Pages

Saturday, June 26, 2010

Adni Liyana : 6 Bulan Sudah~

Yeay! Adni dah pun mencecah umur 6 bulan. Seronok tengok perkembangan dia. Sekarang ini dia dah pandai nak merangkak. 3 Step baru. Tapi progres yang baik lah tu kan. Menjulur ke depan jangan cerita lah. Dah macam komando. Sekejap je dah sampai ke depan. Habis dia tolong kemas semua barang atas lantai dekat rumah tu. Ragam pun makin banyak lah. Ada je skill baru yang dia buat setiap hari.
Last timbang, berat dia 6.5kg, tinggi pulak 65cm. 30 jun ni pergi klinik lagi untuk cucuk. Tengok lah berapa lak tinggi dia kali ni. Seronok nak tengok progres dia. Makin hari makin aktif, makin besar. Kalau nak tulis semua perkembangan dia, rasanya 3 hari 3 malam pun tak habis.
Hari itu, Adni jatuh dari atas kerusi. Adoi. Berderau darah kami. Takut jadi apa-apa. Nasib baik takde apa. Hehehe... Banyak pengalaman jadi ibu bapa nih. Ada yang seronok, ada yang sedih. Apa-apa pun, aku bersyukur. Rezeki Allah yang tak ternilai harganya, Adni Liyana Binti Azdan Hariz.

Adni Liyana Binti Azdan Hariz, 6-month.



"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!