Pages

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Lahir~

Seperti yang diketahui ramai, 20 jun yang lalu, genap la umur aku 25 Tahun. Dah tua rupanya aku ni. tahun ni juga pertama kalinya celebrate hari lahir dengan isteri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami tak buat besar-besaran pun. Sekadar makan bersama je. Cumanya isteri aku masak. So, B'Boy demand le nak makan apa hari tu.

Sedari pagi lagi, aku dengan wife cuma berbaring di katil. Malas nak buat apa-apa pun. Sambil menonton drama korea. Sehingga jam 3 petang, baru la kami berkemas dan bersiap untuk keluar. Petang tu kami pergi Tesco, beli barang makanan sikit. Beli beberapa barang je, dah habis RM100. Mahal sungguh barang-barang sekarang ni.

Balik dari Tesco, isteri terus masuk dapur. Memasak la. Malam tu dia masak ayam bbq. Simple je kan. Buat apa masak lauk banyak-banyak. Kami cuma berdua. Sambil ditemani kucing-kucing kami ni. Sambil menjamu selera, kami tergelak melihat gelagat kucing-kucing ni. Main sampai tak ingat makan. Dah besar pun kucing-kucing kami. Baka maine coon kami, POTEH dah setengah meter panjangnya dari kepala ke ekor. Suka sangat peluk dia. Mantap badannya. Manjanya pun boleh tahan.

Lepas makan, habis la celebration kami. Simple je kan. Yang penting, ada sambutan dari orang tersayang. kan kan??


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!