Pages

Wednesday, June 24, 2009

Dari Semalam~~

Brader Botak: New Image!

Kadot: I'm sleeping, boss!

Sotong Bakar: Wife'ku Masak. Sodap!

Sambal belacan: Pedas sampai menjilat jari!

Tuna Attack: Kadot Dan Stokin Kerjakan tuna mayonis aku.

Sejak malam tadi, aku dok menghadap komputer ni. (Bukan tengok forex k.) Aku dok mencari ilham untuk buat website. Dah naik beku otak aku. Bukan susah, tapi entah la. Macam kurang fokus je aku ni. Sesiapa ada idea nak wat web yang gempak-gempak?? Ajar-ajar la pada aku.

Serabut kepala otak aku nak wat webdesign ni. Bukannya aku tak reti, tapi tu la. Fokus tu takde. Selalu aku buat ok je. Kali ni lak rasa cam payah sangat. Aku try guna Dreamweaver, pun cam pening je. Ke aku yang pening sebenarnya?? Dalam pada tu, aku dok ajar isteri aku buat blog. Sesaja nak bagi dia ada kerja nak buat dekat rumah. Dia nak tulis apa tu, tak kisah la. Janji ada tempat dia hilangkan stress dia. Sian juga dia dok rumah je. kerja dengan aku pun, bukannya kena keluar.

Sekejap lagi, aku nak kuar. Aku kena pergi pasang kipas di sekolah. Aku sekarang ni semua kerja pun buat. Kontraktor la katakan. Tapi aku enjoy dengan kerja aku. Walaupun letih sikit kerjanya. Dan sekarang ni, janji kerja halal dan boleh buat duit, aku sapu je. Orang dah berkeluarga kan. Mana ada choice lagi untuk pilih kerja. Semua kena buat. Adoi.

Ops, terlupa lak. Semalam wife masak sotong bakar dan juga sambal belacan. Wife tak pernah buat sambal belacan. Katanya busuk bau belacan tu. Tapi semalam dia buat juga. So, aku pun try ler sambal belacan dia. Sedap tu. Haih, berisi juga ler aku ni nanti. Dah berisi dah pun. Berat dah naik, badan dah tough. Haha... Pakej perkahwinan tu.

Korang nak tengok kucing aku tidur tak. Hehe... Ni namanya "Kadot". Sebab apa Kadot?? Sebab badan dia 3 warna, pastu bertompok-tompok. Kami panggil polkadot awal-awal dulu, tapi sekarang tinggal kadot je. Cute dia ni. Kalau makan, sampai tertidur dalam bekas makan dia tu. Muka memang tak boleh cium. Pasal bau makanan dia. Dia ni baka kacuk siam, tapi sekarang ni dah tak macam siam. Dah macam kucing luar. Bulu kembang je. Memang cantik. Cuma slacknya, ekor kontot. Huhu... By the way, dia memang suka tidur atas CPU aku. Favourite spot dia. Maybe sebab panas kot.

Ok le. Sampai sini dulu aku menulis, sekarang terasa rajin nak menulis blog. Kepala pun dah botak. Huhu....

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!