muahahahaha

    ReplyDelete
  5. pe yang x kuarnya weih. ada tu.

    nur: haha... sian ulat gonggok tu.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!